3 Safar 1433 H / 28 Disember 2011 M

Lempeng yang nipis tiba-tiba penyek. Jadi macam apa ya!

Keadaan pelajar-pelajar Malaysia yang agak lewat sampai ke Mujamma' Idari untuk subjek English II.  English 1, bagaimana keadaan anda. Mudah-mudahan sihat-sihat sahaja. Penyek-penyek pun biar berbaloi dengan markah yang bakal diumumkan nanti. Insyaallah, semoga segala urusan kita semua dipermudahkan Allah.

Inilah cabaran.. dan dugaan...

Cuti seminggu sebelum berhempas pulas untuk 5 madah yang masih berbaki. 

Tafsir wa Manahij Mufassirin - Manahij Naqad - Fiqh Lughah - Syair Abbasi - Masodir Dirasah Lughah wal Adab

3 hari sahaja untuk kelima-limanya. Dua hari 4 madah [ sehari dua madah ] dan penutupnya Manahij Naqad.

Ya Allah, sahhil umurana.
 
.....................

Minggu lepas, dan minggu ini.

Semua sudah sibuk untuk persiapan imtihan. Terketar-ketar bila malam mahupun hujan menyapa. Namun, masih lagi tak lupa untuk bersosial dan berukhuwwah.

Hujung minggu lalu, sewaktu McD 2.0 anjuran Biro Kebajikan dan Penempatan PERMATA memanaskan dewan makan Abbasiah, kesibukan menjadi pelayan meja aka waitress tidak menghilangkan rasa seronok melayan kehendak teman-teman sambil bermacam ragam mereka. Ditambah menu-menu yang tersedia sangat menyelerakan. Makan sambil beramal.  Tambah menyerikan, video-video Short Movie Contest yang ditayangkan semuanya sangat menarik dan menyentuh hati. 

Tiada yang benar melainkan yang benar semata-mata. Kerna ia semua cerita, cerita kita bersama kan! Adik Beradik PERMATA JORDAN. MOga Allah terima dan reda.

Dua Dunia, FriendZ, Swendee, Bayt Bustan, dari Akademi Debat pun best juga serta beberapa lagi klip video yang tak tersebut namanya.



[Dua Dunia]

Skrip dan pelakon yang mantap. Tahniah. Bergegar rasa Solah Abbasi masa pertama kali ditayangkan. Alhamdulillah, lagi meluas jaringan dan pahala bila sudah tersebar di mana-mana. FB Oh Media contohnya.


[ Swende ]

Sedap juga minum cappucino bila sejuk-sejuk begini. Hangat dan wangi, bak ukhuwwah yang sedang merekah.

[ Friendz ]


[Bayt Bustan & UG Indah]

Ini pula cerita-cerita kecil yang besar nilainya hasil tangan akhawat. Adik-adik yang kegeraman kepada pakcik gas. Lucu bercampur geram, sebab memang itulah hakikatnya.

Tak apalah adik-adik, masa nak telefon tu baca doa banyak-banyak, selawat, moga pakcik-pakcik yang menghantar gas itu cepat sampai dan tak jemu nak jual gas pada kita.

Tetaplah kita sedaya menjaga nilai adab budi pekerti serta tutur kata, mudahan terbentuk Qudwah untuk generasi kita seterusnya.


[ Aku Seorang Kawan ]

Semua cerita sedih-sedih, tapi cukup dalam kesannya kepada hati-hati yang basah. Yang masih bertatih untuk mengenal apa yang yang perlu kita garapkan untuk sebuah ukhuwwah.


Untuk PERTAMA 12 nanti, jom kita pakat-pakat serbu dengan buah tangan teristimewa untuk seluruh warga Jordan.


[ Jamiah Mu'tah masuk TV al-Hijrah ]

* Kembang semangkuk lah pelajar Lughah 'Arabiah wa Aadabiha. Siap boleh syarah Kitab Al-Hidayah lagi. 

Amacam, seronok tak jadi budak Lughah?
..................

Barangkali, fasa-fasa penghujung tahun ini ialah era revolusi filem-filem dakwah yang sangat mengesankan. Bukan setakat revolusi politik, ekonomi dan sosial. 

Alhamdulillah, banyak hasil tangan anak-anak muda yang segar mindanya tak mahu terjajah sudah mendapat tempat. Kalau dahulu ada video yang menghina Islam, sesuka hati bercakap mengikut nafsu, nah, sekarang kita timbal balik dengan cerita-cerita, kisah sirah yang menambah iman. Moga terbuka mata seluasnya dan jiwa untuk bertaubat kembali ke pangkal jalan.

Apa yang penting, tentu sekali ada saham berpanjangan untuk empunya idea, cerita, pembawa lakon layar, mahupun sesiapa sahaja yang terlibat. Asalkan ikhlas menghiasi kemuliaan diri. 

Islam, makin cantik dan indah di mata ummah. Tertegak sunnah, terhapus bid'ah maka tertutuplah jalan menuju kesesatan.

Mudah-mudahan sentiasa teguh dan Istiqamah, terpadang di sisi ahli langit.

.....................

Semester dan tahun yang penuh cerita hampir berlalu. Ada cerita dia, ada cerita kita, ada cerita mereka, warna warni bak pelangi, ada juga suram disapa mendung, semua kemas dan kejap tersimpan dalam memori dan foto.

Semoga menjadi iktibar dan peringatan buat hamba ini terus melangkah kemas, bangun walau terjatuh,tetap menyapu penawar biar sembuh segala luka yang tercalar.

Perjalanan sebuah kehidupan, perlu ada bermacam kisah agar kita takkan lupa peranan kita, siapa kita hanyalah hamba yang hina, tujuan penciptaan hanya buat mengabdi buat Khaliqnya.

* Lempeng penyek longlai selepas Imtihan.
[ Ini imtihan paling mencabar fizikal - nasib baik tak keluar buah silat ke taekwando ke karate ke kan ! - ]

* ___ *

0 ulasan: