17 Sya'ban 1432 / 19 Julai 2011


Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yg Allah kurniakn kepadamu. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepadamu.....

"Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung ni’mat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (ni’mat Allah). ( Ibrahim; 34 )"

Demikian besar nikmat Allah yg telah dianugerahkan kepada anda. dunia ini,beserta apa yag ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya; menguasi kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya. Jika kamu mengamati dirimu dengan teliti..kamu akan mendapati kamu telah diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, sepasang tangan dan sepasang kaki,.

"Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak kamu dustakan…? (Ar-rahman; 13)"

Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki..?

Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan suatu yang mudah sedangkan masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya..?

Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua belah mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang ditanggungnya.?

Pernahkah anda merasa nista ketika anda dapat menjamu makanan yang lazat dan minuman yang sejuk , sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang dideritai..?


RENUNGKANLAH::
Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana ALLAH menjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda akan terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit yang cantik yang terhindar dari penyakit gatal dan kudis. perhatikanlah juga fungsi otak anda! ALLAH telah memberikan kesihatan Aqal hingga terhindar dari kegilaan yang menghinakan. Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud.? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit.? Apakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berlian tetapi anda kudung?

ANDA sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan,tetapi,sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan,anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak,dan kesihatan anda yang stabil.

Anda seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal ana masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaikan, kenikmatan dan masih banyak yang lainya.

Oleh itu, renungkanlah dan bersyukurlah!

"Pada diri anda juga terdapat tanda-tanda kekuasaan AllAH.apakah kalian tidak memperhatikannya.?(az-dzariyat:21)"

Lihatlah diri anda,keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat dan dunia sekeliling anda. Dan janganlah termasuk di dalam golongan :

"Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari ALLAH, tetapi mereka mengingkarinya(An-nahl:83)"

................................

Allah, Allah, Allah! Tetapkan daku di jalan ini, juga sentiasa ingat dan sentiasa padaMu walau apa jua yang melanda diriku..

* Rujukan ; Jangan Bersedih, Dr. Aidh Al-Qarni


0 ulasan: