18 Sya'aban 1432 / 19 Julai 2011


Ini respon awal yang saya petik dari blog yang bertajuk, Tahajjud Cinta TV3, Jauh Dari Realiti

Fikir dan zikir..

Link"Setelah 2 minggu drama bagi slot Zehra ditayangkan di TV3, ternyata Tahajjud Cinta mendapat respon yang sangat baik dari kalangan penonton. Ia boleh saja menjadi fenomena seperti mana drama Nur Kasih yang pernah ditayangkan pada slot yang sama hingga mencatat rating yang cukup tinggi mengatasi drama-drama lain yg lebih komersial temanya berbanding drama berkenaan yang bertemakan unsur-unsur ketuhanan dan islamik. Dengan barisan pelakon handalan dan dikenali umum, ia boleh menjadi tarikan utama kepada peminat-peminat mereka selain watak dan perwatakan melalui tema keagamaannya dapat meruntun hati-hati masyarakat yang ‘dahagakan’ hiburan yang dilihat selari dengan syariat.

Namun, terdapat beberapa babak setakat yang disiarkan dalam episod-episod lalu kelihatan begitu bercanggah dengan apa yang secara logic di alam reality. Terutamanya adalah berhubung dengan ikhtilat antara lelaki dan wanita secara bebas dan terbuka di khalayak. Bagaimana mereka boleh bermusafir hanya berempat dan berpasangan tatkala bersiar-siar? Adakah dengan banyak menyulam kata-kata berisitilah arab, islam dan lafaz-lafaz yang baik ia cukup untuk disebut sebagai cinta selari syariat? Adakah ia sudah cukup menangkis kata-kata jelek yang memperlihatkan dua jiwa berlawanan jantina berdua-duaan tatkala dikhalayak? Babak seorang watak yang mengantar makanan ke rumah watak lakonan Seri juga member tanda Tanya kepada penonton. Adakah begitu kehidupan biasa yang berlaku dalam kalangan mahasiswa agama?

Begitu juga halnya dengan persoalan cinta yang menyelubungi setiap jiwa manusia. Memang tiada siapa yang boleh menafikan perasaan itu namun drama ini seperti lebih mengagung-agungkan tema cinta yang melampau hingga boleh menimbulkan fitnah kepada pelajar berpendidikan agama dengan adegan berpegangan tangan dan menyingkap purdah. Bukan hendak menafikan akan wujudnya keadaan di mana pergaulan antara lelaki dan wanita berlaku dalam kalangan pelajar yang berpegang teguh dengan prinsip agama, namun paparan yang di ketengahkan melalui drama ini dikira agak melampau. Pandangan masyarakat terhadap wanita berpurdah dan bertudung labuh begitu tinggi. Bila mana babak ini ditunjukkan seolah-olah ianya ingin menunjukkan kepada khalayak bahawa sememangnya keadaan ini wujud. Manakah logiknya pada seorang lelaki yang konon berpelajaran agama mudah terpedaya dengan dorongan nafsu? Bukan juga hendak menyebut mereka ini maksum namun kelakuan di tempat awam dan terbuka itu sebenarnya mungkin tidak berlaku dalam keadaan reality.

Satu lagi persoalan yang menjadi tanda tanya adalah sejauhmanakah rasionalnya watak seorang agamawan yang dikatakan tertewas dengan dorongan nafsu itu harus diangkat menjadi permasalahan dalam drama ini? Memang tidak dinafikan tentang wujudnya situasi ini dalam realti masyarakat yang berpoligami di mana para isteri tidak sentiasa berkeadaan damai. Namun bila memaparkan Ustaz Syauki yang hebat berbicara, punyai pusat pengajian sendiri dan dilihat mempunyai pengaruh di kalangan penduduk membuatkan terdapat keraguan mengenai ketulusan pengarah yang kononnya mahu menyedarkan golongan-golongan seperti ini. Apa yang menariknya perkara ini diketengahkan? Bukanlah menafikan akan kemungkinan adanya perkara ini berlaku, namun apa yang pasti situasi ini seolah-olah ditujukan kepada sebuah kumpulan agama yang dikenali umum di mana pemimpinnya telah mengamalkan sunnah poligami dan mempunyai pengaruh kepimpinan yang luas. Lalu sebagai penyedap cerita elemen kepincangan rumahtangga ustaz itu diperlihatkan sebagai tidak adil dan mengikut nafsu. Agaknya pengarah drama ini mengambil model ini sebagai modal dalam jalan cerita ini. Adakah Erma Fatimah tidak tahu keadaan sebenar model poligami yang diadaptasi itu sebenarnya tidak sebegitu rupa?

Apapun alasan pengarahnya terhdap isu-isu yang dibangkitkan oleh ramai pihak dalam kalangan penonton, ia tidak akan menjamin mereka-mereka yang begitu memahami keadaan dan situasi sebagai mahasiswa di Tanah Arab, mahawiswa Pengajian Islam, mahasiswa yang berpendidikan dan berprinsip agama, tokoh-tokoh agama yang terkenal, pada mursyid dan guru yang mengamalkan Islam dan sunnah dan orang awam lainnya akan menerima dengan mudah. Setakat dua episod pun banyak kekeliruan dan salah faham dari sudut realiti apatahlagi untuk berbelas-belas episod yang akan datang.

Mungkin juga dengan kritikan penonton drama ini semakin mendapat perhatian ramai. Jika benar Erma mahu mengangkat tema Islam bagi drama arahannya ini, ia haruslah dilakukan dengan ikhlas dan penuh berhati-hati. Walaupun ia hanya sekadar lakonan dan cerita rekaan seharusnya ia juga perlu berpaksi kepada realiti, bukannya fantasi dan ikut sedap hati hendak jadikannya sebagai sebuah cerita yang luar biasa yang lari dari kefahaman sebenar masyarakat terhadap watak-watak yang ada melalui drama ini."

..................................................

Hmm, berat juga mahu mengupas isu ini. . Namun, agak terkesan juga. Yalah, kerana tempiasnya sedikit sebanyak mencalar hati-hati yang mahu ikhlas menuntut ilmu, juga yang sedang berjuang untuk mengaplikasikan ilmu-ilmu ini.. Dari satu sudut, memang tidak berapa kena.

Saya ingin memetik satu nasihat Allahyarhamah Yb Dr. Lo' Lo, yang dipaparkan dalam blog Dr.Maza

“Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.

Mujahidah ini berkata dengan tulus dari hatinya. Dek, kepincangan golongan ilmuan agama sendiri. Hakikat, pahit sekali untuk ditelan..

.. ( bersambung )

2 ulasan:

sebenarnya isu ini memang berat dan x boleh diambil ringan...sebab ia berat la ramai kalangan penonton spt saya dan anda mengambil berat ttgnya...kita tahu x seharusnya keadaan dalam cerita tu berlaku yg mmbelakangkan kebiasaan di dalam realiti...tp terjadi plak seolah2 pekara itu biasa berlaku..apa yg saya kisahkan melalui tulisan itu lebih kepada 'sejauhmanakah keadaan itu berlaku?'...dan 'macam ni ke sebanarnya yang terjadi di dalam masyarakat kita?'...untuk mengulas dari sudut hukum2 syariat saya bukanlah ahlinya..sbg org awam saya dapat lihat betapa x ikhlasnya drama ini ditayangkan...wallahu a'lam...

sememangnya, bahkan saya menyokong pendapat2 saudara spt yang tersebut. sekiranya sekelumit ikhlas tercampak di hati penerbit mhupun insan-insan yang terlibat dalam industri ini, pasti ianya jauh lebih baik dari sekarang. mungkin, mhu berpencak di medan media islami seperti seberang, tapi walau sedikit percaturan yang kacau pasti memberi impak yang besar kepada msyarakat awam khususnya..