2 Zulhijjah 1432 / 29 Oktober 2011

Alhamdulillahi wa syukru lillahi 'ala kulli ni'mah.

Masih mampu bernafas dengan hembusan iman dan Islam.

" Maka nikmat tuhanMu yang manakah  yang kamu dustakan " ( Ar-Rahman : 13 )

Subhanallah betapa Agung KuasaMu. Tiada yang boleh berlaku melainkan dengan izinNya.

........................

Anak muda hari ini penentu masa depan ummah. Bagaimana kita melihat keadaan generasi syabab wa fatayat hari ini, sudah boleh diramal, bagaimana masyarakat kita pada masa akan datang.

Keperluan membimbing generasi muda hari ini memerlukan kita perlu lebih cerna akan keadaan sekeliling.

Bukan hanya perlu berpencak hebat di pentas siasah dan kepimpinan, perlu turun juga meninjau, menyelami dan sama-sama bekerja mengubat. Kerna tujuan kita memastikan Islam tertegak bukan hanya dengan kuasa, bahkan perlu ada generasi yang faham, reti, tahu apa maknanya mereka memeluk Islam.

Itu hadaf utama. Membawa generasi pulang semula ke asal fitrah kejadian mereka. Pulang sebagai hamba, sebelum dijemput pulang yang tiada akan kembali.

Hidup ini penuh warna dan rasa. Terpulang mahu merasa dan mencelup yang mana!
Alhamdulillah, masih ada pemuda pemudi yang masih cintakan agama. Masih ada yang menaruh ihsan untuk kembali setelah hampir tersasar jalan. Iya, fitrah manusia itu suci mahukan kebaikan, cuma seringkali dibaluti kelabu, kecelaruan menghalang diri untuk meghisab diri. 

Ayuh, bagi kita yang mempunyai kesedaran, siapkanlah diri sepenuhnya, penuhkan diri dengan pelbagai bekalan, binalah jaringan seluasnya, moga Allah mengiringi setiap langkah kita.

.......................

Reti dan Faham !

Tarbiyah Allah datang kepada kita dengan pelbagai cara. Ada yang datang terus, ada yang perlu kita singkap melewati peristiwa yang kita alami.

Allah, Allah, Allah.

Apalah sangat yang tarbiyah kita alami sekarang. 

Mengapa perlunya tarbiyah kepada kita?

Tarbiyah itu ibarat bahan mentah, sumber tenaga. Membekal energi, terus kekal mengecas. Andai kita berjuang, tegar untuk agama, cukupkah hanya dengan semangat sahaja?

Bagaikan api, pasti ada marak redanya. Tarbiyah dan kefahaman itulah yang akan kembali meniup.Andai jiwa tiada penguat, tiada mustahil kita pasti rebah ditimpa badai ujian.

Subhanallah, renungilah sirah ! Agungnya tarbiyah Allah pada Rasulullah s.a.w.

Jalan tarbiyah itu luas. Lautan tarbiyah realiti dan teorikal, berbeza penerimaannya pada setiap orang.
Ada masa jalannya perlu keras, ada masa merai fitrah insani.

Moga siraman tarbiyah dari Rasulullah sampai kepada kita walau apa jua cara. Andai perlu dipaksa, apakan daya. Kitalah yang menentukan pilihannya. Allah mengatur sesuai dengan IlmuNya. Namun, yang pasti semua dalam genggamanNya.

Tarbiyah, fahamkah kenapa perlu ditarbiyah dan mentarbiyah???!

Alam ini bagaikan roda. Kita pasti melalui saat-saat itu. 

Belajar, menuntut ilmu, peperiksaan, proses mencerna ilmu juga salah satu cara tarbiyah. Belajar agama, belajar Islam, belajar Ilmu Keduniaan.. Semuanya!

Sediakanlah jiwa dan diri untuk menerima. Sediakan diri untuk memberi. Sediakan diri menghadapi tribulasi. Kerna sekali diundur ke belakang, peluang yang ada tidak akan kembali.

Kena reti dan faham!

Jom tambah ilmu dan thaqafah, moga selari dengan syariat dan kehendak Tuhan.

..............................

* Meneguk mutiara-mutiara taujihat dan tarbiyah para murabbi. Moga tercetus nurani, kuat meniti hari.

* Berperanan mengikut posisi diri. Tetap dan teruslah istiqamah untuk Islam. Moga ada manfaatnya untuk diri dan ummat. Allah telah menitip sebaik-baik wasilah.

0 ulasan: