7 Safar 1433 / 1 Januari 2012

Tahun baru Masihi telah pun tiba.

Penuh cerita darah. Merah yang basah memercik ke segenap ruang. 

Mereka ingat darah itu hanya air sirap. Jahitan di kulit hanya seperti menjahit cebisan kain yang koyak.

Oh, mudahnya dan kecilnya memandang dunia.

Ada yang ternoda nafsu,
Ada bersimbah darah,
Ada yang pilu,
Ada yang terbuka jiwa menangkap kebenaran..



Ini cerita membuka tirai tahun baru.

Bila mata, dan jiwa sudah dikelabui nafsu dan durjana perasaan ingin kekal ada, tiada apa yang boleh meleburkan melainkan hidayah Tuhan.

Imprealisma, nasionalisma, dan apa-apalah 'isma' itu hanyalah alat untuk terus berkuasa. Bagaimana lagi mahu dibentuk insan sebegini.

Yang diri ini tahu, hanya insan yang jauh dari tuhan akan membuat semua ini. Yang gelap mata memukul atau membunuh insan atas nama yang mereka cipta. 

Oh, mempertahankan keamanankah namanya ini??!!!

Yang menzalimi sememangnya dia suda lupa, bahawa antara doa yang dimakbulkan Allah ialah doa orang yang dizalimi.. Barangkali masih belum rasa, dek nikmat menggunung yang sebenarnya semakin memesongkan diri.

Tidak akan ada yang akan merelakan kezaliman.. Tidak sesekali, SELAMANYA!!

Ya Allah, berikanlah kami Nusrah membalikkan kezaliman ini!!! 




Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru-hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya

Pemimpin yang adil sifatnya amanah
Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama

Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya

Pemimpin yang adil mengutamakan amanah
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah


Terdapat pemimpin di dunia kini
Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita


Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya
Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya


Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini


......................

* Ada garis pedih setiap kali pendokong keselamatan dikeji. Oh, kasihannya mereka berajakan manusia yang berkiblatkan nafsu. Sedang benar-benar ikhlas makan dalam terpaksa menerima durja atas apa yang tidak diperbuat.

*  Ada baiknya juga, kita doakan mereka yang terpaksa, terus kukuh untuk mengislah, walau tak nampak, sekurang ada kesan untuk di sekeliling mereka.

* Abah dan Ma, sentiasa mendoakan kalian, selain tak putus doa kalian dipinta untuk kami berdua..

0 ulasan: