9 Rabi'ul Akhir 1433



عن سفيان بن عبد الله رضي الله عنه ، قال : قلت : يا رسول الله ، قل لي في الإسلام قولا لا أسأل عنه أحدا غيرك ، قال : قل آمنت بالله ، ثم استقم - رواه مسلم  

Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata: "Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah."
(Riwayat Muslim no. 38; al-Nasa’i no. 11489 dan Ibn Majah no. 3972)

On the authority of Abu 'Amr, though others call him Abu 'Amrah Sufyan bin 'Abdullah, radiyallahu anhu, who said:

I said: "O Messenger of Allah, tell me something about Islam which I could not ask anyone about save you." He answered: "Say: 'I believe in Allah', and then stand firm and steadfast."
[Muslim]



HURAIAN DAN INTI SARI

Ungkapan: “Katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang ISLAM,yang saya tidak memintanya kepada seorang pun kecuali kepadamu.” Bermaksud, “Ajarkanlah kepadaku satu kalimah yang pendek,tetapi mengandungi makna yang padat dan berisi tentang pengertian ISLAM yang mudah difahami,sehingga aku tidak lagi perlu penjelasan orang lain untuk menjadi dasar amalan.”

Maka Rasulullah s.a.w. menjawab:

“Katakanlah,aku beriman kepada ALLAH,kemudian istiqamahlah.” Ini adalah kalimah pendek,padat berisi yang Allah berikan kpd Rasulullah s.a.w.

Dua kalimah ini telah memenuhi pengertian Iman dan Islam secara utuh .

Beliau menyuruh orang tersebut untuk selalu memperbaharui imannya dgn ucapan lisan dan mengingat di dalam hati,serta menyuruh dia secara teguh melaksanakan amal-amal soleh dan menjauhi semua dosa.

Hal ini kerana seseorang tidak dikatakan istiqamah jika dia menyimpang walaupun hanya sebentar.Hal ini selari dgn firman Allah:
Maksudnya: Sesungguhnya mereka yg berkata: Allah adalah Tuhan kami kemudian mereka istiqamah… (Surah Fussilat 41:30)

Umar bin Khattab berkata:

“Mereka (para sahabat) istiqamah demi ALLAH dalam mentaati ALLAH dan tidak sedikit pun mereka itu berpaling,sekalipun seperti berpalingnya musang.”

Maksudnya, mereka lurus dan teguh dalam melaksanakan sebahagian besar ketaatannya kepada ALLAH,baik dlm keyakinan,ucapan,mahupun perbuatan dan mereka terus-menerus berbuat begitu (sampai mati). Demikianlah pendapat sebahagian besar para mufasir.

Inilah makna hadis tersebut,insyaAllah.Begitu pula firman Allah:

فاستقم كما امرت

Maksudnya: “Maka hendaklah kamu beristiqamah seperti yang diperintahkan kepadamu.” (Surah Hud 11: 112)

Abul Qasim al-Qusyairi berkata:

“Istiqamah adalah satu tingkatan yang menjadi penyempurna dan pelengkap semua urusan.Dengan istiqamah, segala kebaikan dengan semua aturannya dapat diwujudkan. Orang yang tidak istiqamah dalam melakukan usahanya, pasti sia-sia dan gagal.”

Dia berkata pula:

“Ada yang berpendapat bahawa istiqamah itu hanyalah dapat dijalankan oleh orang-orang besar,kerana istiqamah adalah menyimpang daripada kebiasaan,menyalahi adat dan kebiasaan sehari-hari, teguh di hadapan ALLAH dengan kesungguhan dan kejujuran.

PENGAJARAN

1. Beriman kepada ALLAH s.w.t harus mendahului ketaatan

2. Sifat beristiqamah merupakan darjat yang tinggi.

3. Perintah untuk istiqamah dalam bertauhid dan ikhlas dalam beribadah hingga ke akhir hayat hanya kepada ALLAH s.w.t.

4. Melaksanakan iman dan amal soleh harus berjalan serentak.

.................


* Salin dan tampal dari makalah

* Jom sama-sama amalkan.

0 ulasan: