27 Syaaban 1434





كثير من المسلمين يكيلون بمكاييل عديدة ، وكثير من "الشيوخ" يكيلون بمكاييل عديدة ، متبعين الهوى ! ولنأخذ حالة الدكتور محمد مرسي مثالا على المزاجية والهوى عند هؤلاء !
ملأ هؤلاء الشيوخ الدنيا كلاما في حرمة الخروج على ولي الأمر ، وأدانو الحراكات والنشاطات والأعمال الصادرة عن دعاة الإسلام والعلماء المصلحين والناصحين ، وقالوا لنا : أعمالكم هذه خروج على ولي الأمر ، ويجب عليكم طاعة ولي الأمر طاعة مطلقة ، وإن لم تفعلوا كنتم آثمين عند الله ، واستدلوا إستدلالا خاطئا بقوله تعالى : 
"يا أيها الذين ءامنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولي الأمر منكم".
 
أدان شيخ الأزهر الثائرين على حسني مبارك عام 2011 ، ووجه لهم هذه الآية ..وهكذا فعل "المشايخ" الرسميون في اليمن والسعودية والأردن وسوريا والإمارات وغيرها !!

نقول للأنظمة العربية في السعودية والأردن والإمارات الذين سارعوا بتهنئة الانقلاب العسكري المشبوه في مصر : ألم يكن محمد مرسي رئيسا شرعيا للجمهورية ؟ ألم يكن وليا للأمر ؟ أليس المعارضون له خارجين على ولي الأمر ؟ أليس انقلاب العسكر عليه خروجا على ولي الأمر ؟ فلماذا تهنئون هؤلاء الخارجين ؟

ونقول للشيوخ الرسميين في هذه الأنظمة العربية المهنئة " لماذا لم تنكروا على حكامكم مباركتهم الخروج على ولي الأمر المصري ، ولو كان الخارجون على حكامكم لملأتم الدنيا فتاوى في حرمة الخروج على ولي الأمر ! وشيخ الأزهر الذي حرم الخروج على مبارك كان من الخارجين على ولي الأمر ، وحزب النور "السلفي" الذي تربى على حرمة الخروج على ولي الأمر جلس بجانب البابا "تواضروس" ، مشاركا له في الخروج على ولي الأمر!! بأي مكيال تكيلون بأصحاب الهوى والمزاج ، نشهد أنكم ما أردتم بفتواكم وتهنئتكم وجه الله !!




Terjemahan : ( Kredit kepada Afdholul Rahman Che Ani Official Page )


[Hukum Khuruj (keluar) Dari Daerah Pemerintah (Atau Disebut Juga Bughah) / (berkaitan dengan kes di Mesir baru-baru ini) - Terjemahan Cepat Dari Status Dr Solah Fattah Khalidi, Ulama' Tafsir Di Jordan, kalau ada salah, boleh betulkan]


Kebanyakan muslim yang menimbang dengan neraca yang pelbagai, dan kebanyakan 'syuyukh' yang menimbang dengan neraca yang pelbagai, adalah pengikut kepada al-hawwa !
Kita ambil contoh keadaan Mursi sebagai perumpamaan kepada sebuah neraca yang mengikut mood dan hawa mereka !


Mereka ini, para syuyukh dunia mengisi kata-kata mereka dengan mengharamkan keluar daripada pemerintah (bughah) , menghukum pergerakan-pergerakan, aktiviti-aktiviti serta amal-amal yang lahir daripada pendakwah-pendakwah Islam, para ulama', para pengislah dan penasihat.


Mereka berkata kepada kita : "Tindakan kamu ini keluar dari daerah pemerintah (bughah) , wajib ke atas kamu untuk taat secara mutlak kepada pemerintah, sekiranya kamu tidak melakukan (ketaatan) , kamu tergolong dalam golongan yang berdosa di sisi Allah", dan mereka berdalil dengan cara pendalilan yang salah dengan mengambil firman Allah : "Wahai orang-orang beriman, taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul serta ulil amri di kalangan kamu."


Syeikhul Azhar telah menghukum golongan yang rebel (menentang) Husni Mubarak pada tahun 2011 dan telah membacakan kepada mereka ayat ini, dan begitu jugalah yang telah dilakukan oleh 'Masyaikh-masyaikh' rasmi di Yaman, Saudi, Jordan, Suria, UAE dan lain-lain !


Kami katakan kepada kerajaan Arab di Saudi, di Jordan, di UAE yang begitu cepat mengucapkan tahniah ke atas penggulingan Mursi melalui proses ketenteraan seperti yang berlaku di Mesir, "Bukankah Mursi itu pemimpin yang sah bagi Republik Mesir? Bukankah dia itu waliyul amr (sebagaimana dalil yang mereka selalu gunakan)? Bukankah para penentang kepada Mursi itu adalah mereka yang keluar dari daerah pemerintah (bughah)? Bukankah penggulingan yang dilakukan oleh tentera terhadapnya itu adalah perbuatan keluar dari daerah pemerintah? Maka kenapa kamu ucapkan tahniah kepada orang-orang yang keluar dari daerah pemerintah ini ??


Kami katakan kepada syeikh-syeikh rasmi bagi negara-negara Arab yang mengucapkan tahniah ini, "Kenapa kamu tidak mengingkari para pemerintah kamu ke atas tindakan mereka keluar dari waliyul amr Mesir, kalaulah yang keluar (menentang) itu adalah terhadap 'pemerintah kamu', nescaya kamu akan mengisi keduniaan dalam fatwa-fatwa kamu dengan mengharamkan keluar dari daerah pemerintah !"


Syeikhul Azhar yang mengharamkan keluar daripada daerah pemerintahan Mubarak (menentangnya) adalah di kalangan yang turut keluar dari daerah waliyul amr, begitu juga Hizbun Nur 'As-Salafi' yang selalu mendidik orang dengan haramnya keluar dari daerah waliyul amr, mereka itu telah duduk di sebelah Pope 'Twadrus' bersama mereka beramai-ramai keluar dari daerah waliyul amr ! Neraca apa yang kalian gunakan wahai ashab (ahli) hawwa dan mood, kami menjadi saksi apa yang kalian inginkan dengan fatwa kalian dan ucapan tahniah kalian di depan Allah nanti !


0 ulasan: