10 Safar 1433 / 4 Januari 2011

Jom, sama-sama kita fahami hadis ke 20 dari Matan Arbain an-Nawawiyah ini.
عَنْ أَِبي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ آَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى: إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْت : رواه البخاري.

Terjemahan hadis :

Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Nabi - Nabi terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu. 
( Hadith yang diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari ).

Sifat malu merupakan sebahagian daripada akhlak para nabi Allah & malaikat. Dan juga tinggalan warisan para Anbiya’.

Makna suruhan dalam hadith ini :

1. Suruhan sebagai tahdid (kecaman) – telah dibayangkan balasan dunia mahupun akhirat.
2. Suruhan terhadap perkara yang harus - pilihan samada ingin melakukan ataupun tidak melakukan.
3. Suruhan sebagai pilihan -sifat malu sebagai bentengnya. Contohnya di dalam perkara maksiat.


Malu itu terbahagi kepada dua :

  o Perkara yang boleh diusahakan dengan mengenal Allah Sang pencipta seterusnya merasai muraqabah Allah.

 o Perkara yang tak boleh diusahakan sebagai contoh fitrah yang diberikan Allah kepada sesiapa yang dikehendaki – Nya ( kebaikan).

Terdapat sifat malu yang dicela iaitu yang tidak menepati syarak. Contohnya : malu bertanya tentang agama yang akhirnya beribadat dalam keadaan jahil.

Perihal dari sifat malu yang boleh dipelajari adalah :

Indentiti malu adalah salah satu sifat utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian dari lman. Malu tidak menghasilkan sesuatu kecuali kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara jahat.

Sejarah membuktikan bahawa nafsu manusia tidak terbatas dan tidak pernah puas. Hanya dengan sifat malu, mereka mampu membendung dan menjurusnya ke arah kemuliaan.

Malu yang bersifat sejati ialah malu yang didorong oleh perasaan lman kepada Allah.

Malu melakukan kebaikan adalah malu yang tercela dan dilarang seperti malu menutup aurat, malu mengerjakan ketaatan kepada Allah atau malu bertanya perkara yang tidak diketahui.

Jom, pakat amalkan dan hafal ye.. Mudahan jadi benteng dan pedoman kita. Tak kisahlah muslim atau muslimah ke, jejaka ke dara ke, pakcik ke makcik ke, semuanya!
.....................

* Berita-berita yang diterima awal tahun ini, aduh memang sesak dan sakit. Sayang seribu kali sayang, latar dan cerita sama, pelakonnya sahaja berbeza..

* Sayangilah keluarga anda, mahupun keluarga yang bakal dibina. Tarbiah generasi kita bermula dari kita. Salah niat, salah caturan besar akibatnya nanti melanda. Cerdik tapi tidak bijaksana bukan itu matlamat kita. 

*Teringat ulasan Dr Ibrahim Ba'ul dalam kelas Manahij mengenai firman Allah,  

"Sesungguhnya serapuh-rapuh dan selemah-lemah rumah/bangunan ialah Sarang Labah-labah.' 
 Insyaallah ada masa ketika, akan dicernakan bersama. Peringatan Allah dari Sang Lelabah. Mengapa dan kenapa <

* Mudah-mudahan hidayah itu akan kembali kepada mereka. 

Ya Allah, janganlah Kau bolak-balikkan hati dan diri kami setelah Kau memberi hidayah kepada Kami. 

0 ulasan: