21 Syaaban 1432 / 23 Julai 2011

Pagi Jumaat yang damai. Sepatutnya. Sambil-sambil terbang ke siaran langsung ijtima' di tanah air tercinta. Penuh semangat meresap ke dalam diri.

Tapi, ia terkacau.

..................................

Fitnah dan penipuan dan penindasan masih lagi tegar membuat onar. Benar-benar mengusutkan. Namun, keruhnya pada jiwa penindas itu pasti lagi besar, kerna berbuat cerita diamuk nafsu. Nafsu mahu kekal dan hidup bagai tak mahu mati.

Hidup yang bagaimana dimahukan? Allah, manusia bila sudah hilang rasa mahu bertuhan, beramal dan jauh sekali keyakinan pada kebenaran, bertopeng insani namun keji sekali pekerti.

Ya Allah, bantulah dan perkenankan doa-doa orang yang dizalimi. Berilah kekuatan untuk kami membanteras kezaliman mereka. Campakkan hidayah kepada mereka walau hanya secebis cuma..

Isu Mesir yang tidak sudah. Barangkali terkena 'kenan'. Masih ada sifat Hosni Mubarak melekat. Tak habis disental barangkali..

Ya Allah, Berilah nusrah kepada sahabat-sahabat kami ini. Usah dibiar mereka putus asa. Kuatkanlah semangat mereka untuk terus berjuang.

Pencerahan : Pencabulan hak mahasiswa Mesir akan dituntut


1 ulasan:

Assalamualaikum wbt
Bersabarlah menempuhi segala dugaan. Rasulullah saw dan para anbiya` pun menghadapi masalah yang sama sehingga dinyatakan dlm Surah AlAhqaf:35 فَٱصۡبِرۡ كَمَا صَبَرَ أُوْلُواْ ٱلۡعَزۡمِ مِنَ ٱلرُّسُلِ وَلَا تَسۡتَعۡجِل لَّهُمۡ‌ۚ (Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulul Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu).

Mereka juga pernah menghadapi situasi sebegini buat road-show menyebarkan fitnah merata2 dan dinyatakan dlm Surah AlQalam:11-12 هَمَّازٍ۬ مَّشَّآءِۭ بِنَمِيمٍ۬ (١١) مَّنَّاعٍ۬ لِّلۡخَيۡرِ مُعۡتَدٍ أَثِيمٍ Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai); (11) Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa;
Sesungguhnya hidup ini bagaikan putaran roda, apabila kita berada dibawah dan tiada kekuasaan (daulah), maka hendaklah kita bersabar dgn mehnah hidup. Wallahualam