2 Zulhijjah 1432 / 29 Oktober 2011

Seketika. Terasa rindu saat mengadap Dr. Hasan Syukri ( lebih mesra dipanggil cikgu ) beberapa tahun lepas. Saat berhempas pulas menyiapkan kajian ilmiah. Walau serasa mahu kembali mengkoreksi kajian itu kini. Nasiblah, macam keluar skop kajian je..

Hanya sekali peluang datang. Namun, terlalu bernilai rasanya ilmu itu. Entah kemana menghilangnya nota yang saya fotokopi dengan keizinan beliau. Ataupun belum cukup cari. Mudahan bila pulang nanti ada sahaja di balik buku dan kertas. Sebahagiannya diterbangkan ke sini : Mu'tah. Moga ada kelapangan untuk mentelaah, malah mengaplikasi.

Mujur sempat bertemu murabbi falakku walau hanya seketika di Maahad. Sudah terlalu masa mencemburui. Ustaz tinggalkan harapan dan doa buat bekal. Juga fakta; mesti cari dan kaji.
 
Dahulu, kajian saya itu banyak berkisar soal Kiblat. Salah satu cabang bidang falak. Antara alat tradisional yang masyhur untuk ini ialah Rubu' Mujayyab .Dulu-dulu ingat senang ke nak cari kompas.

Banyak ulama' kita yang mahir. Tapi itu dulu. Dulu-dulu.

Sekarang sudah ada bermacam cara. Ada kompas kiblatlah, juga tak ketinggalan perisian canggih di internet ,[ Qiblalocator , Islamic Finder ]. Siap sekali dengan waktu solat seluruh dunia.

Akan tetapi, inilah dia alat saintifik kegunaan ulama' kita dalam menentukan arah kiblat, juga mengira waktu solat. Canggihkan!

Seronok mengaplikasi, belajar, terasa begitu jahil dan hebatnya ulama' terdahulu menginspirasi alat ini. [ Subhanallah, tiada kata yang boleh dilafazkan bila memikirkannya ].

...........................

Ok, jom kita kenal. Apa dia Rubu' Mujayyab ni!

Apakah ini?

  • Ini lah yang dinamakan Rubu’ Mujayyab
  • Apa kah kegunaannya?
  • Untuk mengetahui waktu sembahyang
  • Untuk mengukur  ketinggian sesuatu
  • Untuk menentukan kiblat

Mengenali garisan dan lainnya
Dinamakan Rubu’ Mujayyab kerana padanya ada banyak garisan.
Maka disini saya akan memperkenalkan garisan garisan yang ada pada Rubu’ Mujayyab

Nama Garisan
 
1. المركز (Markaz) iaitu lubang yang dimasukkan benang dimana benang tergantung darinya sampai kepada qaus irtifa’ (lengkungan seperti busaran panah)
2. قوس الإرتفاع (qaus irtifa’) garisan berbentuk busaran panah

قوس الإرتفاع (qaus irtifa’)
  • Padanya ada garisan dan nombor darjah
  • Bermula dari kanan dan kesudahan sebelah kiri
  • Bilangan dari kanan ke kiri dinamakan bilang bilangan مستوية (mustawiyatan)
  • Bilangan dari kiri ke kanan dinamakan bilang bilangan معكوسة (ma’kusah)
  • Bilang bilangan darjah ada 90
4  جيب التمام  3    الستيني
  • 3. جيب التمام (jaibu-tamam) iaitu garisan yang dimulakan dari المركز sehinga awal قوس
  • Ada 12 kotak setiap satu kotak dikira 5 darjah jadi lah 60 darjah
  • 4. الستيني (sittini) iaitu garisan yang dimulakan dari المركز sehinga akhir قوس bilangan darjah sama dengan جيب التمام 
5  دائرة التجييب
  • Dairatut-tajyib ialah separuh bulatan yang dimulakan dari المركز sehinga akhir qaus dinamakan التجييب الأول (at-tajyibul awwal)
  • Adapun yang bermula dari المركز berkesudahan pada awal qaus dinamakan التجييب الثاني (at-tajyibul sani)
6 الجيوب المبسوطة 7    الجيوب المعكوسة
  • الجيوب المبسوطة iaitu garisan tegak, bermula dari الستيني (sitini) menurun kepada qaus
  • الجيوب المعكوسة garisan lintang, bermula dari جيب التمام (jaibut-tamam) hinga kepada qaus
8 دائرة الميل
  • Satu garisan lengkung seperti busaran panah jaraknya dari المركز (Markaz) 24 darjah
  • Satu hujungnya pada الستيني (sittini) dan satu lagi di جيب التمام (jaibu-tamam)
9 قوس العصرين
  • Qaus dua asar iaitu dua garisan yang terputus putus pada kebiasannya
  • Garisan ini bermula dari awal qaus hinga kepada 42.33 darjah dinamakan asar awal (asar mazhab Syafie)
  • Satu lagai kepada 26.5 darjah dinamakan asar kedua (asar mazhab Hanafi)
10 قائمتا الظل
  • Qaimatu-zilli ialah dua garisan yang bertitik titik
  • Satu daripadanya bermula daripada sittini kepada qaus irtifa dinamakan قائمة الظل المبسط
  • Dan yang satu lagi dari jaib tamam kepada qaus irtifa  dinamakan قائمتا الظل المنكوس

11 الهدفتان
12 الخيط
13 المري
14 الشقاول
  • 11 Tangam
  • 12 Benang
  • 13 Penanda
  • 14 Batu pemberat
Sumber:

almalakawi.wordpress.com
Tekan sini ya !

Siap ada video lagi.



....................

* Jangan minta saya ajar pula. Dah berkarat. Kena menuntut balik dengan murabbi. Apa yang penting, alat tu kena ada. Barang tak ada, susah juga nak meneka itu , mencuba ini.

* Ada kompas, pembetul arah pun Alhamdulillah. [ Walau sudah ada pemudah cara, lebih baik menggali ke akar, bertemu ilmu yang asli, baru terasa jeliro ilmu di dada ]


0 ulasan: