12 Rabi'ul Awal 1433

Permintaan dari sahabat, cuba dipenuhi. Maaf walau tak semampunya memenuhi hasrat, sekurang buat inspirasi pun cukuplah.

Aku sudah lelah mengadap dunia,
Ceriteranya bercampur dusta,
Teman, mahu ku khabarkan kisah,
Sudikah kau ralit bersama,
Mencari nilai rasa?

...........................

Itu Insani lupa,
Tiada bererti ilmu melangit,
Dek nafsu melata,
Kepentingan buat diri terpalit.

Lihatlah tamadun kebanggaan,
Apa khabar ia,
Jadi cerita watan,
Diselak di balik lembar catan,
Tinggal tunggul diracik zaman



Kitakan generasi kebangkitan.
Pasti kan mampu.

Dikau,
Ulul Albabkah kalian?
Telusuri mimpimu itu semula.

Kau bukan jilul Qu'ran didikan baginda,
Bukan generasi Salahuddin penebus Baitul Maqdis,
Tidak juga ummah terbaik pasca al-Fateh

Hanya ummat akhir zaman,
Jauh sekali yang dirindukan Rasulullah,
Tika hayatnya masih ada!

Hanya saf belum mampu dipenuh,
Tatkala azan fajar mengisi alam,
Manakan pula terbanding tengah hari Jumaat.

Musuh durjana,
selamanya akan ketawa,
Kita masih bangga meralit ilusi,
Terawang realiti entah ke mana.

…………………

Inilah alam,
Ini kisah,
Ini ceritera
Ini bukan dongengan,
Selamanya bukan tiada nilai.

  Bangunlah jiwa yang lena,
Ini bukan masa harapan
Ini bukan masa angan-angan.

Ingatan lampau buat dicanai,
Perlu kita gerak,
Tiada masa bertangguh lagi.
Sekarang kita mula!



2 ulasan:

Kejayaan yang mahu diraih...mesti berdepan, dengan kesusahan pada awwalnya..allahu..

Apa yang penting, azam perlu kemas, niat selalu tajdid, jangan mudah menyerah putus asa..

Moga Nusrah Allah sentiasa memandu jalan