1 Zulhijjah 1434 / 6 Oktober 2013

Masa semakin hari semakin pantas berlalu. Tugas dan tanggungjawab yang semakin bertambah. Moga semangat terus membara menabur bakti. Insyaallah :)

Tertarik untuk berkongsi. Moga terinspirasi menjadi amali. Mesti mujahadah mengiringi .

Teknik menghafaz/mengulang Al-Quran buat hafizah yang bergelar isteri,ibu,pelajar dan wanita bekerjaya:

1) Waktu terbaik untuk mengulang Al-Quran adalah waktu Qiamullail atau setengah jam sebelum subuh.

2) Ulang paling-paling kurang 3 baris ayat Quran setiap hari.(mengambil kira kesibukan seorang isteri setiap hari)

3) Nak mula dari mana,surah Al-Baqarah atau An-Nas?
Terpulang.Yang penting kita ada target. Harian,mingguan,bulanan,tahunan.

4) Teknik mengulang? Sama macam kita buat di Darul Quran atau Mesir dulu.
(Lancarkan ayat - bahagi ayat kepada potongan kecil- ulang hafaz paling kurang 10 kali setiap potongan-ulang hafaz sehingga betul-betul lancar.)

5) Paling-paling-paling penting adalah konsisten! Kalau biasa mengulang Quran pukul 5 pagi,amal setiap hari.Cuba untuk tak ubah masa mengulang.Lama-lama akan jadi kebiasaan insyaAllah.

Allah Maha Baik sudah memberi kita peluang untuk menghafaz 30 juz Al-Quran sebelum ini.Walaupun kita tahu kita ini tidak sempurna,banyak dosa.Maha Baiknya Allah bagi peluang pada kita.Maka amanah untuk kita jaga Quran,hafaz Quran,ulang Quran.

Allah tidak melihat hasil tetapi melihat sejauh mana usaha yang telah kita lakukan.

Jom usaha sahabat!:)

* Perkongsian dari senior saya, Kak 'Ainun Mardhiah di Facebook beliau. Semoga bermanfaat.

0 ulasan: