4 Zulhijjah 1432 / 31 Oktober 2011


الٓمٓصٓ (١)
كِتَـٰبٌ أُنزِلَ إِلَيۡكَ فَلَا يَكُن فِى صَدۡرِكَ حَرَجٌ۬ مِّنۡهُ لِتُنذِرَ بِهِۦ وَذِكۡرَىٰ لِلۡمُؤۡمِنِينَ (
٢)


"Alif, Laam, Miim, Saad. (1) (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar) dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman. (2) 
( Al-A'raf :1-2 )"

"Buku adalah teman sejati yang tidak akan memujimu dengan berlebihan, sahabat yang tidak akan menipumu dengan berlebihan dan teman yang tidak membuatmu bosan. Dia adalah teman yang sangat toleran yang tidak akan mengusirmu, dia adalah tetangga yang tidak akan menyakitimu dan dia adalah teman yang tidak akan memaksamu mengeluarkan apa yang anda miliki. Dia tidak akan memperlakukanmu dengan tipu daya, tidak akan menipumu dengan kemunafikan dan tidak akan membuat pembohongan "  
( Al-Jahizh ; Pujangga / Udaba' Arab ]


Memanfaatkan sumber, dan peluang di lubuk ilmu. Bacalah dengan nama TuhanMu, dengan penuh pengertian.

Apa yang bakal kita dapat?

1. Mengusir perasaan was-was, kecemasan dan kesedihan

2. Menghindarkan seseorang agar tidak tenggelam dalam perkara yang batil.

3. Menjauhkan kemungkinan seseorang  untuk berhubungan dengan orang yang menganggur dan tidak memiliki aktiviti.

4. Melatih lidah untuk berbicara dengan baik, menjauhkan kesalahan dalam ucapan dan menghiasinya dengan balaghah dan fasohah.

5. Mengembangkan akal, mencerahkan fikiran dan membersihkan hati nurani.

6. Meningkatkan pengetahuan dan mengembangkan daya ingatan dan pemahaman.

7. Kita dapat mengambil faedah dari pengalaman manusia, beberapa hikmah orang yang bijaksana, dan fatwa hukum para ulama'

8. Mematangkan kemampuan seseorang untuk mencari dan memproses  pengetahuan untuk mempelajari bidang-bidang pengetahuan yang berbeza dan penerapannya dalam kehidupan yang nyata.

9. Meningkatkan keimanan khususnya ketika membaca buku-buku karangan kaum muslimin. Ini kerana buku merupakan pemberi nasihat paling agung, juga pendorong jiwa yang paling besar dan penyuruh kepada kebaikan yang paling bijaksana.

10. Membantu fikiran agar lebih tenang , membuat hati agar lebih terarah  dan memanfaatkan waktu agar tidak terbuang secara percuma.

Nak tak nak, membaca dan mentelaah itu penting. Bahkan sebaik-baik teman.Tambah thaqafah, kongsikan serta bicarakanlah dengan sahabat sekeliling, bahkan tanyalah andai ada kemusykilan. Usah lupa merujuk muallim dan murabbi supaya lebih mantap kefahaman. [ Risau juga kalau baca sahaja, tersesat dengan ilmu sendiri, bahkan taksub pula menguasai ]

Al-Quran sebaik-baik kalam yang perlu ditadabbur isi dan pengertiannya. Bukan hanya dibaca serta dihafal, pemahaman dan pengamalan perlulah seiring.

Mudah-mudah sentiasa diberi kemudahan untuk beroleh hikmah dan Maghfirah. Insyaallah!

Wallahua'lam.

Rujukan ; La Tahzan ( Edisi B.Malaysia )

..................................
* Terkadang susah mencari jawapan di kalangan manusia, dibelek lembar-lembar Kalamullah. Allah takkan membiarkan diri ini terkapai mencari jalan. 

*  Tulisan ulama' penyubur jiwa. Mudahan ada tempias memercik.

2 Zulhijjah 1432 / 29 Oktober 2011

Seketika. Terasa rindu saat mengadap Dr. Hasan Syukri ( lebih mesra dipanggil cikgu ) beberapa tahun lepas. Saat berhempas pulas menyiapkan kajian ilmiah. Walau serasa mahu kembali mengkoreksi kajian itu kini. Nasiblah, macam keluar skop kajian je..

Hanya sekali peluang datang. Namun, terlalu bernilai rasanya ilmu itu. Entah kemana menghilangnya nota yang saya fotokopi dengan keizinan beliau. Ataupun belum cukup cari. Mudahan bila pulang nanti ada sahaja di balik buku dan kertas. Sebahagiannya diterbangkan ke sini : Mu'tah. Moga ada kelapangan untuk mentelaah, malah mengaplikasi.

Mujur sempat bertemu murabbi falakku walau hanya seketika di Maahad. Sudah terlalu masa mencemburui. Ustaz tinggalkan harapan dan doa buat bekal. Juga fakta; mesti cari dan kaji.
 
Dahulu, kajian saya itu banyak berkisar soal Kiblat. Salah satu cabang bidang falak. Antara alat tradisional yang masyhur untuk ini ialah Rubu' Mujayyab .Dulu-dulu ingat senang ke nak cari kompas.

Banyak ulama' kita yang mahir. Tapi itu dulu. Dulu-dulu.

Sekarang sudah ada bermacam cara. Ada kompas kiblatlah, juga tak ketinggalan perisian canggih di internet ,[ Qiblalocator , Islamic Finder ]. Siap sekali dengan waktu solat seluruh dunia.

Akan tetapi, inilah dia alat saintifik kegunaan ulama' kita dalam menentukan arah kiblat, juga mengira waktu solat. Canggihkan!

Seronok mengaplikasi, belajar, terasa begitu jahil dan hebatnya ulama' terdahulu menginspirasi alat ini. [ Subhanallah, tiada kata yang boleh dilafazkan bila memikirkannya ].

...........................

Ok, jom kita kenal. Apa dia Rubu' Mujayyab ni!

Apakah ini?

  • Ini lah yang dinamakan Rubu’ Mujayyab
  • Apa kah kegunaannya?
  • Untuk mengetahui waktu sembahyang
  • Untuk mengukur  ketinggian sesuatu
  • Untuk menentukan kiblat

Mengenali garisan dan lainnya
Dinamakan Rubu’ Mujayyab kerana padanya ada banyak garisan.
Maka disini saya akan memperkenalkan garisan garisan yang ada pada Rubu’ Mujayyab

Nama Garisan
 
1. المركز (Markaz) iaitu lubang yang dimasukkan benang dimana benang tergantung darinya sampai kepada qaus irtifa’ (lengkungan seperti busaran panah)
2. قوس الإرتفاع (qaus irtifa’) garisan berbentuk busaran panah

قوس الإرتفاع (qaus irtifa’)
  • Padanya ada garisan dan nombor darjah
  • Bermula dari kanan dan kesudahan sebelah kiri
  • Bilangan dari kanan ke kiri dinamakan bilang bilangan مستوية (mustawiyatan)
  • Bilangan dari kiri ke kanan dinamakan bilang bilangan معكوسة (ma’kusah)
  • Bilang bilangan darjah ada 90
4  جيب التمام  3    الستيني
  • 3. جيب التمام (jaibu-tamam) iaitu garisan yang dimulakan dari المركز sehinga awal قوس
  • Ada 12 kotak setiap satu kotak dikira 5 darjah jadi lah 60 darjah
  • 4. الستيني (sittini) iaitu garisan yang dimulakan dari المركز sehinga akhir قوس bilangan darjah sama dengan جيب التمام 
5  دائرة التجييب
  • Dairatut-tajyib ialah separuh bulatan yang dimulakan dari المركز sehinga akhir qaus dinamakan التجييب الأول (at-tajyibul awwal)
  • Adapun yang bermula dari المركز berkesudahan pada awal qaus dinamakan التجييب الثاني (at-tajyibul sani)
6 الجيوب المبسوطة 7    الجيوب المعكوسة
  • الجيوب المبسوطة iaitu garisan tegak, bermula dari الستيني (sitini) menurun kepada qaus
  • الجيوب المعكوسة garisan lintang, bermula dari جيب التمام (jaibut-tamam) hinga kepada qaus
8 دائرة الميل
  • Satu garisan lengkung seperti busaran panah jaraknya dari المركز (Markaz) 24 darjah
  • Satu hujungnya pada الستيني (sittini) dan satu lagi di جيب التمام (jaibu-tamam)
9 قوس العصرين
  • Qaus dua asar iaitu dua garisan yang terputus putus pada kebiasannya
  • Garisan ini bermula dari awal qaus hinga kepada 42.33 darjah dinamakan asar awal (asar mazhab Syafie)
  • Satu lagai kepada 26.5 darjah dinamakan asar kedua (asar mazhab Hanafi)
10 قائمتا الظل
  • Qaimatu-zilli ialah dua garisan yang bertitik titik
  • Satu daripadanya bermula daripada sittini kepada qaus irtifa dinamakan قائمة الظل المبسط
  • Dan yang satu lagi dari jaib tamam kepada qaus irtifa  dinamakan قائمتا الظل المنكوس

11 الهدفتان
12 الخيط
13 المري
14 الشقاول
  • 11 Tangam
  • 12 Benang
  • 13 Penanda
  • 14 Batu pemberat
Sumber:

almalakawi.wordpress.com
Tekan sini ya !

Siap ada video lagi.



....................

* Jangan minta saya ajar pula. Dah berkarat. Kena menuntut balik dengan murabbi. Apa yang penting, alat tu kena ada. Barang tak ada, susah juga nak meneka itu , mencuba ini.

* Ada kompas, pembetul arah pun Alhamdulillah. [ Walau sudah ada pemudah cara, lebih baik menggali ke akar, bertemu ilmu yang asli, baru terasa jeliro ilmu di dada ]


2 Zulhijjah 1432 / 29 Oktober 2011

Alhamdulillahi wa syukru lillahi 'ala kulli ni'mah.

Masih mampu bernafas dengan hembusan iman dan Islam.

" Maka nikmat tuhanMu yang manakah  yang kamu dustakan " ( Ar-Rahman : 13 )

Subhanallah betapa Agung KuasaMu. Tiada yang boleh berlaku melainkan dengan izinNya.

........................

Anak muda hari ini penentu masa depan ummah. Bagaimana kita melihat keadaan generasi syabab wa fatayat hari ini, sudah boleh diramal, bagaimana masyarakat kita pada masa akan datang.

Keperluan membimbing generasi muda hari ini memerlukan kita perlu lebih cerna akan keadaan sekeliling.

Bukan hanya perlu berpencak hebat di pentas siasah dan kepimpinan, perlu turun juga meninjau, menyelami dan sama-sama bekerja mengubat. Kerna tujuan kita memastikan Islam tertegak bukan hanya dengan kuasa, bahkan perlu ada generasi yang faham, reti, tahu apa maknanya mereka memeluk Islam.

Itu hadaf utama. Membawa generasi pulang semula ke asal fitrah kejadian mereka. Pulang sebagai hamba, sebelum dijemput pulang yang tiada akan kembali.

Hidup ini penuh warna dan rasa. Terpulang mahu merasa dan mencelup yang mana!
Alhamdulillah, masih ada pemuda pemudi yang masih cintakan agama. Masih ada yang menaruh ihsan untuk kembali setelah hampir tersasar jalan. Iya, fitrah manusia itu suci mahukan kebaikan, cuma seringkali dibaluti kelabu, kecelaruan menghalang diri untuk meghisab diri. 

Ayuh, bagi kita yang mempunyai kesedaran, siapkanlah diri sepenuhnya, penuhkan diri dengan pelbagai bekalan, binalah jaringan seluasnya, moga Allah mengiringi setiap langkah kita.

.......................

Reti dan Faham !

Tarbiyah Allah datang kepada kita dengan pelbagai cara. Ada yang datang terus, ada yang perlu kita singkap melewati peristiwa yang kita alami.

Allah, Allah, Allah.

Apalah sangat yang tarbiyah kita alami sekarang. 

Mengapa perlunya tarbiyah kepada kita?

Tarbiyah itu ibarat bahan mentah, sumber tenaga. Membekal energi, terus kekal mengecas. Andai kita berjuang, tegar untuk agama, cukupkah hanya dengan semangat sahaja?

Bagaikan api, pasti ada marak redanya. Tarbiyah dan kefahaman itulah yang akan kembali meniup.Andai jiwa tiada penguat, tiada mustahil kita pasti rebah ditimpa badai ujian.

Subhanallah, renungilah sirah ! Agungnya tarbiyah Allah pada Rasulullah s.a.w.

Jalan tarbiyah itu luas. Lautan tarbiyah realiti dan teorikal, berbeza penerimaannya pada setiap orang.
Ada masa jalannya perlu keras, ada masa merai fitrah insani.

Moga siraman tarbiyah dari Rasulullah sampai kepada kita walau apa jua cara. Andai perlu dipaksa, apakan daya. Kitalah yang menentukan pilihannya. Allah mengatur sesuai dengan IlmuNya. Namun, yang pasti semua dalam genggamanNya.

Tarbiyah, fahamkah kenapa perlu ditarbiyah dan mentarbiyah???!

Alam ini bagaikan roda. Kita pasti melalui saat-saat itu. 

Belajar, menuntut ilmu, peperiksaan, proses mencerna ilmu juga salah satu cara tarbiyah. Belajar agama, belajar Islam, belajar Ilmu Keduniaan.. Semuanya!

Sediakanlah jiwa dan diri untuk menerima. Sediakan diri untuk memberi. Sediakan diri menghadapi tribulasi. Kerna sekali diundur ke belakang, peluang yang ada tidak akan kembali.

Kena reti dan faham!

Jom tambah ilmu dan thaqafah, moga selari dengan syariat dan kehendak Tuhan.

..............................

* Meneguk mutiara-mutiara taujihat dan tarbiyah para murabbi. Moga tercetus nurani, kuat meniti hari.

* Berperanan mengikut posisi diri. Tetap dan teruslah istiqamah untuk Islam. Moga ada manfaatnya untuk diri dan ummat. Allah telah menitip sebaik-baik wasilah.

27 Zulqaedah 1432 / 25 Oktober 2011

Nota 1


Gerimis menyapa,
Ada resah menggigit,
Hangat, walau dinginnya mula membeku.

Saat itu,
Ada tirani,
Hilang besinya,
Hilang nyawanya,
Hilang segala-gala.

Dulu ia megahkan nyata,
Seantero diam,
Hanya angguk berbaur derita.

Nyata riang khabar itu,
Belum mampu titip lega,
Lekas sahaja ada yang mahu membaham,
Mungkin senyum,
Sedang tak sabar,
Hidangan sedap di depan mata.

Mudahan menang itu,
Tidak buat kita rapuh,
Walau sedang meniti..
Allah, Kau sahaja sebaik Pengawas!



...........................................

 Nota 2

Cerita alam,
Selalu buat resah,
Menghimpit,
Kerna diri selalu lupa.

Dedaunan mula berguguran,
Adakah kerna musim,
Selalu saja air mata selebat hujan?

Bayu, sesekali deras,
Ada masa teguh langkah,
Tak mustahil ada yang tersandar,
Allah, Allah, Allah,
Jerihnya hidup ini.

Ada senyum buat mereka,
Entah bila melelap mata,
Bagai tekukur, 
Gigih mengetuk,
Mudahan tumbang,
Sekurang ada sarang buat peneduh.

Allah, Kaulah peneguh di kala hampa,
Sinar harapan dalam seribu kekalutan.



* Salam Imtihan Awal buat semua teman seperjuangan.

* Imtihan, demi ujian, untuk satu matlamat berbeza cabang mengikut keupayaan hamba. Ada getir tersendiri. Mudah-mudahan tetap sabar dan tabah menempuhnya.  Moga tertebus dosa, ternilai kembali muhasabah. 

Semuanya ada hikmah dan ibrah dari Maha Pencipta.

* Teman-teman yang tak jemu memberi, memberi nilai, menitip pesan, menyingsing lengan.. 

Ya Allah, sahhil kulla umurakum wa umurana.. RedaMu peneguh segalanya.


24 Zulqaedah 1432 / 22 Oktober 2011

Blogger, pengamal media baru jangan lempar fitnah


GOMBAK, 22 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setiap blogger mahupun pengamal media baru perlu banyak belajar agar boleh menjadi seorang penulis yang berhemah.

"Setiap blogger serta pengamal media baru perlu terus belajar dan jangan henti untuk kita terus belajar kerana ia akan dapat melahirkan kita sebagai penulis yang lebih berhemah.

"Kita melihat apa yang berlaku sekarang ini kebanyakan blogger memaparkan dengan perkara yang tidak betul dan melemparkan fitnah-fitnah," jelasnya sewaktu merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Taman Melewar hari ini.

Tambahnya lagi, sebagai seorang blogger perlu mempunyai sifat-sifat yang mulia, bukannya menulis perkara-perkara fitnah.
Beliau juga memberitahu ada penyakit yang perlu diubat dalam dunia blogger yang dilihat sentiasa melemparkan perkara-perkara yang tidak benar malah menjadikan ia satu usaha penyebaran unsur-unsur jahat dengan niat.

"Penyakit menyebar fitnah perlu diubat kerana ini akan menjadikan budaya ytang tidak sihat di negara ini malah ia akan menjadikan budaya penyebaran fitnah yang tidak berhemah.

"Saya tekankan di sini blogger kena belajar dan mempunyai pengetahuan agama yang kuat, cara ini sajalah yang dapat mengubat penyakit penyebar fitnah di dalam dunia media baru.

"Selain itu pembelajaran kesasteraan juga perlu untuk kita mantapkan penulis ayar ayat-ayat yang kita tulis mempunyai nilai tersendiri serta menarik minat pembaca," sambungnya lagi.


Nik Aziz juga meminta blogger serta pengamal media baru mempelajari bagaimanakah cara untuk menjawab setiap isu fitnah dengan menitik berat serta mengambarkan nilai-nilai keIslaman kerana ia juga dapat memberi kesan mendalam kepada penjelasan kepada fitnah.

"Kita perlu belajar untuk menjawab setiap persoalan dan ini akan memastikan untuk setiap soalan atau fitnah dapat kita perjelaskan kembali dengan cara yang baik, ini akan memberi kesan kepada setiap pembaca.
"Di sinilah yang akan dinilai oleh setiap pembaca dan mereka sendiri yang akan menilai siapa yang betul mahupun tidak dan saya pasti penjelasan yang baik Umno juga akan dapat berubah setelah tidak dapat menimbulkan isu baru kerana penjelasan kita berikan itu," tambah Nik Aziz lagi.

Menteri Besar Kelantan itu juga menjelaskan persaingan juga perlu kerana ia mendatangkan kesan kepada apa yang dilakukan dan dapat menimbulkan kebenaran kepada sesuatu perkara.

"Persaingan yang baik akan melahirkan kebenaran kerana isu yang timbul akan dibahas serta pendapat masing-masing dan akhirnya mendatangkan kebenaran yang diterima oleh semua," katanya.

Sambungannya rujuk di sini.
 
* Pedang-pedang yang dilibas ke leher musuh harus cukup tajam dan tepat. Salah caturan, diri merana

* Kalam yang mungkin menjadi saksi amalan.. Allah, Allah, Allah..

* Fikir, hadam, cerna dan sampaikan sesuatu biar kena tertib adab dan syariat.

22 Zulqaedah 1432 / 20 Oktober 2011

Coretan sudah lama tertangguh. Dah hampir sebulan bermula kehidupan rutin. Lebih bermakna ada peneman sedarah. [ masih rindu bau singgang ikan dan ikan goreng rebus juga sepiring budu makan berempat di meja makan ]

Ini adalah amanahku. Kerna yang lebih dekat untuk ditarbiah, didakwah adalah keluarga sendiri. Namun, tidaklah menjadi beban. Cerminan sebenar diri.

Si remaja yang baru keluar dari kepompong minda sekolah, mula membuka luas menilai erti hidup.

Semangat yang dititipkan, kutiplah. Kenali siapa kita. Intai peluang ada, usah ragu memilih jalan. 

Pembelajaran kali ini, agak menguji lebih dari sebelumnya. Kesemuanya tidak pernah ku temui, berbeza metod pengajarannya. Apa yang pasti, sudah tiada erti suap menyuap. Mesti dicari sendiri.

Apapun diri ini tetap bersyukur, inilah pelajaran. Inilah kehidupan. Berbagai warna dan rencah. Musim sudah hampir berubah, tambah memberi getar setiap kali bersua.

Anak-anak perantauan sudah bertambah. Mudahan tak segan bertamu, menyapa. Benih ukhuwwah itu akan terus subur selagi mana kita sama-sama membajainya.

Hampir separuh permusafiran ini berlalu. Mula merancang nilai kendiri, nilai hidup, nilai ilmu biar kemas dan teguh tak gusar melangkah.

Impian dan cita-cita perlu ada langkah untuk menjayakannya. Takkan sesekali datang bergolek. Mana mungkin datang sendiri.

Mudah-mudahan sering dalam lindungan dan perhatian Tuhan, Yang Maha Mengawasi.

* YDP Agong sudah berubah tampuk kepimpinan. Semoga Tuanku berdua ( Sultan Kedah dan Timbalannya , Sultan Kelantan ) teguh bersemayam mendaulat agama, nusa dan bangsa.
* Takziah Sahabatku, Atikah dan adiknya Sabihah atas kepulangan kedua datuk dan nenek mereka ( selang seminggu ). Moga roh mereka ditempatkan di kalangan para solihin dan mukminin. 

* Bagaimana pula kita. Perancangan dunia pelbagai, setandingkan ia dengan persiapan akhirat kita. Hidup perlu sentias ada muhasabah.

* AGM yang mendebarkan berlalu jua. Mudah-mudahan saff baru pimpinan Us Ihsan dan K.Hidayah mampu mencorak warna yang lebih ceria dan menarik buat perantauan negeri Tok Kenali. Mohon maaf atas sebarang kekurangan dan kelemahan sepanjang diri yang lemah ini memegang taklifat.

Ya Allah, redakanlah!