27@28 Muharam 1433 / 22 Disember 2011

ٍSegarkan diri dengan iman dan amal. Suria tetap tersenyum untuk kita. Insyaallah !

عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: آُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ یَوْمًا فَقَالَ: (( یَا غُلاَم! إِنِّي أُعَلِّمُكَ كلِمَاتٍ: اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ یَنْفَعُوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ یَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوْا عَلَى أَنْ یَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَم یَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ )) رواه الترمذي وقال حدیث حسن صحيح

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya).

***************

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi.

Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.

Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:

Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.


HURAIAN DAN INTI SARI

Sabda Rasulullah saw…"Jagalah ALLAH nescaya engkau mendapati-NYA di hadapanMu..” maksudnya hendaklah beramal kerana-NYA dengan penuh ketaatan sehingga ALLAH swt tidak memandangmu sebagai orang yang menyalahi perintah-NYA, nescaya kamu akan mendapati ALLAH menjadi penolongmu diwaktu kesusahan.


Sabda Nabi s.a.w: “ Jika engkau meminta,mintalah kpd ALLAH,jika engkau meminta tolong mintalah tolong kpd ALLAH s.w.t” memberikan petunjuk supaya bertawakal kpd ALLAH,tidak bertuhan kpd selain-NYA, tidak mengantungkan nasib kepada siapa pun baik sedikit ataupun banyak.ALLAH berfirman maksudnya:
"Dan sesiapa bertawakal kepada ALLAH, maka ALLAH pasti akan memberinya kecukupan."

(Surah al-Talaq 65:3)

PENGAJARAN HADITH

Ø Sesiapa yang menjalankan perintah-perintah ALLAH s.w.t. nescaya Allah akan menjaganya di dunia dan di akhirat.

Ø Beramal soleh serta melaksanakan perintah ALLAH s.w.t. dapat menghindarkan bencana dan mengeluarkan seseorang daripada kesulitan.

Ø Jangan meminta apa pun selain ALLAH s.w.t..

Ø Pergunakanlah masa mudamu untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan.

Ø Orang yang selalu bersyukur kepada ALLAH s.w.t akan mendapat perhatian, pertolongan dan perlindungan

Ø Hanya kepada ALLAH s.w.t. kita panjatkan doa dan meminta pertolongan kerana DIA MAHA DEKAT,MAHA MENJAWAB,MAHA KUAT dan merupakan zat yang tidak pernah bosan memberi. Meminta pertolongan kepada selain daripada ALLAH s.w.t merupakan kehinaan, kerendahan dan kelemahan.

Ø Kita hendaklah bersabar dgn musibah yg didatangkan drpd ALLAH s.w.t. KEMENANGAN hanya akn diperolehi dgn KESABARAN..Kita juga hendakalah sabar dengan perlakuan tidak baik org lain kpd kita.
 ..............................

Tertarik untuk berkongsi ini juga dengan kalian. 

0 ulasan: