27 Zulqaedah 1432 / 25 Oktober 2011

Nota 1


Gerimis menyapa,
Ada resah menggigit,
Hangat, walau dinginnya mula membeku.

Saat itu,
Ada tirani,
Hilang besinya,
Hilang nyawanya,
Hilang segala-gala.

Dulu ia megahkan nyata,
Seantero diam,
Hanya angguk berbaur derita.

Nyata riang khabar itu,
Belum mampu titip lega,
Lekas sahaja ada yang mahu membaham,
Mungkin senyum,
Sedang tak sabar,
Hidangan sedap di depan mata.

Mudahan menang itu,
Tidak buat kita rapuh,
Walau sedang meniti..
Allah, Kau sahaja sebaik Pengawas!



...........................................

 Nota 2

Cerita alam,
Selalu buat resah,
Menghimpit,
Kerna diri selalu lupa.

Dedaunan mula berguguran,
Adakah kerna musim,
Selalu saja air mata selebat hujan?

Bayu, sesekali deras,
Ada masa teguh langkah,
Tak mustahil ada yang tersandar,
Allah, Allah, Allah,
Jerihnya hidup ini.

Ada senyum buat mereka,
Entah bila melelap mata,
Bagai tekukur, 
Gigih mengetuk,
Mudahan tumbang,
Sekurang ada sarang buat peneduh.

Allah, Kaulah peneguh di kala hampa,
Sinar harapan dalam seribu kekalutan.



* Salam Imtihan Awal buat semua teman seperjuangan.

* Imtihan, demi ujian, untuk satu matlamat berbeza cabang mengikut keupayaan hamba. Ada getir tersendiri. Mudah-mudahan tetap sabar dan tabah menempuhnya.  Moga tertebus dosa, ternilai kembali muhasabah. 

Semuanya ada hikmah dan ibrah dari Maha Pencipta.

* Teman-teman yang tak jemu memberi, memberi nilai, menitip pesan, menyingsing lengan.. 

Ya Allah, sahhil kulla umurakum wa umurana.. RedaMu peneguh segalanya.


0 ulasan: