8 Zulhijjah 1432 / 4 November 2011

Mengapa Seksualiti Merdeka Perlu dibantah
Oleh
Dr Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net



Heboh berkenaan ketidakpuasan hati penganjur seksualiti merdeka terhadap tindakan polis ke atas mereka. Bantahan itu pula disokong oleh NGO-NGO extremis liberal di Malaysia. Bagi saya, saya bersetuju dengan tindakan Kerajaan, Polis dan jabatan Agama menghalang Seksualiti Merdeka. Saya kira telah ramai para ustaz dan ustazah yang membawa hujah dari Al-Quran dan hadis, maka maka melalui tulisan ringkas ini, saya ingin berkongsi pandangan dengan membawakan beberapa hujah tambahan yang lebih bersifat logika normal manusia, ini sebab bantahan saya terhadap program tersebut:

1. Tuntutan dan kempen hak kemanusian untuk kebebasan seksual adalah terlalu self-centred dan selfishness tanpa memikirkan kesan negatif kepada kehidupan kemasyarakatan, ahli keluarga individu yang terlibat dan ahli komuniti. Kempen dan menuntut hak kebebasan yang mudaratnya menceroboh hak orang lain dan menimbulkan ketegangan majoriti ahli masyarakat PATUT DITEGAH, seperti hak kebebasan untuk mencuri hak cipta orang lain, seks dengan anak sendiri, seks dengan lembu dan binatang orang lain, kebebasan untuk menghina dan mengutuk agama lain dan pelbagai sepertinya. Adakah ini yang diperjuangkan oleh seksualiti merdeka? sehingga menjadi lebih rendah dari binatang dan memperjuangkannya tanpa limitasi?

2. Kita perlu tegaskan hak kemanusian dan kebebasan, sentiasa perlu diukur dengan neraca Allah dan RasulNya, bukan dengan logik aqal yang semata, justeru walau hebat mana sekalipun hujjah kebebasan manusia dan hak asasinya, sebagai pendakwah dan ilmuwan islam kita mesti pertegaskan hal ini sebagai guideline kita.

3. Mempromosikan keinginan kebebasan seksual secara terbuka bukan dari adab dan budaya bangsa masyarakat Malaysia, apabila ia dilakukan secara kempen, justeru kita tidak boleh bersetuju.

4. Kita bersetuju dengan kebebasan bersuara namun mestilah wujud limitasi dan hadnya, begitu juga dengan hal kebebasan seksual ini.

5. Islam juga mengawal kebebasan seksual kerana ingin menjaga keluhuran keturunan dan kejelasannya, ia juga bersangkut paut dengan kelayakan hak pusaka dan pengurusan perkahwinan agar tidak 'terkahwin' sesama adik beradik sebapa atau seibu. Seksualiti mesti ditolak kerana ia bakal mencacamarbakan keturunan manusiawi.

6. Jika kebebasan memilih pasangan yang ingin diperjuangkan oleh penganjur sehingga tidak mengapa lesbian dan gay, cuba bayangkan seluruh lelaki dan wanita di dalam negara ini menjadi ‘lebsian’ dan ‘gay’, maka adalah jika diandaikan berlaku di dalam large scale, adakah ia bakal membawa sesuatu yang bermanfaat dan baik serta terpuji, hasil kerana dari kebebasan itu? Jika baik, bagaimanakah kaedah untuk mendapatkan anak di waktu itu?, adakah itu normal atau sebenarnya suatu penyakit ? Jika penyakit wajarkah ia dikempen kepada ramai melalui program besar-besaran sehingga boleh memudaratkan ?

7. Adakah penganjur Seksualiti Merdeka juga akan MENERIMA ‘ROGOL’ SEBAGAI HAK ASASI seseorang lelaki. Iaitu terpulang kepada dirinya bagaimana ingin mengurus nafsunya seksualnya sama ada melalui perkahwinan yang sah atau melalui merogol. Adakah ini mungkin termasuk dalam kempen penganjur Seksualiti Merdeka? Sedarkah mereka?, sudah tentu boleh wujud kumpulan perogol bersiri yang turut serta dalam kempen mereka atas kefahaman dan tafsiran mereka sendiri bahawa ia termasuk di dalam hak asasi peribadinya, tanpa mengendahkan ia menceroboh hak asasi mangsa. Dalam kes seks sejenis atau bebas, bukankah ia juga menceroboh hak orang lain, iaitu ibubapa dan adik beradik atau suami pasangan itu?.

8. Jika penganjur seksualiti merdeka ingin sangat membuktikan kempennya disokong oleh ramai dan membawa kebaikan, mereka patut dan MESTI mengemukakan fakta hasil interview at least 30 % ibubapa Muslim & bukan Islam di Malaysia yang bersetuju anak, adik, ibu, bapa, abang mereka menjadi gay dan lesbian. Saya yakin majoriti keluarga tidak suka dan meredai anak mereka terjebak dengan runtunan syahwat bebas ini.


Sekian dan selamat berfikir

Dr Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

.............................................................

* Minda insani yang sudah terkacau.. Ya Allah, peliharalah ahli keluarga kami, sanak saudara kami, sahabat-sahabat kami, juga semua umat Islam di muka bumi ini..

* Cukuplah Laut Mati yang semakin surut itu menjadi ibrah berguna buat ummah

* Bila membelek blog itu.... Allah, Allah, Allah..

0 ulasan: