12 Rabi'ul Awal 1434 / 23 Februari 2013

Tak tahu nak bermula dengan apa.

Di dalam kepala seakan sarat idea, namun bila mahu dicerna di layar tulisan hilang entah ke mana. Padah, lama tak menulis.

Di tanah air, sarat bermacam-macam isu.

Namun, yang pasti ; isu politik pasti menjadi keutamaan. Mahasiswa, rakyat, kanak-kanak, orang muda, pekerja mahupun orang tua, belia wanita remaja pasti tak akan lepas membicarakan isu ini.

Mungkin saja, berbeza golongan meletuskan khilaf. Harapnya tidak ada yang suka memanipulasi walau memanglah dunia sekarang ini penuh dengan konspirasi.

Mahasiswa di perantauan juga tak terkecuali tempiasnya. Iya kan, kita golongan antara dua golongan, [ remaja dan orang tua .. ] pasti tak mahu ketinggalan. 

Pastikan kita berhemah dalam berhujah dan berbantah.. Apa orang cakap, hujah balas hujah.?

Lebih kurang lah.

...............................

Perang pilihanraya, menunggu pembubaran parlimen, selalu baca khabar, berkongsi berita dan pendapat buat hati dan jiwa sakit.

Inilah perjuangan. Takkan bila sakit, mahu tinggalkan saja medan. Masa mencanak realiti mencapai mimpi yang tidak lagi ilusi. Kezaliman, penindasan dan penganiayaan mesti diperjuangkan..

.............................

Jordan tak kurang juga mula hangat. Baru lepas pilihanraya negara Jordan.. Tengah tunggu sapa pula jadi PM Jordan.. [ ke dah ada? ]

PERMAI sudah selesai, menanti siapa pula pengganti tampuk kepimpinan MPMMJ tak kurang juga PERMATA.

Moga-moga telah matang dan mantaplah minda rakyat Jordan aka mahasiswa Jordan sekalian memilih, mengempen dan mencalon... 

Dan berPERTAMA, bersiasah syar'iyyah inilah masa kita melakarkan di pena dan kertas undi!