26 Rejab 1432 H / 28 Jun 2011


Mentari bangganya memancar,
Sekian lama ia teguh,
Bersaksi atas segala kisah ummat.

( Manuskrip Mushaf Al-Quran Andalus, kurun ke 12)

Hari ini,
Ku jejaki bumi Andalus,
Lewat bisikan hikmah,
Tunduk tafakur meratap.

( Empayar Cordova, tahun 1000 M, di zaman Al-Mansur )

Ku soroti kisah silam,
Berbagai warna dan rencah,
Diselit warna darah,
Calar basah,
Selaju air bah,
Mengalir,
Selebat air mata,
Jatuh menangisi alpa.

Ya Allah,
Ingatkanlah kami pada kisah,
Moga ibrah kemas tertancap,
Tak hilang walau jasad menyembah!

A later illustration, depicting the Jewish Soldiers fighting alongside the forces of Muhammed IX, Nasrid Sultan of Granada,
at the Battle of La Higueruela, 1431.

* Sumber Foto : Wikipedia

1 ulasan:

Assalamualaikum wbt
Sekadarmuzakarah sahaja.
Subhanallah! Mrk telah membuktikan dgn bersungguh2 berjuang melebar ke 2/3 keluasan dunia samaada mereka membunuh atau dibunuh sehingga tiada lagi fitnah di bumi Allah SWT. Surah AlBaqarah:193وَقَـٰتِلُوهُمۡ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتۡنَةٌ۬ وَيَكُونَ ٱلدِّينُ لِلَّهِ‌ۖ Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah.
Mrk juga menyahut cabaran Allah SWT bahawa akan terus berjuang sehingga bumi asalnya hanya diwarisi oleh orang beriman. Surah AlAnbiya`:105وَلَقَدۡ ڪَتَبۡنَا فِى ٱلزَّبُورِ مِنۢ بَعۡدِ ٱلذِّكۡرِ أَنَّ ٱلۡأَرۡضَ يَرِثُهَا عِبَادِىَ ٱلصَّـٰلِحُونَ Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh Mahfuz: Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh.
Itu semua sejarah yang telah berlalu dimana mrk telah membuktikan usaha2 mrk. Surah AlBaqarah:141تِلۡكَ أُمَّةٌ۬ قَدۡ خَلَتۡ‌ۖ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَلَكُم مَّا كَسَبۡتُمۡ‌ۖ وَلَا تُسۡـَٔلُونَ عَمَّا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang mereka telah lakukan. Bagaimana pula kedudukan dan usaha kita? Persoalannya, kaklau kita tidak mulakan sesuatu, kita tidak ada apa2 nilainya (Surah AlMaidah:68 لَسۡتُمۡ عَلَىٰ شَىۡءٍ حَتَّىٰ تُقِيمُواْ ٱلتَّوۡرَٮٰةَ وَٱلۡإِنجِيلَ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكُم مِّن رَّبِّكُمۡ‌ۗ Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu agama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran). Wallahualam