15 Safar 1433

Bulan senyum,
Nurnya tembus sanubari,
Biar diri ceria jua.

Nah jawapannya,
Setahun disimpan aksara,
Diam sepi.

Bagai mengerti,
Siapa lebih tahu,
Merisik khabar alam.

Kalam ini,
Ada mizannya,
Andai yang berlalu,
Tak seperti kata.

Mudahan sentiasa ingat,
Pedoman langkah,
Menuju bahagia akhirnya.


...............................
*  Bermain nota, mengerlip rasa, mencerna faham, moga tercanai ilmu bukan semata untuk mengadap kertas jawapan bahkan ada perlu keringat misi untuk ummah.

*   Allah sebaik-baik tempat sandaran, walau apa jua langkah dan badai yang datang.

0 ulasan: