18@19 Muharam 1433 / 13 Disember 2011

Nak menangis saya baca tulisan ini. Sungguh saya kagum dengan beliau, walau dengan kesibukan belajar untuk menjadi doktor Muslim, masih lagi kemas jalan muhasabahnya dengan Al-Quran.. Menjadi doktor, menerokai indahnya dan uniknya ciptaan Allah terhadap makhluknya.

[ Oh, itu cita-cita lama saya.. * __ *. Saintis Muslim ] Tapi saya tak kisah pun, jika Allah panjangkan umur, manakan tahu tercapai jua cita-cita ini kan! 

Allah, Allah, Allah..
Namun, saya bersyukur jua dicampakkan ke Fakulti Bahasa Arab dan Kesusasteraan. Semakin banyak belajar, semakin rasa.... Tiada kata boleh menggambarkan kehebatan seni dan bahasa Al-Qur'an.

Belajar uslub-uslub kesusasteraan lama, membandingkannya dengan Al-Quran, sungguh memang ia mukjizat lughawi yang mampu dan telah mendiamkan sekaligus menenggelamkan kata-kata syuara' dan udaba' zaman itu.

Allah memakbulkan cita-cita saya yang satu ini. Alhamdulillah.
Masih lagi segar bila ditanya oleh kakak-kakak dan abang-abang senior, akan nekadnya saya memilih jalan ini.. Perjalanan menukar takhassus sungguh menguji tabah. Tak sedikit air mata yang gugur.. - betul tak Amalina?? 

* Antara jawapannya ketika itu, mahu memahami Al-Quran dengan sebaik-baik kefahaman, juga mahu mencabar diri sendiri !
[ aduh, sangat merindui zaman itu tapi cemburu juga dengan adik-adik junior, bukan main cepat boleh tukar takhassus iye.. Rezeki kalian. Tak apa lah. Reda sahaja.]

Apabila mendalami ilmu Fiqh Lughah, di bawah bimbingan Doktor Yahya sungguh saya rasa tidak rugi ilmu Qiraat yang pernah ditekuni hampir 3 tahun lampau.. Baru terasa faham dan jeliro asbab dan musababab Qiraat Sab'ah dan Qiraat 'Asyar..

Doktor Talib juga pernah menegaskan kepada kami, di dalam kuliah Tafsirnya [Surah Al-Kahfi]:

"Kamu, pelajar jurusan Bahasa Arab, kepada kamulah yang tanggungjawab lebih aula untuk mempelajari dan mendalami Al-Quran"

Satu cabaran yang besar. Perlu disambut oleh sekalian tullab qism lughatul 'arabiyah wa aadabiha .

Makin hari, makin rasa bertambah cinta dan zuqnya mendalami Bahasa Arab. Makin rasa bertuah dianugerahkan Al-Quran. Namun masih cuba bertatih untuk mendalami kefahaman nas dari segi hukum dan uslubnya.

Ya Allah permudahkanlah!
Moga ditetapkanlah juhud dan ingatan kami untuk terus mengulang nas Al-Quran 30 Juz yang telah diamanahkan kepada kami untuk menjaganya di dada dan ingatan, mentadabbur, menilai, memahami, mentatbiqkan kefahaman dengan amalan seterusnya menyampaikan kepada yang orang lain.
...........................................

Assalamualaikum..

Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan pada saya dan anda semua. Tiada siapa yang mampu menghitungnya walau hanya dalam tempoh sedetik cuma, inikan pula mahu kita hitung sejak kita dilahirkan sehingga waktu sekarang. tak terhitung betapa banyaknya nikmat Allah. Alhamdulillah.

Antara nikmat yang terbesar Allah kurniakan kepada saya ialah diberi kesempatan untuk belajar di Maahad Tahfiz dan mengkhatamkan hafalan Al-Quran. Sungguh dalam tempoh 3 tahun setengah itu jalannya sangat berliku dan penuh dengan kenangan suka duka. Dengan izin Allah akhirnya saya berjaya mengkhatamkan Al-Quran pada 6 Ogos 2007. Alhamdulillah, satu nikmat yang tidak terkira besarnya Allah kurniakan.

Tanyalah pada mana-mana hafiz dan hafizah senangkah laluan mereka sepanjang menghabiskan hafalan? Tentu mereka mampu bercerita pelbagai kisah dan kenangan disebalik usaha mereka tersebut.

"Betapa kerapnya timbul perasaan nak putus asa, tak sanggup lagi bersengkang mata menghabiskan hafalan setiap pagi."

"Berapa banyak air mata yang mengalir kerana hampa dan kecewa dengan prestasi diri sendiri"

"Berapa kali entah banyaknya menghabiskan masa merajuk. Bukan dengan siapa2. Tapi dengan diri sendiri juga"

"Betapa peritnya bila ulangan / murajaah kian menghilang dari ingatan. Susahnya nak istiqamah."

Akhirnya berjayalah mereka menghabiskan hafalan dalam tempoh yang tertentu. Segala kepayahan dan keperitan lalu terus dilupakan. Betapa bahagianya ketika memperdengarkan bacaan juz 'amma kepada guru tasmi. Di selangi pula dengan ucapan takbir oleh rakan-rakan sekelas dicelahan setiap surah. Oh, indahnya waktu itu. Tiada gantian perkataan mampu menggambarkannya.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Pesanan buat diri dan sahabat sahabiah seperjuangan.

Terkadang kita lupa kisah lalu, kenangan lalu, kesusahan lalu. Lantas kita turut lupa untuk menghargai nikmat ini. Mana taknya tengok pada realiti diri kita sekarang, renung pada prestasi diri.

Jumlah murajaah seharian makin menurun. Terkadang ada saja dalam sehari tak baca pon Quran walau sehelai...

Juz yang lancar dibibir dahulu makin hilang...

Susunan surah pun boleh jadi berterabur sekarang...

*Mungkin bukan anda yang sedang baca tulisan ini sekarang. Boleh jadi sahabat sahabiah kita yang lain.

Hargailah Dia, Al-Quran itu. Kerana bukan semua yang mengimpikan mampu memilikinya. Kita terpilih dan dipilih oleh Allah untuk memilikinya. Maka hargailah sebesar-besar nikmat ini.

Akhirnya, semoga kitalah (serta ibubapa kita) golongan yang paling berbahagia di Akhirat nanti. Ameen.

Sumber : Blog Akh Salam Abdullah

..................
 
 * Permukiman ini masih berbaki separuh. Moga Allah memberi kemudahan untuk mencapai segala cita-cita dan harapan.

* Daurah di Jam'iyah Muhafazah Al-Qur'an sudah hampir masuk ke fasa yang getir. Insyaallah selepas Imtihan Mutaqaddimah [ awal tahun depan ], bermulalah murajaah secara rasmi [ Daurah Tasbit ] dengan Syeikah Ummu Muhallab dan seterusnya IJAZAH AL-QUR'AN.

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala pengorbanan Ummu Muhallab sepanjang dua tahun ini membetulkan bacaan kami, memberi kami input-input baru mengenai Al-Qur'an. [ Hafizah yang sangat mutqin ingatannya, sangat tinggi ilmunya.. - Sheikhah kami ini Zaujah Dr. Ali Zuqaili yang sebelum ini pernah mengajar di Jamiah Mu'tah.. Sekarang dipinjamkan ke Jamiah Urduniah ]

Moga-moga ilmu-ilmu Al-Quran ini [ Tajwid dan Ilmu Hukum dan Ilmu-Ilmu tambah yang lain ] makin menjadikan diri ini semakin kerdil dan ingat, tiada apa yang boleh disandar, kecuali hanya pada DIA yang Maha Mengetahui setiap perjalanan makhluknya.

Insyaallah, dengan IzinNya, kita semua mampu.. !
[ chayo-chayok AQRAB Mu'tah ] Kita adalah satu walau berbeza cita dan rasa.

"Ke Arah Melahirkan Generasi Al-Quran Yang Unik"

0 ulasan: