19 Ramadan 1432 / 19 Ogos 2011

Kini bersiaran dari tanah air tercinta. Sambil mendengar khutbah yang berkumandang dari masjid sebelah rumah.

Sedikit perkongsian yang saya baca dari 'group ' alumni sekolah lama..

...................................

‎Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?
Pelajar: Sudah semestinya professor.
Prof: Adakah Tuhan itu baik?
Pelajar: Ya
Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?
Pelajar: Ya
Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?
Pelajar: Ya.
Prof: Adakah syaitan baik?
Pelajar: Tidak.
Prof: Siapa yang mencipta syaitan?Pelajar: Tuhan.
Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?
Pelajar: Ya.
Prof: Kejahatan ada dimana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?
Pelajar: Ya
.Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?
Pelajar: Ya professor
Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?
Student: Tidak pernah professor.
Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?
Pelajar: Tidak pernah professor.
Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?
Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.
Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?
Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?
Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.
Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?
Prof: Ya.
Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?
Prof: Ya.
Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?
Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?
Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.
Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan.

Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian. Jadi, berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah-kuliah professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya

* Jana minda dan akal.. Kelebihan yang ada usah dipersiakan.

12 Ramadan 1432 / 12 Ogos 2011

Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.

Jua kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.

Tidak dilupakan, kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.


Ukhtiku,

Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt.

Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya. Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang. Saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.


Wahai wanita muslimah yang jujur,
wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.


Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma.

Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.

Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir. Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi.

Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan. Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji.

Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.


Sumber : ILuvIslam.com

12 Ramadan 1432 / 12 Ogos 2011


Kita hanya insani,
Musafir kelana,
Mencari destinasi.

Di depan,
Entah apa menanti,
Tiada dicari,
Bahkan datang sendiri.

Di sana Fatamorgana ,
Ilusi hanya,
Penyedap rasa,
Impian cuma.

Destinasi ini masih jauh,
Entahkan berjumpa lembah,
Moga ada,
Menambah bekal.


Kembara perlu terus.
Mudahan tetap saja diperhati,
Walau hanya DIA temani
Meski samar tiba destinasi,
Cukuplah, buat peneguh diri,

Hakikat kelana,
Moga ketemu inspirasi,
Menempah firdausi.

Insyaallah !

6 Ramadan 1432 / 6 Ogos 2011

Maaflah, bercerita pasal makan pula..

[ Apapun kisah ini berlaku tika bulan Syaaban ]

Mahu mencari kelainan, puas dibelek-belek laman web dan blog. Jumpa, fikir, dan rancang. Oh ye, mesti dicuba terlebih dahulu.

Akhirnya, ini menjadi pilihan. Almaklumlah, teramat rindu pada minuman yogurt buatan Ustaz Rasyid, muallimku di MMP. Antara pelanggan yang agak tetap. Sesekali ada majanan tatkala menemani sahabat membeli.. Namun, sudah hampir 6 tahun sudah cerita itu.

Berkebetulan musim soifi yang sentiasa hangat, memang agen penggalak untuk bakteria @ sebarang jenis kuman.. Inilah masa terbaik untuk mencuba. Biarlah mahu merasa laban versi Malaysia pulak.

Alhmdulillah, syukur proses penapaian menjadi. Dengan gumbiranya kami mencuba hasil terbaru.. [ okes, cukup syarat.. ]

Malam itu sambil mengulangkaji madah yang berbaki sehari dua, dihidangkan sebalang air yogurt strawberi kepada mereka. [ ada tetamu bertamu, kira promosi la jugak ]. Hati kembang berbunga.

Dicicip seteguk. Tapi berkerut muka teman? Kenapa. Masin? Aik, bukan tadi buat yang first tu ok je.

Tak percaya, cuba meneguk sama. Masam - Masin - Lemak

Senyum kelat, tapi mahu tergelak. Diintai ke dapur. Subhanallah, penutup garam yang terusik. Kemanalah fikiranku ketika itu. Tak pasal kena usik percuma. Kesiannya pada mereka cuba menghabiskan shaneineh, dibuat pengubah suaian. Er, ok lah..Alahai, shaneineh Strawberi ala Malaysia la pulak.[ kalau ada kak Nawwar, boleh kot dihabiskan sejug air ni ]

Tak apalah, peringatan pada diri sendiri. Fokus !

Nantikan keluaran Bayt Kami, Qiblatain. AFAF HOMEMADE YOGURT.. Istimewa untuk sahabat-sahabat Mu'tah je tau..

* cuba-cuba je ni.. Kalau positif, kami usahakan lagi..

Salam Ramadan Kareem

6 Ramadan 1432 / 6 Ogos 2011

Alhamdulillah, Alhmdulillah, Alhamdulillah.

Tiada nikmat terindah selain untuk terus berada di bawah naungan nikmat Iman dan Islam. Puasa pun sudah meniti hari keenam. Mudah-mudahan, tetap diberi kekuatan untuk terus istiqamah meneruskan amalan. Tawaran hebat yang sangat rugi jika dipandang ia sebelah mata.

Peluang ini hanya sekali dalam setahun.

Daripada Sahl bin Sa'ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya: Dimanakah orang “ orang yang telah berpuasa? Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja. ( Riwayat Imam Bukhari dan Muslim )

Entahkan mampu bertemu lagi di masa akan datang. Entahkan mampu sampai ke penghujung?

Bulan puasa yang mengajar erti mujahadah. Bukan alasan untuk mengurangkan produktiviti . Teringat pesanan Us. Dr Tolib Surairah semalam, sepatutnya di bulan puasa ini lah kita semakin rajin untuk meningkatkan ibadah. [ Hmm, fasal soifi diawalkan pun disebabkan nak mengelakkan Ramadan ] Bayangkan, banyak pembukaan negara-negara Islam dilakukan dalam bulan Ramadan. Bulan yang memberi motivasi dan semangat perjuangan. Bukan alasan untuk meniadakan kelas hatta Ramadan sekalipun. Bagaimana pula tahun hadapan? Takkan fasal semakin awal, almaklumlah, setiap tahun tarikh bermulanya Ramadan semakin awal..

Tidak dinafikan, bahang keletihan pasti dirasakan. Lebih kurang 15 ke 16 jam berpuasa, pasti boleh menjadi satu cabaran yang besar. Namun, fikirkanlah kembali, memadaikan keletihan puasa dengan hanya tidur atau hanya berehat dan bermalasan sahaja?

Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.
( Riwayat Imam Bukhari dan Muslim )

Sahur, bukan amalan adat, bahkan sunnah yang sangat dituntut oleh Rasulullah s.a.w.

Zaman dahulu, secicip tamar dan seteguk air, sudah memadai buat bekal sepanjang hari jihad, inikan pula di zaman kita, makanannya melimpah ruah, pelbagai adakah masih tidak cukup untuk membekali puasa seharian?

Seperti mana yang disebut oleh Us Azhar Idrus, di Himpunan Remaja Ramadan sempena Qaryah Ramadan petang 4 Ramadan lalu, kurang ertinya puasa jika kita tidak merasa letih @ lapar @ yang sewaktu dengannya.Usah merasa hebat jikalau kita dapat berpuasa dengan aman dan tenang. Kerna hikmah puasa itu sendiri adalah supaya umat Islam merasa keletihan dan kelaparan sebagaimana saudara-saudara kita yang miskin dan kebuluran.Supaya kita menilai sendiri bagaimana kita jikalau di tempat mereka.

Allah, Allah, Allah..

Sangat beruntung bagi sesiapa yang berjaya memahami dan mengaplikasikan hikmah dan tuntutan puasa. Bulan bukan hanya untuk ibadah kita semata, bahkan terisi di dalamnya jalinan antara manusia jua sebagai hamba.

Bulan pencetus, membersih kekalutan diri yang telah ternoda di bulan yang telah berlalu.

Bak kata Wardina Safiyyah kepada puterinya, Amna: Bagaimana jika kita masih terus bermalasan atau masih lagi terlekat dengan amalan buruk. Tika bulan dibelenggu syaitan ini, masih lagi berbuat kepelikan, hisabilah, tiada yang lain pencetusnya. Kitalah jua yang membuat perkara itu. Malulah, pada Tuhan, masihkan mencari alasan untuk terus berbuat dosa?

Kita hanya insan, menumpang di pinggir kasihNya, Tatkala dihamparkan seluruh kasih dan cintaNya, kemurahanNya, keampunanNya, masihkah ada lagi hambaNya yang bongkak mahu mendabik dada?

Mendidik anak-anak juga perlu dengan kefahaman, bukan semata-mata ikutan. Jikalau tidak, tidaklah syarat Faham itu diletakkan oleh Imam Hassan al-Banna dalam Rukun Baiahnya yang sepuluh itu. Berpuasa, solat dan sebarang ibadah lain. Perlu dengan kefahaman. Barulah segalanya akan lekat menjadi darah daging.

Islam, bukan sekadar anutan, bahkan meresapi dalam setiap titis darah, menjadi denyut nadi dalam kehidupan kita.

Mudah-mudahan, sifat sabar membawa kepada thabatnya kita mengaplikasikan Islam jua menegakkannya di atas muka bumi ini. Juga biar teguh sebagai mahasiswa yang bertaqwa yang mampu diijazahkan cemerlang apabila khirij dari UNIVERSITI RAMADAN ini. Insyaallah..

* Teman-teman ramai yang membilang hari. Hari pulang la, hari ... la, hari graduate la.., hari bergelar ibu la.. macam-macam harilah ya.. [ termasuklah saya juga :) ]

* Wah, ramainya mahu khirij. PERMATA yang bakal pulang menyinari tanah air. Pulang sebagai penegak agama ya sahabat-sahabat semua. Sinarilah ilmu yang kalian kutip di sini buat membersihkan noda dan karat ummah.

> K.ramlah, ukhti juga mahu pulang.. Bagaimana kami nanti.Masih dahagakan teguran dan nasihat akak.. [ seorang demi seorang insan kesayangan pulang, bagaimana diri ini nanti ! ] <

Ya Allah, kuatkanlah diri ini.

1 Ramadan 1432 / 1 Ogos

Rindunya pada tanah ini,
Tanah tarbiah mengenal Tuhan dan Rasulullah,

Diasuh menjadi sunti mudahan bernilai solehah,

Memahamkan erti hidup dan perjuangan..


Menggalas amanah ilmu wasiat para ulama',

Biar sama-sama nanti mencanai, mengasuh,

Jua melahirkan generasi yang mampu meneruskan perjuangan,

Biar Islam terus gemilang tertegak.


Tanah airku,
Negeri Serambi Mekah,

Tetap kemas,

Dalam pautan mahabbah dan doa..



Baca sini
1. Us Hazrizal .
2. Us Dr MAZA

* Doakan perjalanan kami pulang, selamat dan berkat. [ Qiblatain ; Perantauan Urdun ]