15 Syaaban 1434


@

akaun Paypal Bank Islam


elrdhiyyah@gmail.com


Kronologi kejadian :

Pada 21 Jun 2013 (Jumaat) antara jam 5.00 - 6.00 petang, waktu Jordan, sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh 5 orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan.

Pelajar yang terlibat adalah seperti berikut :


1) Sumaiyah Binti Romli (Meninggal Dunia)
Universiti Kolej London.
Tahun 1.
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Pengkhususan : Astronomi Fizik.
Asal : Kedah.


2) Nur Ili Dayana Binti Mazlan@Masgelan (Cedera)
London School Of Economy.
Tahun 4.
Pengkhususan : Ekonomi.
Tajaan: Bank Negara.
Asal : Perak.


3) Mohamad Shukri Bin Alias. (Cedera Parah) -Pemandu-
Universiti Yarmouk
Tahun 3
Pengkhususan : Pengajian Islam.
Tajaan : Persendirian.
Asal : Kelantan.


4) Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin (Cedera)
Universiti Yarmouk
Tahun 3.
Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam.
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Asal: Kuala Lumpur


5) Humairak Binti Ibrahim (Isteri Muhammad Nazirul) (Cedera dan Keguguran Bayi)
Universiti Yarmouk
Tahun 3 Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam.
Tajaan : Persendirian.
Asal: Kelantan.


------------------------

||Update Semasa : Jam 8.21 pagi - 24 Jun 2014.||
Saudara Mohamad Shukri bin Alias dimaklumkan telah keluar daripada Hospital Queen Rania, Petra jam 6.15 pagi (waktu Jordan) sebentar tadi.


Ambulans sekarang menuju Hospital Haya' Third Circle, Amman dan dijangka tiba jam 9.00 pagi untuk rawatan.


Sementara itu, Untuk Saudari Nur Ili Dayana binti Mazlan masih lagi dalam urusan untuk dipindahkan ke Amman, dijangka, beliau akan dipindahkan pada tengah hari ini ke Amman.


Manakala, Saudari Humairak binti Ibrahim dijangka akan dibenarkan pulang pada hari ini, Insya Allah.


Sumber : Saudara Arif Amin Bin Rushihi dan Saudari Masyitah Binti Abdul Majid.[ AMT MPMMJ ]


-----------------------

Kami memohon jasa baik para sahabat semua untuk memberi sedikit sumbangan bagi menampung kos perbelanjaan perpindahan hospital seperti berikut:

1) Saudara Shukri Bin Alias (JD 3000.00)
2) Saudari Nur Ili Dayana Binti Mazlan (JD 700.00)
3) Saudari Humairak Binti Ibrahim (JD 1000.00) -Dibenarkan keluar-

Meskipun perbelanjaan ini akan dibantu oleh sebahagian pihak berwajib namun ia masih belum mampu menampung kos rawatan keseluruhan mangsa yang akan dipindahkan. Derma kilat akan dilancarkan oleh BK Kebajikan Dan Kemasyarakatan MPMMJ, dibantu oleh 4 persatuan zon dan
BKAN. Sumbangan kelab-kelab juga amat-amat dialu-alukan.

اللهم اجعل مثواها الجنة. اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها. اللهم اخلفنا خيرا منها و اجرنا خيرا منها.


"Membangun Mahasiswa MUSLIM Kelas Pertama"
---------------------
Semoga roh arwah Sumaiyah tenang dicucuri rahmat olehNya.
Mudah-mudahan juga semua mangsa yang terselamat dikurniakan kesembuhan dan ketabahan. 

15 Syaaban 1434 H

Alhamdulillah wa syukru lillahi 'ala kulli ni'matih.

Masih diberikan peluang bernafas sehingga saat ini. Tinggal 15 hari menuju Ramadhan. Semoga disampaikan kami kepadanya.

Pejam celik, fasal pengajian terakhir sudah pun berlalu dengan jayanya. Syukur, saya telah bergelar graduan Mu'tah University secara rasmi. Juga telah berpindah dari tanah syuhada' Mu'tah ke lembah Urdun Irbid. Masih berbaki setahun lagi Insyaallah tempoh pengajian suami tercinta.

Sahabat sahabiah pun ramai sudah terbang pulang. Bertebaran di tanah air, mengembangkan ilmu dan dan dakwah kepada anak watan. Berbakti pada ayah bonda, membersihkan noda hitam yang masih berjerebu.

Entri permulaan pemanas. Membersihkan sesawang yang sudah lama bersarang. Hingga jumpa di lain kalam.