24 Rejab 1433 H


Bayu malam sepi,
Sayu mengiringi,
Perginya seorang pejuang.

Usah lupa,
Ini malam barakah,
Dia pulang, tenang bertemu Tuhan.

Diri masih termangu,
Entah mengapa resah,
Sedang tiada jauh antara kita,
Yang ada,
Hanya jarak.

Kau dan aku,
Mahu menyoroti sama,
Jalan juang sang murabbi yang telah ditinggalkan.
Kadang teraba,
Selak kembali lembaran wahyu,
Jua tinggalan agung baginda.

Sungguh,
Ia Bukan senang,
Namun tidak susah.

Di bawah naungan al-Kahfi,
Kembali dikoreksi,
Sudahkah rijal bertujuh itu,
Disemai titipanya dalam jiwa.

...........

Masih ada kisah,
Belum dicerna.

Ya Allah, teguhkan kaki kami melangkah,
Menyambung mata rantai,
Biar tak putus hingga Jannah..

................

* Dari Allah kita datang, kepadanya jua kita akan kembali.. Perginya seorang murabbi yang sukar dicari ganti..

MOga Roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh..

0 ulasan: