22 Zulqaedah 1432 / 20 Oktober 2011

Coretan sudah lama tertangguh. Dah hampir sebulan bermula kehidupan rutin. Lebih bermakna ada peneman sedarah. [ masih rindu bau singgang ikan dan ikan goreng rebus juga sepiring budu makan berempat di meja makan ]

Ini adalah amanahku. Kerna yang lebih dekat untuk ditarbiah, didakwah adalah keluarga sendiri. Namun, tidaklah menjadi beban. Cerminan sebenar diri.

Si remaja yang baru keluar dari kepompong minda sekolah, mula membuka luas menilai erti hidup.

Semangat yang dititipkan, kutiplah. Kenali siapa kita. Intai peluang ada, usah ragu memilih jalan. 

Pembelajaran kali ini, agak menguji lebih dari sebelumnya. Kesemuanya tidak pernah ku temui, berbeza metod pengajarannya. Apa yang pasti, sudah tiada erti suap menyuap. Mesti dicari sendiri.

Apapun diri ini tetap bersyukur, inilah pelajaran. Inilah kehidupan. Berbagai warna dan rencah. Musim sudah hampir berubah, tambah memberi getar setiap kali bersua.

Anak-anak perantauan sudah bertambah. Mudahan tak segan bertamu, menyapa. Benih ukhuwwah itu akan terus subur selagi mana kita sama-sama membajainya.

Hampir separuh permusafiran ini berlalu. Mula merancang nilai kendiri, nilai hidup, nilai ilmu biar kemas dan teguh tak gusar melangkah.

Impian dan cita-cita perlu ada langkah untuk menjayakannya. Takkan sesekali datang bergolek. Mana mungkin datang sendiri.

Mudah-mudahan sering dalam lindungan dan perhatian Tuhan, Yang Maha Mengawasi.

* YDP Agong sudah berubah tampuk kepimpinan. Semoga Tuanku berdua ( Sultan Kedah dan Timbalannya , Sultan Kelantan ) teguh bersemayam mendaulat agama, nusa dan bangsa.
* Takziah Sahabatku, Atikah dan adiknya Sabihah atas kepulangan kedua datuk dan nenek mereka ( selang seminggu ). Moga roh mereka ditempatkan di kalangan para solihin dan mukminin. 

* Bagaimana pula kita. Perancangan dunia pelbagai, setandingkan ia dengan persiapan akhirat kita. Hidup perlu sentias ada muhasabah.

* AGM yang mendebarkan berlalu jua. Mudah-mudahan saff baru pimpinan Us Ihsan dan K.Hidayah mampu mencorak warna yang lebih ceria dan menarik buat perantauan negeri Tok Kenali. Mohon maaf atas sebarang kekurangan dan kelemahan sepanjang diri yang lemah ini memegang taklifat.

Ya Allah, redakanlah!


0 ulasan: