7 Zulhijjah 1432 / 3 November 2011

Kata along " Hadapilah realiti, usah lari dari realiti kerna realiti itu tetap datang mengejar walaupun kita selalu mengelak dari berhadapan dengannya."

"Kadang-kadang ilusi yang kabur membuatkan kita rasa berat menghadapi realiti, walhal setelah kita laluinya, nah! Mudah sahaja rupanya. Buat penat je fikir kan!

Saya mahu kongsikan dengan anda mutiara kata Dr. Aidh al-Qarni, dalam kitab termasyurnya.. La Tahzan.

" Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempitan untuk hidup. Oleh itu, anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga hari esok yang belum tentu datang.

Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar. Itulah hari anda, maka manfaatkanlah hari itu sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga."


Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda, sehingga tidak tersepit antara dua kesedihan dan kegundahan yang terjadi masa itu dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan seringkali menakutkan.

Manfaatkanlah hari ini yang kita lalui..


" Aku hanya akan hidup hari ini, maka aku akan mengucapkan : " Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tidak akan pernah menangisi pemergianmu dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu. Kamu telah meninggalkan kami semua semasa pergi dan tidak akan kembali lagi"

" Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban! Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari adalah sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu, esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya dapat disebutkan "

Hari ini milikmu.. Nikmatilah ia sepenuhnya. Peluang hanya datang sekali. Sekali dibiarkan tidak akan datang kembali.

Masa depan akan datang sendirinya.. Usah mendahuluinya sebelum ia benar-benar terjadi.

"Biarkan hari esok itu datang dengan sendirinya, janganlah kita menanyakan khabar beritanya dan jangan pula menunggu waktu itu. Sebab hari ini kita sudah sangat sibuk."

"Jika anda hairan, maka lebih menghairankan lagi orang yang berani menebus kesedihan suatu masa yang belum tentu matahari terbit di dalamnya dengan bersedih hari ini."

Yang penting, hindarilah angan-angan berlebihan. Ilusi pada perkara yang perlu sahaja.

.................................

* Allah sebaik-baik tempat mengadu. Tiada yang selainNya tempat mengadu putus asa dan hiba.

* Walaupun realiti yang pahit telah dilalui hari ini, usah sedih untuk menatap langit yang cerah esok hari.

* Kita hanya berusaha, yang menyembuh mengubat jua memberi tenang hanya Dia. Satu-satuNYa, tiada yang lain. Ya Allah, titipkanlah ia buatku walau hanya secebis!

* Dah nak raya. Mesti ceria warna-warni Malaysia. Selamat pulang anak perantau ! [ Kalau ada yang sponsor, mahu juga terbang pulang  : ) ]

Salam Eid Adha.
Tulus ikhlas, dari Qiblatain sekeluarga. Buat semua sanak saudara, jua teman-teman yang pernah mengenali diri. Kullu 'am wa antum bikhair.

0 ulasan: