25 Syaaban 1434


2 hari yang mendebarkan menjadi mimpi ngeri buat umat Islam sedunia amnya. Presiden Mesir yang dilantik secara sah oleh rakyat akhirnya digulingkan secara 'haram' oleh tentera.




Apakah kesudahannya?

Wajarkah kita hanya menanti tatkala satu persatu kuasa Islam dijatuhkan satu persatu. Percaturan politik di dunia Islam selalu menjadi masalah. Golongan Islamis vs Golongan Sekular didikan barat, golongan gila kuasa, semua bercampur aduk menjadi satu.

Caca merba rakyat dibuatnya. Dijadikan taruhan pemimpin yang mungkin saja 'gila'. Dah tak nampak apa kecuali pengekalan dan perampasan kuasa. Semestinya Barat dan Zionis senyum malu harimau tak sabar meratah lagi dunia Muslim.

Kuasa, harta memang fitnah terbesar manusia. Sedari berzaman lagi, konspirasi, pakatan jahat, dan sebagainya menjadi alat perjudian. Kita, rakyat bawahan hanya mampu melihatkah golongan gajah-gajah ini naik minyak?

Lebih menyedihkan, persekongkolan pemimpin negara-negara Arab sendiri turut samamencalit saham. Berlainan fikrah, sekutu mengkayakan negara sendiri, bertalu mengucap tahniah atas pengkhianatan golongan atasan yang memang inginkan kuasa. Itukah nama kemenangan buat orang Islam. Sememangnya dungunya pemimpin Arab zaman-berzaman. Mulut ditutup dengan pedang senjata.

Mesir, negara yang kaya sebenarnya. Kaya segala-galanya. Lubuk emas yang menjadi rebutan semua. Tidak semudah menjanakannya, kerna rakyatnya masih ramai diperbodohkan. 30 tahun berganti setahun itu tidak cukup untuk menyedarkan. 

Sama sahaja negara kita, 50 tahun lebih , masih belum ampuh untuk membuka mata hati, menyedarkan insan bahawa mereka masih boleh dipijak-pijak sesuka hati oleh durjana yang berkepentingan. Seinginnya rasa mahu lari. Namun, hidup adalah perjuangan, Kita bukan pengecut menerima bulat-bulat penindasan demi penindasan golongan yang berkepetingan untuk diri mereka sahaja!


.........

* Perkembangan terkini Mesir dari al-jazeera

* Reaksi antarabangsa

* Egypt : 10 key moments

0 ulasan: