1 Ramadan 1432 / 1 Ogos 2011



Alhamdulillah, as He give us chance to meet Ramadan again. The third Ramadan in Jordan. Which I like most from fasting in Malaysia. Full of Ramadan spirit,the best time to recharge ourselves [ spirit, ibadah, etc ]

Some checklist for our Ramadan :

1.
Ask Allah to enable you to reach Ramadan and to get the most out of it as the Salaf (early generation of pious people) used to do.

2.
Intend to fast every day with Iman and pure intention seeking the reward from Allah alone. The Prophet peace be upon him said, "Whoever fasts in Ramadan with Iman and seeking reward (from Allah) his past sins will be forgiven". (Bukhari)

3.
Read the whole Qur'an at least once as the Prophet peace be upon him did.

4.
Have Suhoor ( sahur ) as the Prophet peace be upon him said, "Have Suhoor because it is blessed".

5.
Make Du'a during the fast because the Prophet peace be upon him said that three people's supplication is not rejected one of them is the fasting person. Ask for the good of this life and the next for yourself, your family and Muslims in general.

6.
Make Dua before opening the fast. The Prophet peace be upon him said, "The fasting person has a supplication that is answered when he opens his fast".

7.
Give Sadaqah and be good to people. The Prophet peace be upon him was the most generous of people and he was most generous in Ramadan.

8.
Avoid anything that diminishes the fast such as, lying, backbiting, cheating, getting angry. The Prophet peace be upon him said "Whoever does not give up false statements (i.e. telling lies), and evil deeds, and speaking bad words to others, Allah is not in need of his (fasting) leaving his food and drink." [Bukhari]

9.
Do not eat too much after Iftar.

10.
Ask for forgiveness since this is the month Allah frees people from the fire.

11. P
ray At-Tarawih with Khusyu'. If you pray in the Masjid complete the Salah with the Imam. If you pray at home prolong the Salah as long as you can. The Prophet peace be upon him said, "Whoever prays during Ramadan with Iman and seeking reward (from Allah) his past sins will be forgiven".

12.
Feed the poor and invite others for Iftar. The Prophet peace be upon him said, "Whoever gives Iftar to someone fasting he will have the same reward without decreasing the reward of the person fasting".

13.
Try harder the last ten nights especially the odd nights. The prophet would strive in Ramadan more than he would in any other month and more so in the last ten days.

14.
Say this Dua in the nights that Laitul-Qadr is likely to fall on: Allhumma innaka afuwun tuhibbul-afwa fa'fu anni (O Allah you are Forgiving and love forgiveness so forgive me).

15.
Ask Allah to accept all your good actions during this month.

* New moon gazing at Pantai Mek Mas.. [i'm missing the last year memories, at Bukit Iraq, Mu'tah, Karak, Jordan ]

* Thank you PERMATA, for helping akhawat.. May Allah bless us..

27 Syaban 1432 / 29 Julai 2011

Kehangatan isu mahasiswa dari dalam negara kini mula merebak ke luar negara.. Bagaimana kita memandang dan meletakkan kecaknaan dan sensitiviti kita kepada isu-isu yang sering melanda golongan mahasiswa...

...............................................................

Beberapa hari lagi bulan Ogos bakal dijejak. Seperti biasa segala wayang-wayang sejarah mula dimainkan semula. Barangkali kebanyakan remaja belia kini begitu bosan menatap catatan-catatan sejarah negara kita dahulu. Sehinggakan mereka terlupa atau mungkin buta betapa di sebalik sejarah itu terselit catatan bermakna buat panduan mereka .

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak sedar atau mungkin langsung tidak ambil pusing betapa langit merdeka yang menaung mereka hari ini, bersamanya ada bayu perjuangan mahasiswa. Sedarkah kita?

Sepintas Lalu Sejarah Gerakan Mahasiswa


Menyorot perjuangan mahasiswa, merekalah antara generasi yang menjadi penyumbang dan pengisi kemerdekaan negara. Di saat negara memerlukan sumber-sumber segar untuk pembinaan dan pembangunan negara, golongan mahasiswa bingkas bangun melibatkan diri secara proaktif dalam mencorakkan agenda negara dalam pelbagai bidang.

Kudrat muda yang terpagar di kampus-kampus rupanya tidak sekadar dipagari rasa penting diri sebaliknya merekalah yang berjiwa besar merajah satu-persatu catatan penting negara. Menurut Dato’ Saifuddin Abdullah dalam bukunya Kalau Saya Mahasiswa (2009) lintasan sejarah penting dunia perjuangan mahasiswa di tanah air mula melakarkan garisnya seawal tahun 1900-an. Bermula dengan usaha secara individu seperti nama-nama besar umpama Aminuddin Baki dan Abu Bakar Mohammad Arif sehinggalah kepada gagasan-gagasan pertubuhan pelajar seperti Gabungan Melayu Semenanjung, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS).

Kemaraan gerakan mahasiswa ini terus menerus mewarnai kehidupan kampus belia, melakar sejarah demi sejarah sehinggalah kemuncaknya ketika tahun 2009 yang menyaksikan Akta Universiti dan Kolej Universiti lengkap dimaktubkan. Sesungguhnya, pasca 2009 menyaksikan pola pergerakan mahasiswa yang memiliki cabaran yang tersendiri. Namun, nadi gerakan pelajar tidak pernah terhenti malah berdenyut dengan lebih saksama dan berpendiri.

Gagasan Pelajar: Medan Memperjuangankan Hak

Laungan-laungan tentang perjuangan hak bukan lagi hanya teori tetapi sudah berjaya dizahirkan oleh sekian generasi mahasiswa. Ternyata, pencak mereka tidak lagi tersekat di medan akademik semata malah, pelbagai isu telah berjaya dijulang. Hal ini telah menangkis kenyataan-kenyataan bahawa mahasiswa hanya golongan yang tenggelam dalam teori yang idealistik semata-mata.

Biarpun tidak memiliki kekuasaan yang besar dalam tampuk pemerintahan negara, namun kelompok mahasiswa ternyata memanfaatkan kemampuan yang seadanya demi menuntut hak-hak yang dicabuli. Sekadar menyatakan beberapa peristiwa terdahulu umpama Isu Bahasa Kebangsaan (1966), Isu Pencabulan Hak Penduduk Palestin (1973), Gerakan Pemansuhan PPSMI dan banyak lagi isu yang tegar diperjuangkan oleh generasi mahasiswa sehingga hari ini.

Perjuangan Mahasiswa: Satu Pengiktirafan

Terbukti di sana, gerak langkah para pemuda mula merintis satu persatu catatan sejarah sehingga menimbunkan pelbagai rencam penilaian, tafsiran mahupun natijah yang tersendiri tidak kiralah dalam rakaman sejarah mahasiswa itu sendiri, kampus, masyarakat mahupun negara.

Dato’ Saifuddin Abdullah juga amat optimis dalam mengiktiraf sumbangan gerakan mahasiswa terhadap sejarah umum dunia, "Walau apapun pengakuan, pengiktirafan dan penafsiran yang dibuat terhadap gerakan mahasiswa, hakikatnya ia adalah satu proses yang amat dinamik dan progresif. Sama ada kepada proses pembangunan universiti, masyarakat mahupun negara atau sekurang-kurangnya kepada para aktivis dan pendokongnya. Sebagai sejarah dan penunjuk arah bagi gerakan dan pembangunan mahasiswa, universiti, masyarakat dan negara."

Mungkin tidak banyak catatan hitam putih sejarah mahasiswa dihidang buat tatapan umum. Tulisan Mohamad Abu Bakar dalam bukunya Mahasiswa Menggugat (1973) walaubagaimanapun telah menjadi antara peneroka rakaman gerakan mahasiswa. Peredaran masa seiring dengan kesedaran telah membawa banyak lagi tenaga dan usaha memperkasa bentangan bahan ilmiah berkaitan kajian gerakan mahasiswa sehinggalah hari ini.

Hakikatnya, keseluruhan catatan gerakan mahasiswa ini adalah tidak lain demi mengiktiraf betapa mahasiswa telah menjadi antara 'agent of change' yang turun bergelumang dalam pelbagai lapangan bidang dan isu di tengah-tengah masyarakat.

Polisi: Formula Kebangkitan Mahasiswa

Keseluruhan sejarah gerakan mahasiswa ternyata mengekstrak formula kebangkitan yang sama. Ya, polisi. Pencabulan polisi atau dasar perundangan merupakan antara rangka-rangka penting yang menjadi titik tolak kepada kesedaran mahasiswa untuk bingkas dari kancah penindasan dan kongkongan. Hal ini, dilihat sebagai 'turning point' yang menyemarakkan kemarahan dan kemaraan mahasiswa menuntut hak untuk dikembalikan pada duduk asalnya.

Posisi mahasiswa sebagai generasi yang belajar dan mendalami teori polisi secara lumat dalam bidang pengajian masing-masing telah membawa kelompok mahasiswa yang sedar akan tanggungjawab mereka untuk memastikan ketelusan polisi dilaksanakan dengan baik oleh pihak yang memegang polisi.

Dalam konteks ini, pemegang polisi itu termasuklah pemerintah negara, pentadbir universiti, pengelola pelajar atau mana-mana pihak berkuasa yang bertindak melaksanakan polisi.

Polisi yang terkandung dalam sistem sosial masyarakat, politik, ekonomi, mahupun polisi dalam sistem pendidikan yang begitu akrab dengan kehidupan mahasiswa memainkan peranan yang cukup penting dalam kelangsungan dan kelancaran perjalanan kehidupan masyarakat secara universalnya. Namun demikian, tatkala berlaku kepincangan pada polisi tersebut, mana mungkin golongan terpelajar ini mampu memeluk tubuh melihat nasib mereka bahkan nasib masyarakat diperjudikan sesuka hatinya.

Mahasiswa Kini: Di Mana Kita?

Catatan sebelum ini ternyata hanya menyebut garis-garis perak sejarah mahasiswa yang gemilang. Cukupkah sekadar berbangga dengan sejarah? Pasti rugi andai anda berpendirian demikian. Mengapa tidak kita selaku mahasiswa kini, menyambung nadi perjuangan yang tiada penghujungnya?

Melewati kelumpuhan jati diri belia hari ini, benar-benar menyesakkan dada. Jeriji besi penjara kian dipenuhi belia, pusat-pusat pemulihan akhlak remaja semakin sesak. Semuanya petanda malapetaka buat negara. Institusi pendidikan biarpun bercambah bilangannya, namun penghuninya kian berkurang 'nadi hidupnya'. Banyak yang tenggelam dengan perkara yang merosakkan identiti bangsa. Di mana letaknya pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara yang begitu diagung-agungkan selama ini?

Adakah anda mahu mengulang sejarah awal sang pemuda Habil dan Qabil yang begitu menggemparkan alam dengan sejarah meragut nyawa manusia (al-Mai’dah [5]: 27)

Atau menjadi sang penggugat kerakusan manusia sebagaimana Nabi Ibrahim a.s yang menumpaskan Sang Namrud dan kaum yang derhaka (asy-Syu’ara’ [26]: 69)

Sudah sekian banyaknya kisah pemuda yang dari sisi gemilang dan malang yang disajikan Al-Quran untuk tatapan. Putuskan sekarang di mana dan apa pilihan anda.

Wahai mahasiswa! Cukup-cukuplah bersuka ria dengan hedonisme yang tiada guna. Ketepikanlah semua perbedaan suku, kaum, bidang pengajian hatta dimensi pemikiran yang cacamerba. Bangkitlah untuk membersihkan segala lumpur yang terpalit pada polisi kehidupan manusia.

Walau hanya berada di posisi mahasiswa yang masih muda perjalanan hidupnya, mengapa tidak dimanfaatkan keistimewaan kudrat yang masih gagah dan daya pemikiran yang masih segar untuk terus mencurah bakti.

Jika tidak mampu berada di pentas besar masyarakat, cukuplah tidak menjadi dayus dengan membiarkan hak diri sendiri diperkotak katik oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kelemahan mahasiswa.

Semarak kemaraan mahasiswa pasti menjadi lebih unggul andai seluruh tenaga muda ini menggabung tenaga membentuk gagasan yang lebih perkasa. Sesungguhnya, menjadi mahasiswa anda punya kuasa yang paling digeruni iaitu kuasa belajar! Belajar itu memerlukan segala yang mencabar minda dan kemampuan. Kuasa belajar itu membuatkan anda arif. Arif akan hak untuk membina diri malah hak untuk membina tamadun manusiawi. Belajarlah dari sejarah dahulu. Pedomannya terlalu tinggi untuk disia-siakan.

............................................................

Info Penulis

Hani 'Izzati Yaakub merupakan pelajar perubatan Universiti al-Azhar. Beliau memegang jawatan Timbalan Pengarah PERUBATAN Frontliners Council (PROF) 2011. Aktif menulis di blog beliau, Tinta Qubnani.

Sumber :Perubatan.org

23 Syaaban 1432 / 25 Julai 2011

Hari-hari semakin berlalu.. Tak sedar hampir seminggu lagi Ramadan Kareem bakal menjelma.. Semoga Allah menyampaikan kita sekali lagi dengan bulan Ramadan. Bulan pengampunan, keberkatan dan kerahmatan.

Walau rindu tanah air semakin menebal, namun tetap bakal terasa syahdu untuk meninggalkan tanah ini sementara..

Suasana sudah semakin hangat.. Ya Allah, rindunya pada Ramadan.. Ketemukanlah kami dengannya...




* Tanamkan rindu dan cinta ini pada adik-adik kita. Puasa dengan kefahaman dan keseronokan, bukan semata adat tau!

* Membudayakan Bahasa Syurga, Insyaallah bertatih sedikit demi sedikit, lama-lama fasih la ye..

23 Syaaban 1432 / 25 Julai 2011

Moga-moga kita sama-sama dapat mengambil iktibar dari kisah ini..

Khalifah Umar Al-Khattab

Bahagian 1




Bahagian 2




Bahagian 3




* Kisah sirah Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a harus sentiasa diteliti, dihadami maksud tersirat dan tersurat.

* Bayangkan andai semua pemimpin Islam begini..

21 Syaaban 1432 / 23 Julai 2011

Pagi Jumaat yang damai. Sepatutnya. Sambil-sambil terbang ke siaran langsung ijtima' di tanah air tercinta. Penuh semangat meresap ke dalam diri.

Tapi, ia terkacau.

..................................

Fitnah dan penipuan dan penindasan masih lagi tegar membuat onar. Benar-benar mengusutkan. Namun, keruhnya pada jiwa penindas itu pasti lagi besar, kerna berbuat cerita diamuk nafsu. Nafsu mahu kekal dan hidup bagai tak mahu mati.

Hidup yang bagaimana dimahukan? Allah, manusia bila sudah hilang rasa mahu bertuhan, beramal dan jauh sekali keyakinan pada kebenaran, bertopeng insani namun keji sekali pekerti.

Ya Allah, bantulah dan perkenankan doa-doa orang yang dizalimi. Berilah kekuatan untuk kami membanteras kezaliman mereka. Campakkan hidayah kepada mereka walau hanya secebis cuma..

Isu Mesir yang tidak sudah. Barangkali terkena 'kenan'. Masih ada sifat Hosni Mubarak melekat. Tak habis disental barangkali..

Ya Allah, Berilah nusrah kepada sahabat-sahabat kami ini. Usah dibiar mereka putus asa. Kuatkanlah semangat mereka untuk terus berjuang.

Pencerahan : Pencabulan hak mahasiswa Mesir akan dituntut


20 Syaaban 1432 / 22 Julai 2011


Perkataan tazkiyatu al-nafs boleh diertikan dengan penyucian jiwa. Ia merupakan proses yang perlu dilalui untuk mencapai maksud penyucian dan pembersihan. Imam al-Ghazali (505H) menyatakan bahawa tazkiyah adalah tarbiyah yang bermaksud pendidikan. Yang ingin dibersihkan dan dididik di sini adalah jiwa kita, yang merupakan aspek dalaman, kerana dalaman seseorang akan mempengaruhi luaran dan tindakannya. Tindakan itulah pula yang dipanggil sebagai akhlak.

Asal perkataan ini mempunyai kaitan dengan tugas seorang Rasul yang diutuskan oleh Allah Azza wa Jalla kepada umat manusia. Selain daripada tilawah (membacakan) dan ta’lim (mengajarkan), maka tugas utama Rasul adalah tazkiyah (membersihkan), sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 129 bermaksud:

Wahai Tuhan kami, utuskanlah kepada mereka seorang Rasul dalam kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan al-Kitab (al-Qur’an) serta hikmah (al-Sunnah) dan membersihkan (jiwa) mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa, lagi maha bijaksana.

Begitu juga kita dapati penegasan tiga tugas ini menerusi firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 164 dan surah al-Jumu’ah ayat 2. Imam al-Qurtubi (671H) menyatakan tentang ayat ini bahawa:Iaitu menjadikan mereka mempunyai hati yang suci bersih dengan keimanan sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Abbas. Dan dikatakan juga maknanya membersihkan mereka daripada kekotoran kekufuran dan dosa sebagaimana yang disebut oleh Ibn Juraij dan Muqatil. (al-Qurtubi, al-Jami’ Li Ahkam al-Qur’an)

Manakala Ibn Kathir (774H) pula menyebut bahawa tazkiyah adalah proses pembersihan, katanya:Barangsiapa yang menyucikan jiwanya dengan melakukan ketaatan kepada Allah dan membersihkannya daripada keburukan. (Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim)
Proses tazkiyah5. Tazkiyah melalui dua proses iaitu al-takhalliyah (mengosongkan) dan al-tahalliyah (memperhiasi). Iaitu mengosongkan dan membuang segala sifat buruk daripada diri, seperti riya’, ‘ujub, hasad dengki dan sebagainya. Seterusnya memperhiasi diri dengan sifat-sifat yang mulia seperti tawadhu’, sabar, mengingati mati dan lain-lain.

6. Al-Tahalliyah juga bertujuan untuk meningkatkan maqam (kedudukan) jiwa kepada yang lebih baik. Sebagaimana yang disebut dalam al-Qur’an terdapat terdapat tiga maqam jiwa manusia, maka al-tahalliyah adalah proses meningkatkan daripada ammarah bissu’ (menyuruh kepada kejahatan) kepada al-lawwamah (sentiasa mencela) dan seterusnya kepada mutm’innah (tenang).
Jiwa yang tenang inilah yang perlu kita capai kerana ia mendapat keredhaan Allah SWT, sebagaimana firmanNya dalam surah al-Fajr ayat 27-30 bermaksud: Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan keyakinan. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati lagi diredhai oleh Tuhanmu. Maka masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurgaKu.

Hukum tazkiyatu al-nafs

Menurut Imam Ghazali, hukumya adalah fardhu ain bagi setiap manusia. Ini berdasarkan kepada peristiwa pembelahan dada nabi SAW oleh malaikat Jibril untuk membersihkan jiwa nabi SAW daripada kekotoran.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa:Jibril telah datang kepada nabi SAW yang sedang bermain denga dua kanak-kanak, Jibril pun mengambil nabi dan membelah dadanya dan hatinya dikeluarkan, lalu berkata: Ini adalah tempat syaitan daripadamu, kemudian dibasuhnya dengan air zam-zam, seterusnya dikembalikan semula ke tempat asalnya. (Riwayat Muslim)

Manakal Jumhur ‘ulama’ berpendapat bahawa hukum tazkiyatu al-nafs adalah fardhu kifayah, kerana asal jiwa manusia adalah bersih dan baik, kerosakan dan keburukan datang kemudian. Mereka bersandarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud:

Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah, maka kedua orang tuanya lah yang menjadikan dia Yahudi, atau Nasrani atau Majusi.
(Riwayat al-Bukhari)


10. Walau bagaimanapun, kita perlu ketahui bahawa manusia sangat terdedah kepada maksiat. Maka tazkiyatu al-nafs adalah kemestian yang berterusan. Ini kerana bukan setakat jiwa dan nafsu yang perlu kita hadapi, tetapi juga syaitan yang telah berjanji kepada Allah untuk menyesatkan manusia sehingga hari akhirat. Inilah yang telah Allah Azza wa Jalla dedahkan kepada kita sejurus penciptaan nabi Adam AS menerusi firmanNya dalam surah al-A’araf ayat 16-17 bermaksud:

Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku sesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.

Mengapa mesti tazkiyatu al-nafs?

Banyaknya kerosakan dan fitnah di atas muka bumi ini menuntut kita untuk membersihkan jiwa kita. Daripada yang kita lihat di hadapan mata, yang kita dengar dengan telinga kita, bahan bacaan yang bercampur di antara halal dan haram, sehinggalah makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh kita menjadikan kita wajib mencari ruang untuk kembali semula kepada syari’at. Jiwa kita perlu dibersihkan dan disucikan kembali daripada semua perkara tadi. Jiwa akan menjadi keras dan berkarat sebagaimana berkaratnya besi, maka ia perlu dikikis menurut kaedah nabi SAW.

Diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda:

Sesungguhnya bagi hati itu karat sebagaimana berkaratnya besi, dan cara mengikisnya ialah dengan beristighfar. (Riwayat al-Tabrani)

Istighfar adalah salah satu rawatan dalam tazkiyatu al-nafs. Begitu juga dengan zikrullah (mengingati Allah). Ia tidak mesti dilakukan setiap kali lepas solat lima waktu, bahkan ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, sama ada sedang duduk, memandu kenderaan, berbaring dan sebagainya.

Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 191 ketika menyebut golongan ulu al-albab:

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah ketika mereka berdiri dan duduk, dan ketika mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

13. Selain itu, kita juga yang dituntut untuk mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah mereka daripada kejahatan, maka ia bermula dengan diri kita. Sebelum mendidik orang lain, kita perlu mendidik diri kita dahulu. Jadi, ia menjadi tanggungjawab peribadi yang perlu dilakukan. Kegagalan melakukannya boleh membawa kepada gagalnya usaha membetulkan orang lain.

14. Oleh itu, kita perlu bersungguh-sungguh dengan mujahadah yang sebenar untuk menyucikan jiwa kita. Pelbagai wasilah boleh diambil untuk mencapai objektifnya, dan Ramadhan merupakan salah satu daripadanya, ia merupakan peluang yang besar untuk menundukkan jiwa dan nafsu kita. Rebutlah peluang keemasan ini dan berlumba-lumbalah untuk beribadah dengan cara yang paling berkualiti. Sentiasa merasakan sedikitnya amal dan banyaknya dosa dan maksiat yang dilakukan mampu menjadikan kita istiqamah dalam usaha ini.

Ibn al-Qaiyim (751H) menyatakan:

Al-‘arif (orang yang bijak) itu ialah orang yang memandang kecil kebaikannya dan memandang besar akan dosanya. Setiap kali kebaikannya kecil pada pandangannya maka ia adalah besar di sisi Allah, dan setiap kali dosanya besar pada pandangannya maka ia adalah kecil di sisi Allah.

(Ibn al-Qaiyim, Madarij al-Salikin Baina Manazili Iyyaka Na’budu wa Iyyaka Nasta’ien, Dar al-Kitab al-‘Arabi, Beirut, jld 1, hlmn 265)

Kesimpulannya, kita mesti melakukan tazkiyatu al-nafsi dengan pelbagai wasilah yang telah dianjurkan, dan Ramadhan adalah masa yang paling sesuai untuk dimaksimumkan ke arah itu.

Sumber : Us. Anhar

19 Syaaban 1432 / 21 Julai 2011

Isu ini semakin hangat.. Cetusan idea dan komen yang saya kira bernas dan sangat baik dari mantan Presiden MPPMJ 10/11..

"Ketika drama ini dalam proses pembikinan, saya telah meletakkan harapan yang tinggi agar ia mampu mencetuskan fenomena baru dalam indusrti perfileman tanah air, lebih jauh daripada itu agar drama ini dapat menghidupkan biah Islam (suasana) yang baru dalam masyarakat yang semakin jauh dari agama.

Ternyata persepsi ini terpesong, selepas berkesempatan menonton 2 episod yang terawal, ramai di kalangan penonton terutama dari jurusan agama merungut dan mulai berang dengan hasil drama tersebut. Walaupun tidak sepatutnya ia (drama ini) dihukum dengan menyatakan keseluruhan filem tersebut dianggap sebagai negatif, tetapi persepsi orang ramai terhadap apa yang ditonjolkan di awal drama ini telah menimbulkan rasa kurang senang dengan cara pembawaannya.

Pada hemat saya, memaparkan adegan dengan tujuan menghidupkan jalan cerita yang seiring dengan suasana realiti memerlukan kepada beberapa penilaian yang teliti dan langkah berhati-hati. Tidak semua keaiban yang berlaku dalam masyarakat harus dipaparkan untuk tontonan umum lebih-lebih yang melibatkan sensitiviti agama.

Adegan seperti pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, selak-menyelak, bersentuhan dan lain-lain lagi ini boleh menimbulkan tanggapan yang buruk terhadap golongan agama. Barangkali pada pandangan penerbit filem perkara itu suatu yang biasa dan perlu untuk menghidupkan watak dan jalan cerita lalu mereka menganggap ianya sebagai isu yang kecil. Tetapi berbeza bagi golongan agama yang melihat ianya sebagai sisi yang salah dan memalukan, kerana ia telah membabitkan pandangan negatif masyarakat terhadap imej mereka.

Dalam kebanyakkan filem atau drama di Malaysia terutama drama yang ingin menampilkan jalan cerita yang berbentuk islamik, wujud beberapa kelemahan yang jarang diambil berat. Antaranya menonjolkan sesuatu watak dengan pembawaan yang ekstrem, menghidukan jalan cerita dengan suasana yang berlebih-lebihan. Watak ustaz digambarkan dengan seorang alim yang sentiasa memegang tasbih. Biah atau suasana (story board) yang ingin ditampilkan juga telah menggambarkan dengan keterlampauan.

Akhirnya, mereka yang jahil tentang Agama meletakkan persepsi bahawa inilah gambaran Islam yang sebenar sedangkan Islam tidaklah bersifat sedemikian.

Kritikan dan teguran ini dibuat bersama-sama beberapa penilaian selepas apa yang ditayangkan dalam dua episod terawal drama ini. Namun disertakan dengan cadangan dan alternatif sebagai langkah kecil untuk membantu industri perfileman tanah air:

1. Filem atau drama yang mahu mengetengahkan jalan cerita atau suasana sesuatu tempat, perlu dilantik seorang penasihat yang berpengalaman untuk membimbing jalan cerita tersebut agar tidak lari atau berlebihan daripada suasana realiti.

2. Walaupun apa yang berlaku di sekitar masyarakat itu dipandang sebagai realiti semasa, ia tidak semestinya perlu ditonjolkan kepada khalayak dengan pembawaan 100%. Produksi drama harus kreatif dalam pembikinan jalan cerita.

3. Isu sensitiviti dalam masyarakat harus diambil penting. Golongan majority yang berkelakuan baik, tidak seharusnya dihukum dengan sebahagian minority yang berkelakuan tidak baik. Persepsi dan pandangan masyarakat terhadap golongan Agama harus diambil kira terutamanya isu yang boleh menjejaskan imej dan keizzahan mereka.

Media massa adalah medium penyampaian yang terpenting di abad ini, seharusnya pihak yang diberi peluang dan ruang untuk menyampaikan sesuatu kepada khalayak menggunakan wasilah ini dengan sebaiknya, agar apa yang disampaikan dapat memberi manfaat dan mampu dicontohi. Jika baik yang dipaparkan kepada penonton maka baiklah yang akan diterima dan begitulah sebaliknya.

Sedikit sebanyak, sebagai seorang mahasiswa yang sedang menuntut di Jordan, saya sendiri merasakan sedikit tempias dan “bahang” daripada drama ini, tetapi saya sedaya upaya cuba memandangnya dengan penilaian yang positif.

Saya memuji Saudari Erma Fatima yang cuba mengetangahkan suatu kelainan dalam industri perfileman tanah air. Selapas Drama Nur Kasih yang telah menaikkan biah Islam di Malaysia, saya yakin drama Tahajjud Cinta hasil air tangan pengarah berbakat ini mampu menyuntik fenomena baru jika ia disunting dengan jalan cerita yang baik. Bagi saya beliau mengikuti kehendak filem kontemporari dalam masyarakat yang dahagakan filem berbentuk Islamik.

Saya tidak berhasrat membantah keseluruhan drama ini kerana ia tidak wajar dihukum hanya disebabkan “kerosakkan” yang sedikit. Tetapi besarlah harapan ini agar adegan yang telah ditonjolkan tersebut dapat diperbaiki pada masa akan datang dan sudi mendengar permohonan maaf daripada Saudari Erma Fatima. Setandan pisang tidak semuanya baik, tetapi “pisang” yang rosak harus lekas dibuang agar tidak memudhoratkan orang yang memakannya. Bagi saya beliau seorang yang profesional dan permohonan maaf ini tidak langsung menjejaskan imej beliau sebagai pengarah filem terkenal.

Akhir kata, saya mewakili mahasiswa Jordan mengharapkan satu perubahan dan penambah-baikkan dalam drama ini, kalaupun tidak semua memadailah dengan perubahan kecil yang boleh melegakan kami di sini. Mahasiswa Jordan tidaklah menuntut agar kami dipandang tinggi oleh masyarakat tetapi amatlah tidak wajar jika diaibkan dengan sedemikian rupa.

Industri filem Malaysia sudahpun terkenal dengan penghasilan drama dan filem yang berkualiti serta membangun setaraf dengan perfileman antarabangsa, lalu mereka harus mempunyai identiti tersendiri dalam menaikkan industri ini. Semoga industri perfileman tanah air terus maju dengan pencapaian yang lebih gemilang pada masa akan datang.

MOHD AFIQ MOHD SALEH,
Mantan Presiden,
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) 2010/2011.

Sumber ; Klik sini

* Fikir dan zikir..

...The journey to Ramadhan ...

18 Sya'aban 1432 / 19 Julai 2011

Telah diriwayatkan dalam sebuah hadits sahih dari Rasulullah s.a.w bahawasanya baginda bersabda:

“ Barangsiapa di antara kamu yg melihat kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya, maka apabila ia tidak mampu hendaklah dengan lisannya, dan sekiranya tidak mampu, maka cegahlah dengan hatinya, yang demikian ialah selemah-lemah iman”.



Sengaja mahu memcahkan post ini kepada dua. Rasnya jika terlalu panjang, apa yang mahu disampaikan tidak mampu dihadam dengan baik.

Barangkali, drama-drama mahupun filem pop cinta Islami yang sebegini mahu memberi sindiran pedih. Khususnya buat golongan ilmuan dan agamawan. Yang masih duduk selesa di kerusi empuk, di dalam pendingin hawa, setelah dijamu hidangan bagai di syurga dunia.

Saya tidaklah mahu mempersoalkan kewajaran penerbit, penulis skrip, pelakon-pelakonnya, mahupun siapa saja di sebalik tabirnya. Allah lebih mengetahuinya.

Mahu berfikir, tidak hanya tahu mengkritik.

Kita sedang menuju kebangkitan. Kesedaran masyarakat untuk mencari alternatif yang lebih baik, seharusnya diambil peluang oleh para dai'e dan ilmuan. Barangkali melihat kepada perubahan minat masyarakat, cepat sahaja diambil peluang oleh penerbit-penerbit dan syarikat perfileman. Namun, keuntungan tentu saja lebih menjadi idaman.

Golongan agama mungkin masih hanya mahu memandang dan mengkritik. Melihat, merasa tergugah dek aksi yang banyak tidak selari. Mungkin melenting juga.

Itulah, jiwa masyarakat meronta mahu melihat dai'e bertingkah sebagaimana Jilul Qur'an di zaman Rasulullah dan sahabat. Namun realitinya, yang terpacak di hadapan mereka, banyak daie [ sepatutnya ] yang tidak kenal bahkan tidak pernah sedar dia membawa imej agama dek palitan ilmu mahupun ijazah yang digenggam.

Dek melihat dan kecelaruan yang ada, boleh menjadi satu idea yang cantik, sedap dimanipulasi oleh golongan yang berkepentingan yang jauh sekali dari mengenal titisan wuduk dan solat. Apatah lagi kewajipan lain.

" Kita jugakan manusia, pastikan ada salah silapnya. Kenapa masyarakat, mahukan kita menjadi terlalu sempurna. Terimalah kita sebagai manusia biasa! "

Pasti ada yang mengeluh begitu. Ya, memang kita manusia akhir zaman tidak pernah sempurna.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah, tatkala masih lagi dalam permusafiran ilmu, mahupun di alam realiti. Jalan dakwah ini bukan mudah, bukan selalu dihampar permaidani merah.. Muhasabahlah sebagai orang yang menuntut ilmu lebih-lebih lagi ilmu agama. Sejauh manakah kita telah berusaha untuk tidak menjadi fitnah kepada ilmu din ini. Sama-samalah terus meperingati walhal ramai sekali yang teruji dengan ilmu ini. [ kita masing-masing tahu apa yang telah berlaku.. waima baik atau buruk, positif mahupun negatif ]

Ya Allah, bukan senang mahu beroleh sempurna, jauh sekali menempah tiket syurga.

Dakwah di era ini, sudah memerlukan dai'e yang kritis, kreatif, rencam serta fleksibel. Eloklah berfikiran jernih walau sekusut mana pun badai yang melanda.

Saya juga merasakan, sudah semestinya para ilmuan yang fakih serta faham mula merapatkan diri terjun ke bidang media. Tidak hanya seorang pastinya. Bukan semata berpencak di pentas siasah dan dakwah yang biasa, bahkan perlu mencipta fenomena baru yang mampu membuka mata masyarakat menilai kembali, serta menarik mereka untuk menyemai nilai murni agama yang sebenarnya sahih.

Media, perfileman kita masih ketandusan pakar yang bernilai Islami tulin juga masih ketandusan dana yang bersih. Lumpur-lumpur likat pekat, kotor masih terpalit kemas dalam industri ini. Alternatif perlu dijana, tidak hanya pada tradisi. Ambillah contoh dari seberang, walau berbagai selut lumut yang pernah mewarnai kisah-kisah media, keberanian mencipta arus baru dari golongan ilmuan agama mereka perlu kita teliti dan hayati.

Bermuhasabahlah, tidak hanya ralit meratah syawarma, mahupun mandii ditambah buzoh yang sejuk yang selalu membuat kita leka.

*Allah, peringatan ini memang mencalar. Menegur insani diri.

Teguhkanlah pendirian kami ini ya Allah.. Jangan sesekali Kau balikkan hati-hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami. Ampunilah kami, berilah rahmatMu kepada kami. Jangan engkau biarkan kami terus berada dalam kelekaan dan kesesatan.

* Maaf, andai ada tidak kena, hanya mampu mentafsir kata lewat catatan-catatan maya, juga di rakaman cerita yang baru diterjah lewat kebisingan kata dan pena sahabat-sahabat.

Salam imtihan nihai yang makin resah menggigit.. :)

18 Sya'aban 1432 / 19 Julai 2011


Ini respon awal yang saya petik dari blog yang bertajuk, Tahajjud Cinta TV3, Jauh Dari Realiti

Fikir dan zikir..

Link"Setelah 2 minggu drama bagi slot Zehra ditayangkan di TV3, ternyata Tahajjud Cinta mendapat respon yang sangat baik dari kalangan penonton. Ia boleh saja menjadi fenomena seperti mana drama Nur Kasih yang pernah ditayangkan pada slot yang sama hingga mencatat rating yang cukup tinggi mengatasi drama-drama lain yg lebih komersial temanya berbanding drama berkenaan yang bertemakan unsur-unsur ketuhanan dan islamik. Dengan barisan pelakon handalan dan dikenali umum, ia boleh menjadi tarikan utama kepada peminat-peminat mereka selain watak dan perwatakan melalui tema keagamaannya dapat meruntun hati-hati masyarakat yang ‘dahagakan’ hiburan yang dilihat selari dengan syariat.

Namun, terdapat beberapa babak setakat yang disiarkan dalam episod-episod lalu kelihatan begitu bercanggah dengan apa yang secara logic di alam reality. Terutamanya adalah berhubung dengan ikhtilat antara lelaki dan wanita secara bebas dan terbuka di khalayak. Bagaimana mereka boleh bermusafir hanya berempat dan berpasangan tatkala bersiar-siar? Adakah dengan banyak menyulam kata-kata berisitilah arab, islam dan lafaz-lafaz yang baik ia cukup untuk disebut sebagai cinta selari syariat? Adakah ia sudah cukup menangkis kata-kata jelek yang memperlihatkan dua jiwa berlawanan jantina berdua-duaan tatkala dikhalayak? Babak seorang watak yang mengantar makanan ke rumah watak lakonan Seri juga member tanda Tanya kepada penonton. Adakah begitu kehidupan biasa yang berlaku dalam kalangan mahasiswa agama?

Begitu juga halnya dengan persoalan cinta yang menyelubungi setiap jiwa manusia. Memang tiada siapa yang boleh menafikan perasaan itu namun drama ini seperti lebih mengagung-agungkan tema cinta yang melampau hingga boleh menimbulkan fitnah kepada pelajar berpendidikan agama dengan adegan berpegangan tangan dan menyingkap purdah. Bukan hendak menafikan akan wujudnya keadaan di mana pergaulan antara lelaki dan wanita berlaku dalam kalangan pelajar yang berpegang teguh dengan prinsip agama, namun paparan yang di ketengahkan melalui drama ini dikira agak melampau. Pandangan masyarakat terhadap wanita berpurdah dan bertudung labuh begitu tinggi. Bila mana babak ini ditunjukkan seolah-olah ianya ingin menunjukkan kepada khalayak bahawa sememangnya keadaan ini wujud. Manakah logiknya pada seorang lelaki yang konon berpelajaran agama mudah terpedaya dengan dorongan nafsu? Bukan juga hendak menyebut mereka ini maksum namun kelakuan di tempat awam dan terbuka itu sebenarnya mungkin tidak berlaku dalam keadaan reality.

Satu lagi persoalan yang menjadi tanda tanya adalah sejauhmanakah rasionalnya watak seorang agamawan yang dikatakan tertewas dengan dorongan nafsu itu harus diangkat menjadi permasalahan dalam drama ini? Memang tidak dinafikan tentang wujudnya situasi ini dalam realti masyarakat yang berpoligami di mana para isteri tidak sentiasa berkeadaan damai. Namun bila memaparkan Ustaz Syauki yang hebat berbicara, punyai pusat pengajian sendiri dan dilihat mempunyai pengaruh di kalangan penduduk membuatkan terdapat keraguan mengenai ketulusan pengarah yang kononnya mahu menyedarkan golongan-golongan seperti ini. Apa yang menariknya perkara ini diketengahkan? Bukanlah menafikan akan kemungkinan adanya perkara ini berlaku, namun apa yang pasti situasi ini seolah-olah ditujukan kepada sebuah kumpulan agama yang dikenali umum di mana pemimpinnya telah mengamalkan sunnah poligami dan mempunyai pengaruh kepimpinan yang luas. Lalu sebagai penyedap cerita elemen kepincangan rumahtangga ustaz itu diperlihatkan sebagai tidak adil dan mengikut nafsu. Agaknya pengarah drama ini mengambil model ini sebagai modal dalam jalan cerita ini. Adakah Erma Fatimah tidak tahu keadaan sebenar model poligami yang diadaptasi itu sebenarnya tidak sebegitu rupa?

Apapun alasan pengarahnya terhdap isu-isu yang dibangkitkan oleh ramai pihak dalam kalangan penonton, ia tidak akan menjamin mereka-mereka yang begitu memahami keadaan dan situasi sebagai mahasiswa di Tanah Arab, mahawiswa Pengajian Islam, mahasiswa yang berpendidikan dan berprinsip agama, tokoh-tokoh agama yang terkenal, pada mursyid dan guru yang mengamalkan Islam dan sunnah dan orang awam lainnya akan menerima dengan mudah. Setakat dua episod pun banyak kekeliruan dan salah faham dari sudut realiti apatahlagi untuk berbelas-belas episod yang akan datang.

Mungkin juga dengan kritikan penonton drama ini semakin mendapat perhatian ramai. Jika benar Erma mahu mengangkat tema Islam bagi drama arahannya ini, ia haruslah dilakukan dengan ikhlas dan penuh berhati-hati. Walaupun ia hanya sekadar lakonan dan cerita rekaan seharusnya ia juga perlu berpaksi kepada realiti, bukannya fantasi dan ikut sedap hati hendak jadikannya sebagai sebuah cerita yang luar biasa yang lari dari kefahaman sebenar masyarakat terhadap watak-watak yang ada melalui drama ini."

..................................................

Hmm, berat juga mahu mengupas isu ini. . Namun, agak terkesan juga. Yalah, kerana tempiasnya sedikit sebanyak mencalar hati-hati yang mahu ikhlas menuntut ilmu, juga yang sedang berjuang untuk mengaplikasikan ilmu-ilmu ini.. Dari satu sudut, memang tidak berapa kena.

Saya ingin memetik satu nasihat Allahyarhamah Yb Dr. Lo' Lo, yang dipaparkan dalam blog Dr.Maza

“Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.

Mujahidah ini berkata dengan tulus dari hatinya. Dek, kepincangan golongan ilmuan agama sendiri. Hakikat, pahit sekali untuk ditelan..

.. ( bersambung )

17 Sya'ban 1432 / 19 Julai 2011


Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yg Allah kurniakn kepadamu. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepadamu.....

"Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung ni’mat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (ni’mat Allah). ( Ibrahim; 34 )"

Demikian besar nikmat Allah yg telah dianugerahkan kepada anda. dunia ini,beserta apa yag ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya; menguasi kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya. Jika kamu mengamati dirimu dengan teliti..kamu akan mendapati kamu telah diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, sepasang tangan dan sepasang kaki,.

"Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak kamu dustakan…? (Ar-rahman; 13)"

Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki..?

Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan suatu yang mudah sedangkan masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya..?

Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua belah mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang ditanggungnya.?

Pernahkah anda merasa nista ketika anda dapat menjamu makanan yang lazat dan minuman yang sejuk , sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang dideritai..?


RENUNGKANLAH::
Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana ALLAH menjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda akan terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit yang cantik yang terhindar dari penyakit gatal dan kudis. perhatikanlah juga fungsi otak anda! ALLAH telah memberikan kesihatan Aqal hingga terhindar dari kegilaan yang menghinakan. Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud.? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit.? Apakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berlian tetapi anda kudung?

ANDA sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan,tetapi,sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan,anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak,dan kesihatan anda yang stabil.

Anda seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal ana masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaikan, kenikmatan dan masih banyak yang lainya.

Oleh itu, renungkanlah dan bersyukurlah!

"Pada diri anda juga terdapat tanda-tanda kekuasaan AllAH.apakah kalian tidak memperhatikannya.?(az-dzariyat:21)"

Lihatlah diri anda,keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat dan dunia sekeliling anda. Dan janganlah termasuk di dalam golongan :

"Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari ALLAH, tetapi mereka mengingkarinya(An-nahl:83)"

................................

Allah, Allah, Allah! Tetapkan daku di jalan ini, juga sentiasa ingat dan sentiasa padaMu walau apa jua yang melanda diriku..

* Rujukan ; Jangan Bersedih, Dr. Aidh Al-Qarni



3 Syaaban 1432 H / 4 Julai 2011 M


Perkongsian dari emel yang saya terima..

[Kisah yang sungguh menginsafkan..


Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak.... " Ada duit? Minta ayah sedikit.."Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya." Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. "Takkan 5 ringgit?"Emak mengganguk. Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.

Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri."Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya." Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak. "Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama

:" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya."memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula.

DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Sahabat sekelian,Cerita dibawah menjadi IBRAH bagi kita semua.Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kpd ibu ayah ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA, MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA.

Lakukan dengan tangan2 kita sebagai anak2. Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia.

Saya menangis apabila ada sahabat saya menceritakan bagaimana ibu kepada Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah sahabat pengalaman Dr Harun Din dan keluarganya.Jiran kpd ibu Dr Harun Din (DrHD) menziarah ibunya pada waktu petang selepas asar. beliau memberi salam tetapi tak menyahut salamnya. Beberapa kali salam diberikan tapi tak ada jawapan. Maka jirannya itu mencari ruang mencari ibu DrHD, akhirnya terlihat ibunya sedang sujud dalam solat. lalu jiran ini balik ke rumah dahulu. beberapa minit kemudian, datang semula berjumpa ibu DRHD, dilihatnya masih sujud. firasat jirannya, ini ada yang tak kena. Lalu masuk ke rumah utk melihat dr dekat ibu DrHD. Rupa2nya, ibu DrHD telah kembali ke rahmatullah dalam masa ibunya sujud menghadap Allah. Ya Allah mulianya kematian ibu DrHD.Perkara yg paling comel yg dilakukan keluarga DrHD ialah, menyempurnakan dgn tangan2 anak2 jenazah ibunya. Mandikan ibu, kapan ibu, sembahyangkan ibu dan kebumikan tanpa diusik orang lain ke atas tubuh ibunya. Ada jiran2 yg ingin melakukannya tetapi ditolak oelh Dr Harun Din, hasan Din dan Ishak Din dengan hujjah, "BERILAH SAYA SEKELUARGA PELUANG MEMBUAT KHIDMAT YG TERAKHIR UTK IBU". Ketika huja itu diberikan, seluruh masyarakat yg hadir melinangkan air mata kerana tawaaduk dan alimnya anak2 ibu itu.

Paling menyayatkan hati masyarakat adalah apabila ketiga2 adik beradik ini iaitu Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri ke lubang lahad mengebumikan jenazah ibunya. Ada beberapa orang yg hadir, memohon dan berkata,"Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini menurunkan jenazah ibu Tuan Guru." Permintaan ini ditolak oleh DrHD dgn hujah yg sama "Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah ibu ini kali terakhir". Seluruh yg hadir di kuburan ketika itu, mencurahkan airmata tawadduk di atas akhlak anak2 ibu yang diasuh hingga se"alim" sedemikian. Peristiwa ini disempurnakan hingga selesai.

HEBAT IBU ini membina akhlak dan keilmuan anak-anak mereka, maka tidak hairanlah kita semua bahawa DrHD , hasan Din dan Ishak Din memang disegani oelh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana "AKHLAK"nya yang mulia dan ALIM nya mereka. Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, air mata saya melinang apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik beradik menguruskan jenazah ibu bersama Feb 2009 yang lalu. Ya Allah, rahmatilah ibu kami semua. Rahmatilah mereka dan Ampunkanlah kami. Wallahu A'lam.

Baca hayati, selami dan insafi......

Amalkan, doa ibu bapa amat mustajab...

Bahagia dunia akhirat...

Ditulis oleh:
MD Baithori Kamdi]

* Allah. Allah, Allah.. Jauh terkenang ayah bonda di tanah air..