1 Jamadil Awal 1433


Berurus niaga (muamalat) dengan individu Yahudi atau mana-mana pihak Yahudi yang terhad pada individu atau syarikat Sdn Bhd mereka, seperti Yahudi dari negara Eropah dan lainnya, maka pada hukum asalnya adalah harus justeru Rasulullah saw pernah berurus niaga dgn bangsa Yahudi. Namun, urus niaga dengan Yahudi Israel hari ini, Yahudi yang membunuh Ummat Islam Palestine lalu merampas tanah Palestine dan menubuhkan negara haram Israel atas penderitaan dan kesengsaraan ummat Islam Palestine, Yahudi yang mencari dan mengaut keuntungan lalu membina kekayaan mengukuhkan kuasa dan penjajahan mereka keatas ummat Islam Palestine malah membunuh sewenangnya Ummat Islam Palestine, maka haram berurus niaga dengan mereka walau apa fahaman yang mereka anut termasuk zionis.

Ulama' telah banyak memberikan fatwa haram berkait urusniaga semasa dengan Yahudi Israel secara umumnya seperti Dr Yusuf al Qaradhawi, kerana asasnya keseluruhan Yahudi Israel telah melakukan satu jenayah besar ke atas Ummat Islam dan ianya masih berlarutan sehingga hari ini.

Fatwa haram urus niaga dengan Yahudi Israel Zionis ini dibina oleh para alim ulama' berasaskan kesan dan perkembangan politik dan ekonomi ummat Islam antarabangsa apabila setiap ringgit atau dollar yang mengalir ke Israel melalui apa jua bentuk urusniaga dengan mereka menghasil sebutir peluru yang telah dan bakal menembusi jantung ummat Islam Palestine yang sedang berjuang mempertahan aqidah dan membebaskan tanahair mereka.

Fatwa itu dibina bukan kerana mereka dilahirkan berbangsa Yahudi tetapi disebabkan mereka melakukan satu jenayah besar ke atas ummat Islam dan jenayah itu masih berlarutan hingga ke hari ini. Demikian adalah hukum yang berkait dengan muamalah atau urusniaga.

Sementara kedudukan Yahudi secara umumnya di mata ummat Islam telah disebut secara jelas di dalam Al Quranil Karim. Bagaimana dendam dan semangat permusuhan mereka terhadap Islam yang didedahkan oleh Allah Taala (bermaksud), "Kamu akan dapati golongan yang sangat tinggi kadar permusuhan mereka terhadap orang-orang beriman ialah Yahudi dan mereka yang mempersekutukan Allah Taala...".

"Dan sekali-kali tidaklah Yahudi dan Nasara Redha terhadap kamu sehingga kamu mengikut cara hidup mereka...".

Banyak ayat seperti ini di dalam Al Quran dan ia adalah pendedahan serta peringatan Allah Taala kepada umat manusia, khasnya kepada umat Islam terhadap sikap dan bahaya yang dicetuskan oleh Yahudi berasaskan latar belakang dan sejarah mereka yang sering menipu, khianat, mungkir janji dan berdendam, biar apa pun fahaman yang dianut oleh mereka di sepanjang zaman termasuklah faham zionisme yang sememangnya telah mengisytiharkan protokol mereka yang jelas dan nyata memusuhi serta memerangi ummat Islam. Justeru, tiada pengiktirafan dan persekongkolan dengan Yahudi di atas peta politik dunia hari ini.

Umat Islam tidak perlu panik dan usah resah dalam mengikuti perkembangan semasa berkait isu Yahudi, lantaran perbahasan mengenai hukum muamalah adalah suatu yang berbeza dengan siasah. Keduanya mesti diteliti dengan cermat dan jelas.

Walau bagaimanapun terlebih aula (utama) dan wajar kita terus berfikir dan merancang untuk terus meningkatkan sokongan moral, politik dan ekonomi kita kepada ummat Islam di Palestin khasnya HAMAS untuk mereka terus membina masa depan mereka yang kebih baik berdepan kekejaman Yahudi Israel Alaihi Laknatullah berbanding kita berbincang dan berpolemik mengenai urus niaga kita dengan Yahudi.
..............
Sumber : Tarbawi.my

21 Rabi'ul Akhir 1433

Sembang iman,
Mahu bagaimana dirimu.
Pantas dibiar sajakah,
Terumbang ambing di pukul badai?

Kau mahu teguh berdiri,
Sedang jasad kosong,
Tiada apa mampu menongkah.

Sekali air bah,
Kau pasti basah,
Namun, pastikan pasak kemas,
Walau tersungkur,
Pasti akan ada kuatnya.

Sisipkanlah jiwa,
Isi semula,
Imanmu hanya menerka,
Mohonlah semoga tetap,
Rela dibangun kembali.

Walau jalan telah sempit,
Usahakan berlari,
Semampu cekal,
Moga Tuhan tetap ada,
Mengiringi langkah.


...............

* Sakura mula memekar. Ada gerimis bayu. Sudahkah kembali pada empunya?

1 Rabi'ul Awal 1433

Tatkala atmosfera beku,
Keliru dalam kaku,
Diam bisu.

Tangan yang menghulur,
Senyum mawar merekah,
Mata, sama berbahasa.

Tiada yang mahu bergolak rasa,
Ceria mahunya sentiasa,
Namun bolehkah diterka,
Tika kalam bertutur selesa?

................


Moga tenang itu sentiasa tiba,
Biar insan tak mudah lupa,
Mendung ceria atmosfera,
Titipan berharga.

Bukan semata nilaian ia,
Pada salju menyelaputi bata,
Namun, tatkala mencair rata,
Hanya selut, buat kenangan alpa.

20 Rabi'ul Akhir 1433

Jom, terus mengakaji dan mengamalkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w



عن أبي عبد الله جابر بن عبد الله الأنصاري رضي الله عنهما : أن رجلا سأل رسول الله صلي الله عليه وسلم ، فقال : أرأيت إذا صليت المكتوبات ، وصمت رمضان ، وأحللت الحلال ، وحرمت الحرام ، ولم أزد علي ذلك شيئًا ؛ أأدخل الجنة ؟
 قال : ( نعم)

Maksudnya: “Bagaimana pendapatmu jika saya melakukan solat fardhu,berpuasa pada bulan Ramadhan, menghalalkan yang halal, dan mengharamkan yang haram,serta tidak menambahkan selain itu sedikit pun, adakah saya masuk syurga?” Nabi s.a.w menjawab: “Ya!”

(Riwayat Ahmad dan Muslim,no.15)


Huraian hadis

Makna “mengharamkan yag haram” adalah “menjauhinya.”

Makna “menghalalkan yang halal” adalah “melaksanakannya dengan penuh keyakinan dan kehalalannya.”

Sahabat yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. ini bernama Nukman bin Qauqal.

Pengarang kitab al-Mufhim mengatakan secara umum bahawa Nabi s.a.w. tidak mengatakan dalam hadis ini sesuatu yang bersifat tathawwu’ (sunah).

Orang Islam hendaklah bersungguh-sungguh mengamalkan ajaran asas agama Islam seperti solat, berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji. Melakukan yang sunat akan menambahkan kesempurnaan Islam dan menghampiri diri dengan Allah.



Tiga Kategori Orang Yang Meninggalkan Sunah


1. Orang yang meninggalkan yang sunah dan tidak mahu melakukan sedikit pun. Maka dia tidak memperoleh keuntungan yang besar dan pahala yang banyak.

2. Orang yang terus-menerus meninggalkan hal-hal yang sunnah. Maka dia telah berkurang agamanya dan berkurang pula nilai kesungguhan dalam beragama

3. Orang yang meninggalkan yang sunnah kerana sikap meremehkannya. Maka dia merupakan orang yang fasiq dan patut dicela.

......................


* Salin dan tampal dari artikel.
* Imtihan awal sudah bermula. Bittaufiq wan najah ye semua teman-teman!


9 Rabi'ul Akhir 1433


 
PERTAMA VI akhirnya melabuhkan tirainya pada 25 Februari lalu. Medan yang bukan semata tempat kita bertemu menyatu ukhuwwah, bertukar pandangan, bahkan di sinilah juga kita para mahasiswa mengumpul dan membina momentum kekuatan. Dalaman dan luaran.

Segarang warna merah, tona warna yang dipilih sebagai tema persidangan tahun ini, sehangat itulah semangat para peserta, lebih-lebih lagi para AJK pelaksana, tidak terkecuali para pembentang yang dijemput khas. Dua dari mereka diterbangkan dari tanah air tercinta, iaitu Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dan Ustaz Nazrey Johani. Penampilan ini tambah sempurna apabila digandingkan dengan seorang ilmuan yang tidak asing lagi di bumi Jordan ini, al-Fadhil Us Anhar Opir,calon PhD dari UWISE.

Tahun ke tahun, penganjuran PERTAMA semakin mencerminkan kematangan. Namun, kematangan yang ada itu perlu terpandu dan terpimpin dengan baik. Apabila disoroti tema PERTAMA dari awal penganjuran semulanya, sememangnya dapat dikesan satu demi satu anjakan kematangan mahasiswa yang sama-sama menghuni dataran Syam. Tanah yang sentiasa dikelilingi gelora ini, kita bercanda mengawasi dari jauh kelam kelibut tanah air.

“Membina Kekuatan Mahasiswa”. ( 2008 )

“Ke Arah Kematangan Mahasiswa Muslim” ( 2009 )

“Dakwah Dan Realiti Mahasiswa Timur Tengah” ( 2010 )

“Ke Arah Memahami Fiqh Interaksi Bersama Non- Muslim” ( 2011 )

“Media Dan Hiburan, Urgensi Dan Cabaran Semasa” ( 2012 )

Sedari empat tahun membuka minda kesedaran , mengenalkan siapa diri, dan mencetuskan perubahan pemikiran dalam setiap minda mahasiswa, kiranya amatlah tepat pemilihan tema persidangan pada tahun ini kerna ia menitipkan kita satu pencerahan wasilah yang amat jarang dicernakan mengikut disiplin ilmu yang tersusun.

Kita tahu ramai mahu berubah, namun sayangnya kembali ke tahap asal kerna tiada jalan, tiada lorong yang diketahui untuk dilalui. Justeru kini, apabila kesedaran sebagai seorang ilmuan itu harus menjadi daei dan khalifah kecil sudah didapati, lalu ke mana perlu dilorongkan segala kefahaman itu biar ia tersebar luas? Agar indahnya Islam ini dapat dirasai sama oleh segenap umat manusia.

Kita Dan Media

Apabila memperkatakan soal M.E.D.I.A, apakah yang bakal terbit dari minda kita ?

Televisyen? Internet ? Radio ? Surat Khabar? Majalah ? Buku ?

Apakah itu ?

Bagaimana pula dengan H.I.B.U.R.A.N ?

Adakah hanya terfikirkan konsert-konsert hiburan, sinema yang sesak di kala meletupnya filem-filem dan selebriti ?

..................

Media dan hiburan dari sisi negarawan yang budayawan, dari sudut pandang agamawan dan juga cita dari seorang karyawan.

Sungguh cantik dan kemas percaturan manusia yang tentunya berlaku dengan izin Allah.

Barangkali, ada yang menganggap media dan hiburan adalah candu yang sangat berbahaya yang sewajibnya dijauhi. Walhal, ia perlu diambil sekadarnya hingga bukan ditangkap sebagai ideologi. Dengan bahasa mudahnya, terserahlah kepada kita bagaimana untuk menjadikannya sesuai dengan keperluan.

Kiranya wajarlah falsafah Media sebagai medium ar-Risalah yang dicetuskan oleh Prof Madya Dr.Abu Hassan boleh dijadikan pegangan kepada mana-mana pengamal media Islam.

“Media Islam adalah media ar-Risalah ; iaitu suatu proses mengkomunikasikan informasi melalui medium-medium media sama ada medium tradisi seperti akhbar, radio dan televisyen atau medium baru misalnya blog dan media sosial seperti Facebook dan Twitter dengan pelbagai hal kandungan yang sarat dengan muatan dan sosialisasi nilai-nilai Islam. Media islam sebagai ar-Risalah boleh dikatakan sebagai “crusade media” yakni media yang memperjuangkan nilai-nilai tertentu, yakni nilai-nilai islam. Media islam islam akan mengembangkan teras pemikiran dan perasaan islam iaitu amar ma’ruf nahi munkar”

Menurut professor juga, media Islam hendaklah menjadi pencetus dan pembentuk dalam menjayakan gerakan Islamiah, menjadi perkembangan syiar, berfungsi sebagai sumber pengetahuan dalam membangunkan pemikiran dan kebijakan-kebijakan ekoposial Islam dalam menjadikan sistem penghidupan terbaik buat semua masyarakat dunia. Firman Allah ada menyebutkan :



 
 

 

Medium ini bukan sahaja fungsinya sebagai cerminan kehidupan masyarakat realiti tetapi ia adalah prototaip kepada penghidupan dan kehidupan manusia nyata yang memiliki potensi. Serta bagaimana juga kita mampu memainkan sepenuhnya peranan media serta hiburan hingga mampu menjadi wasilah Pendidik (muaddib), Penegak informasi (musaddid), Pembaharu (mujaddid), Penyatu (muwahhid) dan Pejuang (mujahid).

......................

Justeru TAQWA merupakan nilai asas yang perlu ada pada diri setiap insan dalam menzahirkan media dan memilih hiburan yang bersesuaian kerana medium yang disandarkan kepada nilai inilah sahaja yang menciptakan dan menemukan kebenaran. Dari pentas PERTAMA VI, pertandingan video pendek dan Pementasan teater Si Amanu, menyimpulkan kesemua aspek ini dalam laras falsafah dan penyampaian yang sangat mengesankan.

Kita sedar medium ini perlulah diselarikan dengan tuntutan agama agar setiap jalur yang ditempuh oleh para karyawan, mediawan tidak tersasar dari lunas Islam. Satu hal yang perlu dipandang berat di mana ia memerlukan kepada gabung jalin yang sangat erat di antara golongan ini dengan agamawan. Setidaknya ilmuan agama menjadi penilai dan rujukan dari seenaknya sembrono melontarkan kritikan yang mengakibatkan luka parah karyawan hingga lari sejauhnya dari medan amal Islami. Alangkah ruginya kita jika hal itu yang terjadi.

Sahabat-sahabiah mahasiswa Urdun,

Insan yang mendiami kurun ke 21, diuji merenangi kurun informasi dengan kebangkitan arus teknologi tanpa sempadan. Bersamalah kita bergandingan mengevolusikan diri dan masyarakat dalam mencipta peradaban sempurna yang berteras nilai Islami.

Moga-moga harapan yang dinyatakan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, Ustaz Nazrey Johani dan Ustaz Anhar Opir mampu kita realisasikan, sekurang tak mampu menjadi budayawan, mediawan, karyawan, mahupun agamawan ternama, namun ada tetap sumbangannya buat ummah biar tersedar celik dari leka.

Dari sinilah kita harus bermula!

"Bersekutu Membuat PERUBAHAN"




* Sedikit makalah kecil buat perkongsian di web PERMATAJORDAN.

* Moga ada nilai dan manfaat.

9 Rabi'ul Akhir 1433



عن سفيان بن عبد الله رضي الله عنه ، قال : قلت : يا رسول الله ، قل لي في الإسلام قولا لا أسأل عنه أحدا غيرك ، قال : قل آمنت بالله ، ثم استقم - رواه مسلم  

Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata: "Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah."
(Riwayat Muslim no. 38; al-Nasa’i no. 11489 dan Ibn Majah no. 3972)

On the authority of Abu 'Amr, though others call him Abu 'Amrah Sufyan bin 'Abdullah, radiyallahu anhu, who said:

I said: "O Messenger of Allah, tell me something about Islam which I could not ask anyone about save you." He answered: "Say: 'I believe in Allah', and then stand firm and steadfast."
[Muslim]



HURAIAN DAN INTI SARI

Ungkapan: “Katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang ISLAM,yang saya tidak memintanya kepada seorang pun kecuali kepadamu.” Bermaksud, “Ajarkanlah kepadaku satu kalimah yang pendek,tetapi mengandungi makna yang padat dan berisi tentang pengertian ISLAM yang mudah difahami,sehingga aku tidak lagi perlu penjelasan orang lain untuk menjadi dasar amalan.”

Maka Rasulullah s.a.w. menjawab:

“Katakanlah,aku beriman kepada ALLAH,kemudian istiqamahlah.” Ini adalah kalimah pendek,padat berisi yang Allah berikan kpd Rasulullah s.a.w.

Dua kalimah ini telah memenuhi pengertian Iman dan Islam secara utuh .

Beliau menyuruh orang tersebut untuk selalu memperbaharui imannya dgn ucapan lisan dan mengingat di dalam hati,serta menyuruh dia secara teguh melaksanakan amal-amal soleh dan menjauhi semua dosa.

Hal ini kerana seseorang tidak dikatakan istiqamah jika dia menyimpang walaupun hanya sebentar.Hal ini selari dgn firman Allah:
Maksudnya: Sesungguhnya mereka yg berkata: Allah adalah Tuhan kami kemudian mereka istiqamah… (Surah Fussilat 41:30)

Umar bin Khattab berkata:

“Mereka (para sahabat) istiqamah demi ALLAH dalam mentaati ALLAH dan tidak sedikit pun mereka itu berpaling,sekalipun seperti berpalingnya musang.”

Maksudnya, mereka lurus dan teguh dalam melaksanakan sebahagian besar ketaatannya kepada ALLAH,baik dlm keyakinan,ucapan,mahupun perbuatan dan mereka terus-menerus berbuat begitu (sampai mati). Demikianlah pendapat sebahagian besar para mufasir.

Inilah makna hadis tersebut,insyaAllah.Begitu pula firman Allah:

فاستقم كما امرت

Maksudnya: “Maka hendaklah kamu beristiqamah seperti yang diperintahkan kepadamu.” (Surah Hud 11: 112)

Abul Qasim al-Qusyairi berkata:

“Istiqamah adalah satu tingkatan yang menjadi penyempurna dan pelengkap semua urusan.Dengan istiqamah, segala kebaikan dengan semua aturannya dapat diwujudkan. Orang yang tidak istiqamah dalam melakukan usahanya, pasti sia-sia dan gagal.”

Dia berkata pula:

“Ada yang berpendapat bahawa istiqamah itu hanyalah dapat dijalankan oleh orang-orang besar,kerana istiqamah adalah menyimpang daripada kebiasaan,menyalahi adat dan kebiasaan sehari-hari, teguh di hadapan ALLAH dengan kesungguhan dan kejujuran.

PENGAJARAN

1. Beriman kepada ALLAH s.w.t harus mendahului ketaatan

2. Sifat beristiqamah merupakan darjat yang tinggi.

3. Perintah untuk istiqamah dalam bertauhid dan ikhlas dalam beribadah hingga ke akhir hayat hanya kepada ALLAH s.w.t.

4. Melaksanakan iman dan amal soleh harus berjalan serentak.

.................


* Salin dan tampal dari makalah

* Jom sama-sama amalkan.