25 Zulhijjah 1432 / 21 November 2011

Important Tips For Staying Happy.
  


















..................................

*Perkongsian dari email.. Mudah-mudahan bermanfaat.

* Hari ini adalah milik anda. Usah dibayangi kisah silam semalam dan angan-angan hari esok.. Pergunakanlah kesempatan yang ada, kerna ini sahaja masa yang kita ada.

* Way to New Year Hijrah..

Allah, Allah, Allah, setahun hampir berlalu.. Bagaimana umur dan masa yang telah berlalu? Telah tertunaikah semua hak-hak.. Sudah tercukupkah bekalan buat ke sana?


Terus muhasabah, cerna rasa dan minda, praktikalnya AMAL dan USAHA kita !

14 Zulhijjah 1432 / 10 November 2011

Layari web-web, menyusur dalam heningnya malam. Hadafnya cuma satu. Biar fikiran tidak kosong, terbiar dibias kenangan pahit manis dan rindu.

Mudah-mudahan ini langkah menjadi generasi ulul albab. Menggamit reda Allah, itu yang pasti.

...................

Auku: Indoktinisasi terancang dan pembodohan berstruktur

Belum pun reda dengan kejayaan gerakan mahasiswa menekan Universiti Islam Antarabangsa untuk menarik balik penggantungan Prof. Dr Abdul Aziz Bari baru-baru ini. Mahkamah Rayuan telah mencatatkan satu lagi sejarah dalam gerakan mahasiswa apabila telah mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 bercanggah / ‘ultra-virus’ dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Dato’ Hishamudin Yunus di dalam penghakiman bertulisnya menyatakan peruntukan Seksyen 15(5)(a) akan memandulkan daya fikir kritikal dan sihat para mahasiswa. Universiti bukannya kilang untuk membiakkan para robot dan mesin pekerja, tetapi jauh lebih besar dari itu, ia adalah gedung melahirkan para pemikir dan reformis. Mahkamah Rayuan juga secara tidak langsung telah mengiktiraf hak-hak kebebasan asasi sebagai struktur asas dan roh di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mahasiswa telah melakar sejarah kegemilangannya satu ketika dahulu, sebagai agen pendesak dan pengimbang bagi pemerintah. Demonstrasi Baling, penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Universiti Malaya dan Kempen Anti-Tunku adalah antara kenangan manis dalam sejarah gerakan mahasiswa.

Bahkan ramai yang memegang tampuk kepimpinan negara hari ini datangnya dari gerakan mahasiswa. Merasakan mahasiswa dan gelombang kebangkitan mereka mampu menggugat dan mencabar kerajaan pemerintah, maka satu undang-undang digubal untuk mengawal dan menyekat pengaruh mahasiswa , dan itulah AUKU yang ada pada hari ini.

Universiti yang sepatutnya menjadi pusat pembiakan dan percambahan pemikiran telah terjejas teruk dan telah lari dari matlamat asalnya. Para ahli akademik dibisukan dan dijahit mulut mereka dari menjalankan tanggungjawab mereka. Kesan AUKU bukan sahaja dirasai oleh para mahasiswa bahkan keseluruhan warga universiti turut sama terjejas. Para ahli akademik dihilangkan taringnya.

Mana ‘speakers corner’? Mana demonstrasi mahasiswa? Semuanya hilang ditelan waktu. Para mahasiswa telah menjalani proses indoktinisasi terancang dan pembodohan berstruktur oleh pihak universiti dan parti pemerintah untuk satu jangka waktu yang cukup panjang.

Pemikiran kritis dan perbincangan tentang idea sudah hilang. Bagi mereka, mahasiswa yang baik dan berjaya ialah apabila dia dapat lulus dengan cemerlang, tidak melawan dasar universiti dan kerajaan dan mendapat pekerjaan yang baik. Mahasiswa yang sentiasa mencabar dasar universiti dan bersikap kritikal terhadap dasar-dasar kerajaan adalah contoh mahasiswa yang gagal atau terlalu terpengaruh dengan pembangkang.

Mahasiswa adalah sub-set kepada satu kumpulan besar masyarakat. Setiap isu yang timbul, secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Dan selaku warga terpelajar, mereka sebenarnya menggalas tanggungjawab yang besar terhadap masyarakat dan negara. Tidak boleh dinafikan bahawa gerakan mahasiswa adalah agen semak dan imbang yang cukup berkesan.

Teori dan idea yang ditadah di dewan kuliah hanya berguna sekiranya berjaya diterjemahkan dalam tindakan. Bak kata Prof Ungku Aziz: “Belajar sambil mencabar. Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang. Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin. Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar”

Hidup Mahasiswa!
Sumber : Harakah Daily

.....................

* Ingin dan mahu menjadi mahasiswa yang benar-benar mahasiswa. Memacu arus perubahan. Insyaallah!

13 Zulhijjah 1432 / 9 November 2011

Alhamdulillah, segala puji dan syukur hanya untuk Allah. Tuhan sekalian alam.

Warna warni Aidiladha.

Hari-hari dapat jemputan rumah terbuka.. Yang mana terlarat, sempatlah singgah. Adapun kalau yang tidak terjemput, tidak perlu malu-malu. Inikan hari raya. Datanglah kerna ukhuwwah, makan tu no.2 kan. Usahlah terlalu ekslusif. Perlu undangan istimewa.

Sudahlah rumah yang ada semakin bertambah. Nama adik-adik pun ingat-ingat lupa. Ada yang ketemu selalu, maka lekatlah panggilan mereka itu di dalam minda. Namun, itu bukan alasan untuk tidak bertandang. Kesempatan 'Eid dan cuti seharusnya dimanfaatkan sebaiknya.

Rugilah andai seMu'tah pun tidak kenal, sedangkan Ikhwah Akhawat dari Irbid dan Mafraq sanggup turun balik kampung beraya mengecas bateri ukhuwwah. Sayang seribu kali sayang.


Aidiladha ini terlalu banyak erti dan ibrahnya. Semestinya bagi sesiapa yang rajin sedikit untuk berfikir, berzikir, memutar fikiran, maka dapatlah apa yang tersirat. Alangkah ruginya, kalau semata dikongsi suka ria.

Cuti-cuti Jordan sempena Aidiladha.

Apa yang sinonim dengan hari raya yang baru kita lalui beberapa hari yang lalu?

Sembelih, Korban, atau apa sahaja.. Saya ambil satu. Korban-Berkorban = Tadhiyah.

Sifirnya untuk ukhuwwah mudah sahaja.


Kasih sayang + Tadhiyah = Ukhuwwah Fillah yang sangat mantap.


Bila mana ukhuwwah Islamiyah sesama kita sudah mantap, itulah kunci kekuatan kita, ditakuti pihak musuh yang sentiasa mencari ruang, menyalakan batu api hingga hancur kesatuan. Jika tidak, umat Islam juga yang akan rugi dan semakin lemah.

Gembira sendiri? Percayalah, anda takkan mampu hidup, walaupun sehari.

Mari kita sama-sama hayati salah satu surah di dalam Al-Quran yang banyak menukilkan tentang konsep adab dan ukhuwwah sebagai seorang Muslim.


Surah Al-Hujurat


Di dalam surah ini Allah SWT memaparkan 7 tips yang sangat ampuh bagi kita melawan virus-virus yang boleh menghancurkan ukhuwwah yang telah dibina.

Jom kita kaji dan hayati.

Tips 1  : Tabayyun

Tabayyun bererti mencari kejelasan informasi dan mencari bukti kebenaran informasi yang diterima. Allah SWT berfirman:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (QS 49:6)

Tips 2  : ‘Adam as-Sukhriyyah

Ertinya tidak memperolok-olokkan orang atau kelompok lain. 
Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٌ۬ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُمۡ وَلَا نِسَآءٌ۬ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُنَّ‌ۖ وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَـٰبِ‌ۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَـٰنِ‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ 


"Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan)." (QS 49:11)

Barangkali saat ini kita mengetahui terdapat banyak kelompok atau organisasi dakwah. Oleh itu, haruslah kita menyedari bahawa di antara organisasi dakwah tersebut mungkin terdapat perbezaan pada prinsip mahupun yang tidak berkaitan dengan prinsip. Perbezaan dalam menentukan al-hadaful a’la (sasaran tertinggi) juga termasuk dalam masalah prinsip.

Situasi ini memancing suasana tanafus (persaingan) yang kadang-kadang bentuknya tidak sihat. Persaingan ini akan semakin tidak sihat dengan tampilnya figur yang senang melontarkan ungkapan-ungkapan yang mungkin bernada cemuhan dan persaingan.

Berhimpunnya oragnisasi dakwah dan harakah yang ada di bumi sekarang ini adalah suatu mimpi indah. Sebagaimana yang ditulis DR. Yusuf Qaradhawi, maka kesatuan wala’ dan tumbuhnya suasana ta’awun dalam menghadapi konspirasi para thaghut adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi. Namun begitu, hal ini belum lagi dapat diwujudkan lantaran ada beberapa hal yang belum mampu untuk kita lakukan. Oleh itu, maka tidak mampukah kita sekurang-kurangnya meninggalkan tradisi sukhriyyah dan perasaan ana khairun minhu (saya lebih baik daripadanya) seperti yang dinyatakan iblis???

Tips 3 : ‘Adam al-Lamz

Maksudnya tidak mencela orang lain. Ini ditegaskan dengan firmanNya:


وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ

"Dan janganlah kamu mencela diri sendiri’. 

Mencela sesama muslim, oleh ayat ini dianggap mencela diri sendiri, sebab pada hakikatnya kaum muslimin dianggap satu kesatuan. Apatah lagi jika celaan itu adalah masalah status dan standard kebendaan. Allah sendiri menyuruh Rasul dan orang-orang yang mengikutinya untuk bersabar atas segala kekurangan orang-orang mukmin.
وَٱصۡبِرۡ نَفۡسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ رَبَّہُم بِٱلۡغَدَوٰةِ وَٱلۡعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجۡهَهُ ۥ‌ۖ وَلَا تَعۡدُ عَيۡنَاكَ عَنۡہُمۡ تُرِيدُ زِينَةَ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ وَلَا تُطِعۡ مَنۡ أَغۡفَلۡنَا قَلۡبَهُ ۥ عَن ذِكۡرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ وَكَانَ أَمۡرُهُ ۥ فُرُطً۬ا 
   
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.( QS, 18:28). 

Tips 4 : Taraka at-Tanabuz 

Iaitu meninggalkan panggilan dengan sebutan-sebutan yang tidak baik terhadap sesama muslim. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t :

وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَـٰبِ‌ۖ

"Dan janganlah kamu saling memanggil dengan sebutan-sebutan (yang buruk)." (QS 49:11)

Tanabuz
dalam bentuk yang paling parah adalah berupa pengkafiran terhadap orang yang beriman. Pada kenyataannya masih saja ada orang atau kelompok yang dengan begitu mudahnya menyebut kafir kepada orang yang tidak tertarik untuk masuk ke dalam kelompok tersebut.

Tips 5 : Menjauhi prasangka

Allah s.w.t berfirman: 
 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ۖ

"Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, karena sebagian prasangka itu dosa." (QS 49:12)

Dasarnya seorang muslim harus berbaik sangka terhadap sesama mereka, kecuali jika ada bukti yang jelas tentang kesalahan tersebut. Juga sebaliknya, kepada orang kafir dan musuh Islam, kaum muslimin harus menaruh curiga apabila mereka bermanis budi. Allah s.w.t sendiri menegaskan:
"Sesungguhnya orang-orang kafir menginfakkan harta-harta mereka untuk mengahalangi manusia dari jalan Allah." (QS 8:36) 
Tips 6 : 'Adamut Tajassus

‘Adamut Tajassus adalah tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain. Perbuatan ini amat dicela Islam. Allah s.w.t amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita sendiri. Firman Allah :

...  وَلَا تَجَسَّسُواْ
" Dan janganlah kamu sekalian mencari-cari kesalahan (dan aurat) orang lain." (QS 49:12)

Tips 7 : Menjauhi Ghibah 
 

Allah s.w.t menegaskan:


وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا‌ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُ‌ۚ
"Dan janganlah kamu sekalian menggunjing sebagian lain.Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?…"

Ghibah sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah s.a.w adalah menceritakan keburukan dan kejelekan orang lain. Ketika seseorang menceritakan keburukan orang lain, maka terdapat dua kemungkinan yang terjadi. Pertama, jika yang diceritakannya benar-benar terjadi maka itulah ghibah. Kedua, jika yang diceritakannya itu tidak terjadi berarti ia telah memfitnah orang lain.

Begitu besarnya dosa ghibah, sampai Allah SWT menyamakan orang yang melakukannya dengan orang yang memakan bangkai saudaranya sendiri.

........................

Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah..

Mudah-mudahan kita diberikan keringanan untuk melaksanakannya, dan berusaha sedaya upaya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Manfaatnya?
Berbalik kepada kita. Insyaallah, pahala kita dapat, ikatan pun makin terjalin erat.

Salam ukhuwwah fillah!

Rujukan : Islah.net


12 Zulhijjah 1432 / 8 November 2011


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. Walillahilhamd.

Takbir bergema memecah keheningan malam yang semakin sejuk. Angin malam menderu, menampar-nampar jaket yang dipakai. Barangkali mahu hujan.

Bersemangat keluar bersama ahli bayt, meredah hiruk pikuk pekan kecil yang kelihatan meriah. Pakcik mak cik Arab pun bawa keluarga shopping raya. Ada jualan murah kot .. :)

Ada bermacam rasa, bermacam cerita, bermacam peristiwa. Setiap orang pasti berbeza.

Solat 'Isya' berjemaah bersama, beralun irama takbir barangkali ada jiwa yang tersentuh. Siapa yang tidak rindu keluarga dan tanah air. Cuma, barangkali sudah kali ketiga disambut di perantauan, terasa sedikit lali.

Tidak sedar, bila titisan jernih dari langit turun mendinginkan lagi bumi. Mungkin dipanaskan dengan padatnya PUKSMA. Alhamdulillah, semoga tidak kosong diri dengan nasihat dan pedoman. Taujihat dari sahabat-sahabat yang bakal pulang, membasahi benak fikiran. Perkongsian 'ibrah haji dan pengalaman mereka, memujuk rasa hati. Bersabarlah, semoga Allah menyampaikan juga kami para akhawat ke Haramain, meneguk Rindu beribadah di bumi Barakah, mengutus salam secara terus kepada Rasulullah, di pinggiran Raudah. Apa yang lebih mengharukan, menjejak kaki di tanah yang pernah menjadi saksi perjuangan baginda. Subhanallah.. Ya Allah, sampaikanlah kami sebelum mata ini dipejam buat selama-lamanya.

.............................

Lihat, Rancang dan Memberilah!

Melihat bahan mentah yang bergelimpangan di sudut dapur, mula merancang tindakan yang perlu. Apa yang penting, rencana harus segera siap, tatkala malam pun sudah semakin tua.

Jangan tiru aksi ini di rumah atau di mana sahaja!
Syukur, Allah memudahkan segala urusan kami berlima, sambil dalam diam semua berdoa, moga perjalanan esok hari berjalan sebaiknya.

Subuh itu, sayup kedengaran suara takbir memenuhi ruang angkasa. Allah, Allah, Allah.. Agungnya Kuasa Allah. Masih menitipkan nyawa bagi meneruskan kehidupan.

Sang khatib bersemangat berkhutbah di Mimbar. Meresapi hati-hati yang basah. Mungkin ada yang mengimpi berada serta menghayati khutbah hari Eidul Adha di samping Baitullah, di samping melaksana rukun dan kewajipan haji. Namun, apakan daya. Takdir Allah lebih sempurna mengatasi perancangan manusia. Insyaallah, ada rezeki yang lebih baik bakal dikurniakan.

[ Agak ramai jemaah syabab tahun ini berbanding sebelumnya. Tiada rezeki untuk pelajar Malaysia-Jordan sama-sama berangkat ke Tanah Suci lantaran keterhadan visa akibar qarar baru yang digariskan pihak Jordan. ] 

Sabar ye syabab..

Pulang dari masjid, bermulalah aktiviti ziarah dan terjah. Semestinya Bayt Fuqaihah di hujung kampung Mu'tah menjadi tumpuan setiap tahun. Almaklumlah, banglo comel itu paling dekat dengan masjid. Kedatangan kami disambut dengan beberapa ekor kambing yang bakal ditumbangkan bagi melengkapkan ibadah korban adik beradik seJordan. Alhamdulillah. Tuan rumah senyum mesra girang. Adik beradik yang paling banyak memahami, berkorban, memberi dan berkongsi. Merekalah!

Allah mengira setiap  titisan darah, peluh jerih perit yang jatuh keranaNya. Mudahan penghapus segala dosa dan noda.


Nasi dagang pelengkap selera,
Menggamit imbauan keluarga tercinta,
Walau rindu masih membara,
Cukuplah sebagai peneguh cita.

[ Jazakumullahu khairan kathira ye ahli Bayt Fuqaihah, Bustan dan Underground]

Bermacam cerita, berkenalan dengan adik-adik junior, memesrakan dan membungakan kembali ukhuwwah. Mahalnya kasih saudara seIslam, kuatnya ikatan ini, berharganya masa itu, semua dalam perhatian Allah yang Maha Pengasih juga Penyayang.

Tiadalah kegembiraan yang paling besar, tatkala sahabat-sahabat memberi salam, melangkah masuk ke rumah, dengan penuh senyuman. Tiada kata, hanya tahmid yang perlu sentiasa diucapkan, menitipkan kami rasa bahagia itu.
Comel tak kami. Nama kami kuih seri ayu @ puteri ayu la. Bukannya KUIH HIJAU.. alahai!
Hidangan sekadarnya sama-sama dicicipi, mudahan mengalir segala kasih sayang, penguat lagi ikatan saudara antara kita. Mudahan segala yang kelat mahupun pahit, hilangkan ia dengan lafaz kemaafan dan keredaan.

Sucinya hari ini, jangan sekali kita rosakkan. Teruskan anjuran agama, memurnikan saat yang dilalui.

Moga segala amal yang kita lakukan, terpandang bernilai di sisi Tuhan dan ahli langit. Insyaallah

Salam Aidil Adha, Kullu 'Am wa Antum Bikhair. 

Salam kemaafan, dan juga semestinya Salam Kerinduan buat ahli keluarga tercinta di Tanah Air.

..............................

* Moga teman-teman tak segan lagi untuk bertandang. Bayt kami sentiasa terbuka menyambut kunjungan kalian.

* Warna warni cerita Mujahidah Penjaga Kambing vs Skuad Tangkap Kambing. Semoga segalanya bernilai Ibadah.

Hurm, kisah anak perantau ini seringkali tak terbayang di minda. Serba serbi ada!


9 Zulhijjah 1432 / 5 NOvember 2011



Akhirnya kunjung tiba,
Zulhijjah menyapa mesra .
Warnai denai hidup,
Aksara mujahidin jua hujjaj,
Tekad sama tujuan indah,
Hidup untuk mengabdi,
Hanya Dia yang Satu, ALLAH!

Al-Quds itu masih menangis,
Walhal tanah air berperang asasi,
Seksualiti mahu ralit,
Tenang, kabur terkejut,
Lupakah insan jalan pedoman?

..........................

Dulu,
Separuh mati leluhur bertarung,
Mengenang generasi bakal ditinggal,
Moga teguh iman, 
Menjaga kemudi pelayar,
Takut tersasar haluan.

Sedar, 
Iman bukan warisan,
Sesekali tidak buat kebanggaan...



Ada lagi kisahnya..

Usah lupa, 
Kita penutur bahasa ibunda,
Teruskan juang,
Biar rencana terimpi indah, 
Memacu laju anakanda tercinta.

Walau nafas tinggal secebis,
Tetap bangga,
Aku anak bumi bertuah.
 Bahasa itulah kehidupan..


....................

Dingin malam,
Bersulam hangat,
Malu berhembus sama,
Dek pawana garang menerjah.

Anak musafir ini,
Masih melakar pena,
Mungkin bisa sahaja,
Diamnya bukan semata,
Mencerna rasa,
Dek cerita berbaur cerca,
Andai kalam tiada makna,
Sekurang ia titipan,
Moga teman beroleh cita,
Cukuplah buat saksi,

Ada kisah,
Ada wacana,
Menanti dilapah, diracik,
Sekurang umat cakna,
Ada manfaat buat kehidupan sana !


8 Zulhijjah 1432 / 4 November 2011


Senarai semak untuk esok dan lusa .Mesti ingat jangan lupa ya semua!

1.Puasa sunat Hari 'Arafah ; 9 Zulhijjah

Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:

“Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.” (HR Muslim)

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).


2. Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

3. Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain.

Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

4. Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya.

Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

5.Bertakbir 



Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

6. Berkorban

Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)







Sebuah hadis menyebut :

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم


Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

Rujukan :
Dr. Zaharuddin.net
Harakahdaily

* Maka saling berpesan-pesanlah kamu ke arah kebaikan.. Selamat beramal.

8 Zulhijjah 1432 / 4 November 2011

Mengapa Seksualiti Merdeka Perlu dibantah
Oleh
Dr Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net



Heboh berkenaan ketidakpuasan hati penganjur seksualiti merdeka terhadap tindakan polis ke atas mereka. Bantahan itu pula disokong oleh NGO-NGO extremis liberal di Malaysia. Bagi saya, saya bersetuju dengan tindakan Kerajaan, Polis dan jabatan Agama menghalang Seksualiti Merdeka. Saya kira telah ramai para ustaz dan ustazah yang membawa hujah dari Al-Quran dan hadis, maka maka melalui tulisan ringkas ini, saya ingin berkongsi pandangan dengan membawakan beberapa hujah tambahan yang lebih bersifat logika normal manusia, ini sebab bantahan saya terhadap program tersebut:

1. Tuntutan dan kempen hak kemanusian untuk kebebasan seksual adalah terlalu self-centred dan selfishness tanpa memikirkan kesan negatif kepada kehidupan kemasyarakatan, ahli keluarga individu yang terlibat dan ahli komuniti. Kempen dan menuntut hak kebebasan yang mudaratnya menceroboh hak orang lain dan menimbulkan ketegangan majoriti ahli masyarakat PATUT DITEGAH, seperti hak kebebasan untuk mencuri hak cipta orang lain, seks dengan anak sendiri, seks dengan lembu dan binatang orang lain, kebebasan untuk menghina dan mengutuk agama lain dan pelbagai sepertinya. Adakah ini yang diperjuangkan oleh seksualiti merdeka? sehingga menjadi lebih rendah dari binatang dan memperjuangkannya tanpa limitasi?

2. Kita perlu tegaskan hak kemanusian dan kebebasan, sentiasa perlu diukur dengan neraca Allah dan RasulNya, bukan dengan logik aqal yang semata, justeru walau hebat mana sekalipun hujjah kebebasan manusia dan hak asasinya, sebagai pendakwah dan ilmuwan islam kita mesti pertegaskan hal ini sebagai guideline kita.

3. Mempromosikan keinginan kebebasan seksual secara terbuka bukan dari adab dan budaya bangsa masyarakat Malaysia, apabila ia dilakukan secara kempen, justeru kita tidak boleh bersetuju.

4. Kita bersetuju dengan kebebasan bersuara namun mestilah wujud limitasi dan hadnya, begitu juga dengan hal kebebasan seksual ini.

5. Islam juga mengawal kebebasan seksual kerana ingin menjaga keluhuran keturunan dan kejelasannya, ia juga bersangkut paut dengan kelayakan hak pusaka dan pengurusan perkahwinan agar tidak 'terkahwin' sesama adik beradik sebapa atau seibu. Seksualiti mesti ditolak kerana ia bakal mencacamarbakan keturunan manusiawi.

6. Jika kebebasan memilih pasangan yang ingin diperjuangkan oleh penganjur sehingga tidak mengapa lesbian dan gay, cuba bayangkan seluruh lelaki dan wanita di dalam negara ini menjadi ‘lebsian’ dan ‘gay’, maka adalah jika diandaikan berlaku di dalam large scale, adakah ia bakal membawa sesuatu yang bermanfaat dan baik serta terpuji, hasil kerana dari kebebasan itu? Jika baik, bagaimanakah kaedah untuk mendapatkan anak di waktu itu?, adakah itu normal atau sebenarnya suatu penyakit ? Jika penyakit wajarkah ia dikempen kepada ramai melalui program besar-besaran sehingga boleh memudaratkan ?

7. Adakah penganjur Seksualiti Merdeka juga akan MENERIMA ‘ROGOL’ SEBAGAI HAK ASASI seseorang lelaki. Iaitu terpulang kepada dirinya bagaimana ingin mengurus nafsunya seksualnya sama ada melalui perkahwinan yang sah atau melalui merogol. Adakah ini mungkin termasuk dalam kempen penganjur Seksualiti Merdeka? Sedarkah mereka?, sudah tentu boleh wujud kumpulan perogol bersiri yang turut serta dalam kempen mereka atas kefahaman dan tafsiran mereka sendiri bahawa ia termasuk di dalam hak asasi peribadinya, tanpa mengendahkan ia menceroboh hak asasi mangsa. Dalam kes seks sejenis atau bebas, bukankah ia juga menceroboh hak orang lain, iaitu ibubapa dan adik beradik atau suami pasangan itu?.

8. Jika penganjur seksualiti merdeka ingin sangat membuktikan kempennya disokong oleh ramai dan membawa kebaikan, mereka patut dan MESTI mengemukakan fakta hasil interview at least 30 % ibubapa Muslim & bukan Islam di Malaysia yang bersetuju anak, adik, ibu, bapa, abang mereka menjadi gay dan lesbian. Saya yakin majoriti keluarga tidak suka dan meredai anak mereka terjebak dengan runtunan syahwat bebas ini.


Sekian dan selamat berfikir

Dr Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

.............................................................

* Minda insani yang sudah terkacau.. Ya Allah, peliharalah ahli keluarga kami, sanak saudara kami, sahabat-sahabat kami, juga semua umat Islam di muka bumi ini..

* Cukuplah Laut Mati yang semakin surut itu menjadi ibrah berguna buat ummah

* Bila membelek blog itu.... Allah, Allah, Allah..

8 Zulhijjah 1432 / 4 November 2011

Ilmu falak direbut oleh peserta negara luar

Kursus Sijil Tinggi Falak Peringkat Serantau kali ke 2 anjuran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah disertai oleh para peserta dari negara MABIMS iaitu Malaysia, Brunei, Republik Indonesia dan Singapura.

Kursus yang bermula pada 10 Oktober 2011 dan berakhir pada 28 Oktober 2011 telah mengumpulkan seramai 31 orang peserta yang terdiri daripada 3 orang peserta dari Indonesia, 2 orang peserta dari Singapura, seorang dari Brunei Darussalam dan 25 orang dari Malaysia. Mereka adalah antara yang merebut peluang keemasan dan bakal dianugerahkan Sijil Tinggi Falak Serantau oleh Jakim.

Y.Bhg. Datuk Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim telah meraikan para peserta dalam Majlis Ramah Mesra dan penyampaian sijil pada 25 Oktober 2011, jam 9.00 malam bertempat di dewan makan ILIM.

Kursus Sijil Tinggi Falak ini diadakan adalah bertujuan untuk memantapkan pengetahuan mengenai nas-nas syarak berkaitan falak, teori asas peredaran objek samawi (khususnya bumi, bulan dan matahari) dan konsep taqwim hijri, waktu solat dan arah qiblat dikalangan pegawai-pegawai falak terlatih.

Selain itu, kursus ini dapat meningkatkan kemahiran penyediaan taqwim hijri, waktu solat dan qiblat dari aspek hitungan dan pengendalian peralatan. Di samping itu, ilmu yang dikongsikan di dalam kursus ini dapat memberikan pendedahan secukupnya mengenai aplikasi-aplikasi terkini dan cara pengoperasian bagi kegunaan lapangan. Malah yang paling menarik, para peserta dapat melihat serta menghayati kebesaran Allah melalui aktiviti cerapan bintang dan cekerawala.

Para pensyarah yang terlibat merupakan pakar dalam bidang falak iaitu Prof. Dato’ Dr. Hj. Mohd Zambri Zainuddin (UM), Prof. Madya. Dr. Mat Rofa Ismail (UPM), Dr.(H) Kassim Bahali (Jab. Mufti Melaka), Dr. Azahari Mohamad (JUPEM), Tuan Haji Mohamad Saupi Che Awang (UTM) dan Tuan Haji Hanafiah Abd Razak (Jab. Mufti Johor). Turut diundang pegawai Jakim iaitu Ustaz Mohamad Zakuwa Rodzali dan Ustaz Shahril Azwan Hussin.

Selain sesi kuliah, aktiviti praktikal seperti mempelajari penentuan arah kiblat serta penentuan waktu solat melalui bayang matahari turut diadakan untuk menambah kefahaman. Sepanjang tempoh kursus berlangsung, para peserta telah dibawa melawat ke Balai Cerap Al-Khawarizmi, Melaka, Balai Cerap Sabak Bernam, Selangor serta Baitul Hilal, Teluk Kemang Port Dickson, N.Sembilan untuk menyaksikan kerja-kerja cerapan dilakukan.

Malah apa yang menguntungkan lagi ialah para peserta berpeluang meningkatkan pengetahuan serta menambah rangkaian kenalan ahli falak ketika menyertai Konvensyen Falak Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada 15 Oktober 2011 yang lalu.



Mudah-mudahan suatu hari nanti saya juga akan ada di kalangan mereka..
Alangkah seronoknya jika sudah pakar. Kendalikan alat sudah tiada lagi masalah !
Setiap orang pasti ada persepsi masing-masing setelah melihat ini. [ KOSMIK 11, ada komen selepas lihat dengan mata sendiri? ]
Aplikasi Teodolit
:)
Ahli falak Aspirasi Ummah :)

 

Sumber : Web JAKIM

 

Concepts the focus in Maths and Science

I REFER to “A student’s perspective” (Letters, Nov 3). The writer claims that “the importance of the PPSMI policy (teaching of Science and Mathematics in English) is evident when searching the internet for scientific terms”. He/she explains further that the search for “jasad Golgi” on Google returned a significantly lower number of hits than “Golgi apparatus”.

I found this amusing. As a former science stream student, an engineering graduate and now a practising reservoir engineer, I was taught that universal scientific and mathematical principles do not change regardless of the language of instruction. Therefore, is it not only logical that the writer should translate the term into English first, and then go on his/her quest for the articles required?

Language is only a medium – the main goal of the subjects of Science and Maths is to instil and cultivate analytical skills in students. The main focus should be on how to enable them to grasp the basic concepts in both subjects. According to Unesco, there is no better language of instruction to achieve this than the student’s own mother tongue. In the Malaysian context, this should be Bahasa Melayu, our national language as enshrined in the Constitution.

I was in the last batch of students in the national education system to sit for SPM pre-PPSMI. A few months shy of the exam, I was selected to be on the school team to the National Science Quiz Competition. As part of the preparations, my Chemistry teacher lent me a copy of her textbook, which was in English. A year later, I found out that the book is usually used by pre-university students. I did not have any problem digesting the material. Yes, the language and terms took a bit of time to adjust to, but once I got the hang of it, it was smooth sailing.

This particular experience was repeated less than a year later when I attended Universiti Teknologi Petronas, where the medium of instruction was English. The lectures, assignments and thick textbooks in English did not cause me to falter me because I knew the national education system had given me the skills necessary to survive in such an environment.

Not only was I able to grasp the basic concepts in Science and Maths by the time I graduated from high school, but I was also lucky because back then communicative skills in English were taught where they should be – in the English Language subject. One thing for sure, I did not have to relearn everything as the writer of the said letter claims.

I also do not agree with his/her statement that our Science and Maths teachers are incompetent because “of the previous system where BM was the medium of instruction”. Please be reminded that these teachers are NOT teaching the English Language as a subject. Rather, they are unjustly burdened with an extra task that is not in their area of expertise. This is unfair to them. As one of the many stakeholders in the PPSMI issue, their wellbeing should be taken into consideration as well.

I wonder what would happen if in a few decades English were no longer the main language of the world. Would we have to change the medium of instruction then, too?

Hazwani Rameli
Kuala Lumpur

8 Zulhijjah 1432 / 4 Oktober 2011

Bismillahirrahmanirrahim

Ya ALLAH,

Sesungguhnya Engkau tahu

Bahawa hati ini telah berpadu

Berhimpun dalam naungan cinta-Mu

Bertemu dalam ketaatan

Bersatu dalam perjuangan

Menegakkan syariat dalam kehidupan

Rapatkan lah dada kami

Dengan karunia iman

Dan indahnya tawakal pada-Mu

Hidupkan dengan ma’rifatMu

Matikan dalam syahid di jalanMu

Engkaulah pelindung dan pembela

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

...............................

* Bila mana ukhuwwah sesama kita, satu rasa dan cita sudah tersemai kukuh, takkan dipinta lagi kasih dari fitrah insani. Sungguhpun ia fitrah perlu dirai, namun biarlah ia benar-benar hadir tatkala sudah kemas azam dan tekad. Cukuplah kasih saudara buat diri ini rasa kukuh untuk terus berpijak di bumi yang penuh tarbiyah ini. Insyaallah! 




- Kasih TUHAN -

Senja kian pantas berlalu
Malam-malam gelap segera berlabuh
Aku terduduk dengan sekeping kertas
masih lagi dibaluti jilbab
Berfikir mengenaimu.. yang punya duka di balik siratan hijab..


Teman sayang..
Izinkan daku bertinta sebentar.
Warkah buatmu yang kukasih setiap detik kehidupan
Dititipkan bait-bait rindu untuk sama-sama hayati 
Menuai 'rasa' yang penuh bererti
Antara cerita kita, Ilahi sahaja Yang mengetahui

Ya..~

Hanya Rabbul Izzati..



Tatkala engkau menukilkan Nota Kehidupan
Dan aku mahu hadir sebagai perangsang
Walau terkadang datang hanya sekadar dipinggiran
Janji dikau sentiasa tersenyum girang

Duhai teman..
Untuk apa engkau bersedih lagi..?
Sedangkan langit biru pun setia menemani
Mencipta keindahan yang tidakbertepi
Walau terkadang mendung singgah berganti



Aku....
Sesekali pun tidak mampu melihat juraian air matamu
Walau setitis ,bagaikan keris yang membelah hatiku
Bertempurlah teman...
Satu perasaan mampu dikawal
Kerna harapan yang kita realisasikan..
Bukanlah angan-angan~


Teman..
Inilah kehidupan~
Saat kau ditimpa ujian
Menangis merintih berpanjangan
Tahukah setiap titisan mutiara yang gugur itu punya makna yang diketahui TUHAN?


Teman..
Di saat Rerintik 'hujan' semakin deras membasahi
Tidak kunjung reda..
Saat ini sering kali sahaja manusia di uji sabar yang selalu berperang di dalam jiwa
Terbayang...
Dalam benak hatinya~
Betapa banyak urusan duniawinya yang terbengkalai
Saat itu jua..
Emosi kian tidak terbendung
Kekesalan menyerang


Teman..
Usah membisu membiar tangis membeku
Usah merasa untuk keseorangan..
Kerna sesekali tidak kutinggalkan dikau
Kerna kita diciptakan untuk berdua bersatu
Melengkapi antara yang lelah yang kita rasa

Temanku sayang..
Ibnu Umar pernah bertinta~
Beliau juga pernah berbicara, Bilangnya:

"Tidak ada satu tanaman pun di bumi tidak berbuah di atas pohon,

Dan tidak pula sebutir biji pun di kegelapan bumi kecuali padanya tertulis
'Bismillahirrahmanirrahim'..

Serta tidak ada sesuatu yang basah atau kering,
Melainkan,
Tertulis dalam kitab yang nyata
Teman..
Ternyata~
Apa sahaja Yang ALLAH anugerah
merupakan rahmah
Tiada seorang insan pun yang mampu menahan-NYA

Dan..
Apa sahaja yang ditahan ALLAH ..
Maka Tiada seorang pun yang sanggup melepaskannya sesudah itu..
Bukankah kita mengetahui..

DIA ,
Yang Maha Perkasa lagi MahaBijaksana...

Teman..
Secercah kasih yang terpendam
Bersabarlah untuk menghadapi Ujian

Tanganmu dan aku sama-sama akan tetap di dalam satu genggaman
Janji, Jangan sesekali kita lepaskan..

Ayuh..~

Kita lebarkan seluas-luasnya sayap
Bukan lari dari percaturan yang tidak diundang

Tapi terbang gagah untuk hadapi ruang yang luas untuk mencari penyelesaian
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya."
[Al-Baqarah: 286]


-AtinJieha-

02112011
20:45 P.M

[ Sayangi Teman , kerna di situ tercipta Halawatul Iman ]

...........................................
* Along, syukran atas titipan ini.

7 Zulhijjah 1432 / 3 November 2011

Kata along " Hadapilah realiti, usah lari dari realiti kerna realiti itu tetap datang mengejar walaupun kita selalu mengelak dari berhadapan dengannya."

"Kadang-kadang ilusi yang kabur membuatkan kita rasa berat menghadapi realiti, walhal setelah kita laluinya, nah! Mudah sahaja rupanya. Buat penat je fikir kan!

Saya mahu kongsikan dengan anda mutiara kata Dr. Aidh al-Qarni, dalam kitab termasyurnya.. La Tahzan.

" Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempitan untuk hidup. Oleh itu, anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga hari esok yang belum tentu datang.

Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar. Itulah hari anda, maka manfaatkanlah hari itu sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga."


Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda, sehingga tidak tersepit antara dua kesedihan dan kegundahan yang terjadi masa itu dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan seringkali menakutkan.

Manfaatkanlah hari ini yang kita lalui..


" Aku hanya akan hidup hari ini, maka aku akan mengucapkan : " Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tidak akan pernah menangisi pemergianmu dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu. Kamu telah meninggalkan kami semua semasa pergi dan tidak akan kembali lagi"

" Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban! Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari adalah sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu, esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya dapat disebutkan "

Hari ini milikmu.. Nikmatilah ia sepenuhnya. Peluang hanya datang sekali. Sekali dibiarkan tidak akan datang kembali.

Masa depan akan datang sendirinya.. Usah mendahuluinya sebelum ia benar-benar terjadi.

"Biarkan hari esok itu datang dengan sendirinya, janganlah kita menanyakan khabar beritanya dan jangan pula menunggu waktu itu. Sebab hari ini kita sudah sangat sibuk."

"Jika anda hairan, maka lebih menghairankan lagi orang yang berani menebus kesedihan suatu masa yang belum tentu matahari terbit di dalamnya dengan bersedih hari ini."

Yang penting, hindarilah angan-angan berlebihan. Ilusi pada perkara yang perlu sahaja.

.................................

* Allah sebaik-baik tempat mengadu. Tiada yang selainNya tempat mengadu putus asa dan hiba.

* Walaupun realiti yang pahit telah dilalui hari ini, usah sedih untuk menatap langit yang cerah esok hari.

* Kita hanya berusaha, yang menyembuh mengubat jua memberi tenang hanya Dia. Satu-satuNYa, tiada yang lain. Ya Allah, titipkanlah ia buatku walau hanya secebis!

* Dah nak raya. Mesti ceria warna-warni Malaysia. Selamat pulang anak perantau ! [ Kalau ada yang sponsor, mahu juga terbang pulang  : ) ]

Salam Eid Adha.
Tulus ikhlas, dari Qiblatain sekeluarga. Buat semua sanak saudara, jua teman-teman yang pernah mengenali diri. Kullu 'am wa antum bikhair.