12 Jamadil Akhir 1432 / 15 mei 2011

Salamun Alaik. Wa solatu 'ala nabiyyina.

Bulan Mei sudah menjejak angka separuh. Esok pula Hari Guru. Mudah-mudahan Allah memberi keberkatan atas segala ilmu yang dicurahkan oleh semua guru-guru dan murabbi saya yang berada di seantero dunia.. Moga Allah mempermudahkan segala urusan kalian.

Banyak peristiwa besar berlaku pada bulan ini. Peralihan kuasa dan kepimpinan MPPMJ di awal bulan Mei, dituruti dengan AGMnya pada 8 Mei lalu mula membahangkan suasana panas pilihanraya seluruh Jordan. Dari persatuan zonnya tak lupa juga kepada Badan Kebajikan Anak Negeri. PERMAI sudah, PRISMA pun sudah. AGM sahaja menunggu masa. PERMATA kini mula membahang hangat.

Alhamdulillah, selesai juga pilihanraya KMKJ yang mendebarkan hati. Mendahului badan-badan kebajikan anak negeri yang lain. Sememangnya agak hangat pilihanraya kali ini... Apapun, keputusan telah pun keluar. Saya yakin PERMATA masih lagi ramai calon yang berkaliber untuk mengisi kekosongan jawatan Presiden PERMATA dan Pengerusi HELWANIS serta barisan AMT dan ALT yang akan datang. Insyaallah.

Tahniah buat Us Ihsan Fadli dan Kak Nurhidayah atas taklifat peneraju penerus kesinambungan kepimpinan KMKJ ini. Mudah-mudahan nusrah Allah sentiasa bersama kalian. Membawa wadah aspirasi Islam biar terus mekar dalam setiap diri anak-anak perantauan Kelantan di bumi Jordan ini juga buat semua tolabul ilmi di tanah permusafiran ini.

Masih berbaki beberapa ketika untuk menyelesaikan beberapa taklifat sebelum menyerahkan tugas secara rasmi kepada mereka. Masih banyak kelompangan yang perlu diperbaiki, mudah-mudahan dengan kepimpinan baru mampu melaksanakan amanah ini lebih baik dari kami.

Bagai mimpi sudah hampir setahun berlalu. Taklifat yang diterima dengan air mata bukan sesenang dengan mengesat dengan tisu sahaja air mata yang mengalir itu. Adakah sudah tertunai segala amanah itu. Allah jua yang mengetahui. Manusia, hanya mampu menilai dari luaran. Kita memikul amanah bukan hanya dengan kata-kata manis, bahkan perlu ditelan segala pahit kejian dan nista.

Biarlah semua cerita itu tersimpan. Mudahan berguna menjadi pedoman buat kemudian hari. Moga-moga dengan ingatan itu diri ini tidak mengulangi segala kesilapan lampau.

Memegang amanah kepimpinan. Bukan impian yang disukai oleh semua orang. Penuh suka duka, menagih pengorbanan yang tiada ternilai harganya, mengalihkan tumpuan diri, menuntut komitmen yang bukan sekali. Namun bukanlah ia bukanlah penyebab kepada kita untuk menolak sebarang jawatan yang ditaklifkan kepada kita.

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa kami, jangan hijabkan kami dengan dosa-dosa ini dari rahmat dan kasih sayangMU


Kepimpinan bagaimana yang perlu kita wujudkan?

.. bersambung..


* Ramai orang tanya, AGM Kelantan bile.. Gulp.. : )

0 ulasan: