28 Jamadil Akhir 1433

Tika zaitun berputik bunga,
Mengindah di balik kuntuman mawar,
Aduhai rama-rama berterbangan dia,
Jangan teman dilupa biar.

Lebah, kumbang pun mahu berawangan..

................

Hari terang panas memancar,
Sebalang air memberi sinar,
Terasa haus mencari penawar,
Teruskan langkah sekalipun sasar.

 Wardah sudah lama memekar,
Sakura masih ingin bertunas,
Sedang tin terus segar,
Moga tiada yang mencantas.

......................

Helaian warkah masih diselak,
 Masih ada belum lunas,
Maju insan jangan elak,
Ini bukan jalan pintas.


__________

* Dunia hanya jambatan ke akhirat, andai jambatan itu ada compang ada lubang, mampukah sampai ke seberang dengan aman?

Terus mujahadah mencari sinar terang menggapai hanya reda DIA, Tuhan yana Satu. Allah .. ^_^

0 ulasan: