22 Syaaban 1434

Tinggal lebih kurang seminggu lagi ambang Ramadhan bakal menjengah. Mudah-mudahan disampaikan kami ke bulan barakah ini.


Melepasi 15 Syaaban, satu demi satu jemputan walimah saya terima. Alhamdulillah, rasa gembira dan bahagia. Moga dipermudahkan segala urusan sebelum dan selepas ijabkabul antum itu ya!

Saya juga membilang hari. Walimah lagi ke? Terasa mahu berwalimah lagi je, bila seorang-seorang menjemput. Insyaallah kalau ada rezeki, kita jemput juga tapi untuk keyukuran anak la pulak kan.. Mohon kalian doakan juga ya, semoga urusan kami sekeluarga juga Allah beri kelancaran.

.............................

Melangkah ke alam baru, serba serbi penuh kemungkinan. Kita tidak mampu menjamin apa yang akan terjadi.

Masih ingat pesanan yang selalu diulang-ulang oleh ma dan makcik-makcik.

Kunci yang sangat penting dalam perkahwinan ialah sikap sabar.

Sabar menghadapi segala apa jua dugaan yang bakal mendatang. Maklumlah, penuh persepsi dan inspirasi kita terhadap pasangan. Mungkin ada yang kita suka, ada yang separuh suka, bahkan ada yang langsung kita tak suka.

Terimalah seadanya dengan reda dan sabar. Kerna kita juga ada kelemahan dan kelebihan tersendiri. 

Apa yang penting, pasakkan doa dan tawakal. Kemaskan takwa dan amalan. Agar impian dan cita-cita menggunung sebelum kahwin itu dapat dilaksanakan sebaiknya.



Banyak yang akan berubah. Sesuaikanlah mana yang perlu, tambah mana yang kurang, tampung bersama. Kerna langkah kita sudah tidak lagi sepasang kaki, sudah berpasang 2, akan bertambah tiga mahupun empat juga seterusnya.

Semoga kita semua mendapat perlindungan dan rahmat Allah. Insyaallah!

0 ulasan: