12 Syawal 1434


Sebulan berlalu dengan bermacam-macam perkara.

1. Mesir semakin parah. Sudah terang bersuluh agenda as-Sisi. Hosni Mubarak dibebaskan ! Moga Allah selamatkan rakyat Mesir, pejuang-pejuang dalam menegakkan kebenaran, keamanan .. Perintah darurat. Pembunuhan berleluasa. Tentera sudah gila makan darah.


حسبنا الله ونعم الوكيل




2. Kehadiran ahli baru dalam keluarga kecil kami .. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan urusan kelahiran. Sehingga kini sudah berusia 28 +- hari. Cepat sungguh masa berlalu. Terima kasih kepada yang tak putus mendoakan kami. Semoga 'Azimah membesar dengan sihat, comel dalam iman dan taqwa. Aset untuk kami ke syurga. Insyaallah!

Anak Jordan la katakan. Posing dengan surat beranak arabic gitu . Kalau dulu boleh berdua, banyak masa untuk diri sendiri, kini dah bertiga tanggungjawab makin banyak dan masa makin padat. Raya dalam pantang. Mujur raya di Jordan, kalau tidak memang kena sabar banyak-banyak.

Ha, baru rasa kan macam mana susahnya jadi mak dan ayah!

Allahu yusahhil. Aamin.




3. Terlalu banyak undangan walimah raya kali ini. Semestinya tak dapat datang la sebab masih di Jordan. Tumpang gembira la jugak kan. Comel dan segak belaka. Semoga dikurniakan sakinah mawaddah wa rahmah.

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في الخير
 
Yang masih dalam proses, semoga Allah mempermudahkan segala urusan kalian. Menunggu yang seterusnya!

4. Graduasi semester soifi. Tahniah diucapkan kepada kalian. Semoga selamat pulang jadi aset yang bermanfaat untuk ummah.

Sedih la jugak, batch saya sudah ramai pulang. Tinggal beberapa saja lagi. Semoga mereka juga bakal pulang membawa ilmu dan kejayaan. 

Oleh itu, mesti berpesan pada diri, asahlah ilmu tu walau tak sambung belajar lagi. Kang balik orang tanya blur , masalah jugak . Pandai-pandailah cari peluang.

Salam Lebaran dari saya dan keluarga! Ada masa kita coret lagi. Mohon maaf salah silap sepanjang perkenalan kita semua.

...............................

* Curi masa. Fuh, pecut menaip sementara si kecil tidur dan si abah pergi study group . Lusa dia exam. Cabaran final year medical student memang pergh. Semoga Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang untukmu abang! Mohon doanya juga dari kalian.