23 Zulhijjah 1433 H

Hampir 5 bulan dibiarkan sahaja laman ini bersawang. Buat pertama kalinya sejak mula berjinak dengan dunia penulisan maya.

Ke mana menghilang terlalu lama.

Pulang ke tanah air, keputusan bekalan internet [ manusia hanya mencari kesenangan sementara dengan meragut keselesaan manusia lain ] menyukarkan komunikasi dengan dunia luar. Nasib baik masih ada telefon. 

Lantas, hanya sekali sekala keluar ke bandar, singgah di cybercafe, mengirim berita, meneliti cerita di samping menguruskan persiapan untuk lepas raya Aidilfitri nanti .. [ apa tu ? ]

.......

Sungguh, Allah sahaja tempat disandarkan kesyukuran di atas segala nikmatNya. Yang menitipkan ketenangan dan keyakinan tatkala menerima sebuah lamaran  dari dia yang kini sudah sah menjadi teman hidup semati. Yang menitipkan sebuah kepercayaan dan restu buat ayahanda dan ibundaku untuk menyerahkan anak gadisnya kepada naungan seorang lelaki asing yang langsung tidak pernah dijangka akan menjadi menantu mereka.


Pejam celik, detik-detik yang berlalu amatlah pantas. Sehingga tatkala detik lafaz sakinah itu ku dengar mesra dalam debaran, masih tidak percaya apa yang sedang dilalui. ^^, [ percayalah wahai diri ]

Terima kasih buatmu imamku, suamiku, teman hidup sematiku, kerna menerima diri ini sebagaimana dirinya. Alam rumahtangga yang seribu warna ini sudah kita jejaki.


Terima kasih kepada semua, ayahanda dan ibundaku, ayahanda dan ibunda mertua ku, ahli  keluarga ku dan dia, kaum kerabat, sahabat handai di atas segala-gala pertolongan kalian, 'support' dan doa yang tidak pernah putus. 


Doakan kami, teguh tabah dan sabar dalam melayari sebuah bahtera kehidupan moga-moga Allah meredai ikatan ini hingga ke JannahNya sana juga dikurniakan kemurahan rezeki, serta diserikan dengan zuriat yang soleh dan solehah penyambung mata rantai sebuah perjuangan agama dan kehidupan.

Seketika, sebelum bersambung kisah ingin kami kongsikan :

" Jodoh itu rahsia Tuhan, mencari teraba-raba, tatkala tiba tak terasa " 



............

* Semester baru sudah lama bermula. Perjuangan tahun akhir perlu diteruskan, walau jarak memisahkan kami berdua dua semester terakhir ini. 

* Ramai juga sahabat-sahabat yang bakal khirij semester ini. Maaf andainya masih banyak hak-hak kalian tak terlunas. Saya masih berusaha !

Hingga ketemu lagi . Insyaallah biiznillah.