2 Rejab 1433 H

Sungguh cepat masa berlalu. Terasa masih baru di tanah ini. Pejam celik, diri sudah semakin bertambah dewasa .. ^^,

Sudah empat kertas ditekuni, moga-moga Allah memberi natijah yang terbaik untuk subjek-subjek yang telah dilalui mahupun yang bakal mendatang. Semoga Allah memberikan nusrah kemudahan buat semua teman-teman juga. Insyaallah.

Esok, Insyaallah khatimah bagi subjek syair yang terakhir yang bakal saya hadami.

Syair Arab Zaman Moden. 

Sebenarnya ada dua lagi subjek Sastera Arab yang perlu dihabiskan. Prosa Arab Zaman Moden dan Sastera Perbandingan.

Insyaallah jika ada rezeki akan ditekuni pada semester 1, akhir tahun ini [ super senior la pulaknye ]

................

Berbalik kepada subjek syair tadi, seperti mana telah dimaklumi, subjek sastera [ prosa @ syair ] Arab yang wajib diuliti dan difahami di sepanjang pengajian saya dalam pengkhusan Bahasa Arab lebih kurang dalam 60%. Jadi tak hairan lah, jikalau graduan Universiti Mu'tah ini lebih seni dan halus orangnya @ dalam erti kata bahasa moden ni, jiwang la kot . Tapi mungkin bukan semua juga begitu .. [ betul tak along ]

Lega rasanya bila sudah menghabiskan subjek syair. Almaklumlah, sebagai ajanib mahunya nak menangis setiap kali pensyarah mensyarahkan syair. Selalu saja cemburu dengan teman-teman Arab, seronoknya kalau dapat faham syair Arab , seronoknya dapat zuq dengan bahasa Arab. Alah, macam kita faham syair Melayu, sajak , gurindam dan pantun.. Kan seronok tu... Tak apalah dalam bahasa mereka, tapi itu bukan alasan kan?

Sesekali bila diperli oleh pensyarah, luruh juga jantung ni.. Iya lah, dah tahun tiga, bahasa Arab masih lagi tergagap-gagap. [ macam mana nak balik Malaysia sebagai graduan B.Arab ni! ]. Uslub masih salah, masih tertukar dhomir, dan macam-macam lagi lah.

Lari tajuk lagi. 

Sebenarnya mahu bercerita sedikit tentang pengalaman menghadapi subjek-subjek syair ini. Bagi saya, walaupun susah nak score markah yang tinggi dalam subjek syair ni [ kebiasaannye hanya mampu paling tinggi dapat Jayyid Jiddan je ] , namun ada sesuatu kepuasan yang tak mampu dizahirkan setiap kali menekuni setiap syair yang diajar oleh doktor. 

Di sini kami belajar syair mengikut zaman Khilafah Islam. Sebelum belajar syair, doktor akan menceritakan sedikit latar belakang @ sejarah yang berkaitan dengan setiap zaman tersebut. Ini kerana, jika anda memahami sejarah setiap zaman dengan baik, Insyaallah ini akan membantu pemahaman kalian terhadap kebanyakan syair @ prosa yag dihasilkan pada zaman-zaman tersebut.

Kenangan belajar syair, dari zaman Jahiliah, Zaman Khilafah Rasyidin, hinggalah ke zaman moden ini terlalu banyak. Seringkali hati dirobek-robek, pilu, bertambah sedih dengan membaca nas-nas yang kadangkala mungkin terkeluar dari lunas Islam sendiri. 

Tambah pula jika dibandingkan kisah-kisah yang terjadi, di setiap zaman, serasa diulang tayang ceritanya walaupun dengan lakon layar berbeza.

Apa cerita hari ini. Perebutan kuasa, korupsi, taasub, sekularisme, Syiah, Khawarij, Mu'tazilah, Irsyad Manji? Semuanya sudah diwarnai dengan cerita lampau.

Mudah-mudahan kita yang telah belajar ini tidak lupa mengambil peringatan.

................

Hari ini juga berakhirnya subjek terakhir dan kelas terakhir bersama along kesayangan.

Pulang berdua, erat digenggam tangan. Apakah saat ini akan bisa berulang ukhti. Dirimu akan pulang ke tanah air soifi nanti, pasti takkan sempat ku lambai tanganmu.. Masih basah kenangan perpisahan yang tak diduga dengan angah [ tu lah, sape suruh main-main masa wida' dulu ]

Moga Allah menautkan dan mengeratkan segala ikatan kasih sayang kita, mencambahkan kerinduan tika sudah berpisah jasad nanti. Pulangmu pasti membawa inspirasi menceriakan keluarga dan ummat yang sudah bertahun menanti anakanda tercinta yang tak jemu bermujahadah di tanah syuhada' ini.

Cerita kita, cerita suka, cerita cinta, cerita rindu, semua pasti akan tetap kemas di ingatan.. 

Angah dan along.. 

Saat perpisahan itu sudah semakin hampir, namun aku yakin ukhuwwah fillah ini pasti akan bersemi selamanya, Insyaallah sampai ke syurgaNya nanti.

...................

* Nantikan saja kepulanganku ya!

1 ulasan:

kenapa ye anjang yang rasa sedeh baca entri ni. :'( rasa nak nanges kuat3.

sorg ukhti 'dua kegembiraan' yg tak pernah anjg bersua dgnnya, atin jieha yg bakal pergi tinggalkan bumi mu'tah dan mama juga yg bakal ikuti jejak mereka. huuu .. sume nak pergi..

hiba sangat hati..

doakan anjg juga kuat hadapi detik2 ini. tau mama. i love you lotsss ~ ;') mama pon kuat3 juga tau ! (tak kira nk pgil mama jugak.. )