6 Jamadil Awal 1432 / 10 April 2011


Alhamdulillah masih lagi bernafas dengan nikmat iman dan Islam.. Nikmat termahal yang tiada tukar gantinya.


Miasat terbang ke JORDAN??


Dah lama sudah ia berlalu. Sudah tiga tahun. Dan saya pun telah meninggalkan bumi damai dan tenang itu.


MIASAT 08 itu penuh dengan kenangan. Kenangan perkenalan, kenangan mengendalikan program besar buat pertama kali, kenangan berbincang dengan murabbi falak kesayangan, dan bermacam-macam lagilah..


Jua tidak pernah melupakan MHT 07 yang menjadi peritis program LATERINFO PERKEMAT DQ.


Dua program ni penuh erti dan suka duka.

[ sekurang-kurangnya membawa dimensi baru dalam dunia Huffaz dan DQ ]


Siapa sangka, bumi DQ tu tempat antara tempat yang tercantik untuk mencerap cakerawala! Allah. Masih segar saya berjalan malam dari asrama ke hujung rumah warden bila 'group' Falak Online datang buat cerapan bersama kelab Astronomi UIA.. [ tentu Naim , teman sebilik senyum comel bila ingat keterujaan saya pada malam itu ]


Dulu, bila keluar dari bumi Maahad [ cuti pertengahan tahun 2006 yang tergesa-gesa ; Jelajah Falak dari Terengganu bertemu murabbi falak Us.Mohd Nor , Allahyarham Haji Ghani kemudian ke Melaka menyertai ahli falak mencerap anak bulan ( lupa dah bulan berape ), kemudian bermain-main di Pusat Sains Negara dan beberapa tempat lagi, dengan tidak disangka mendapat panggilan telefon dari DQ, terus menjelajah ke Kuala Kubu Bharu tiga hari kemudian ], dirasakan sudah terkubur di situ penjelajahan dan angan-angan bersama bintang.


Bintang-bintang itu selalu menemani saya sedari tingkatan menengah bawah di Maahad. Di maktabah, ada carta galaksi yang terpamer selalu sahaja ditatap di samping tak jemu membelek majalah Kosmik [terutamanya ruangan astronomi]. Kelab Falak, pada awalnya menjadi idaman [ nak buat macam mana, lambat dan asyik penuh je penyertaan < diaulakan kepada kakak-kakak menengah atas> ] akhirnya saya sertai tatkala sudah di tingkatan empat. Alhamdulillah.


Bertahun-tahun saya di Maahad sampai ke DQ juga musafir ke tanah Syam, ustaz Mohd.Nor masih setia di Maahad. Ditambah dengan amanah menjadi warden Aspuri, di situlah tempat ustaz menabur bakti buat mendidik anak-anak puteri yang baru nak mengenal erti hidup berdikari. Mencetus revolusi dalam mendidik anak-anak Aspuri. Tarbiyah ala tentera la katakan..


Alhamdulillah, kelab Falak Syari'e di Maahad semakin maju sejak kedatangan ustaz. Semakin tertanam rasa cinta pada Ilmu ini. Saban tahun saya pulang ke Maahad menjenguk adik-adik dan para asatizah, takkan lupa bertemu mata dengan ustaz. Hinggalah MiASAt 08.


Masa itu, masih lagi hangat dengan kejayaan Syeikh Muzaffar, keterujaan seorang pegawai iCt DQ menggamit kami untuk bekerjasama menjayakan satu program berasaskan konsep astronomi. Namun, perpindahan beliau menggugat perancangan yang telah dibuat.


Apa yang harus dilakukan? Kertas Kerja sudah dihantar ke pihak HEP.


Tika ini alternatif perlu dicari. Dengan persetujuan rais, kami cuba membuat perubahan dan menukar pengisian namun berasaskan benda yang sama. Tak salah kan kalau mencuba. Saya lantas teringatkan ustaz. Alhamdulillah, di pihak muslimin juga ada pakar falak. Syukran ye dik Ashcroftstylus Az.


Cuti pertengahan semester, saya pulang merisik ustaz andai sudi berkongsi ilmu dengan anak-anak didiknya di DQ. Alhamdulillah, respon positif menghilangkan sedikit rasa gusar.


Akhirnya, ustaz sampai juga ke bumi DQ. Bumi yang juga ustaz rindukan untuk menjejakkan kakinya. Kami sambut kedatangan ustaz dengan tahmid kesyukuran. [ walau di saat akhir ustaz hampir membatalkan kedatangannnya ke DQ, dek kerana anaknya sakit. Namun ustaz kuatkan diri memandu membawa teleskop besar dan bermacam-macam lagi alatan dari bumi Kelantan tercinta ]


Seakan mimpi apabila ustaz sudah berada di depan mata. Memberi penerangan kepada sahabat dan sahabiah DQ walau mereka terkebil-kebil tak faham tatkala membuat latihan aplikasi. Peluang bertukar pendapat, berkenalan lagi dengan pakar falak di Selangor [ hitungan waktu solat dan penggunaan alat menentukan arah kiblat ], Dr Hassan Syukri sememangnya satu pengalaman yang tidak pernah terduga.


Petangnya, kami anak-anak Maahad berkumpul duduk semeja. Maklumlah, bukan senang hendak bertemu. Saya tunjukkan juga draf awal tesis yang entah apa-apa. Ustaz dengan senang hatinya membetulkan, menambah apa yang sepatutnya. Memberi rujukan, dan paling menggembirakan ustaz sudi menjadi penyelia tesis tak rasmi saya !


Ustaz juga tak puas berkongsi cerita. Seronok. Apa yang lebih mengujakan, apabila ustaz menunjukkan draf perancangan untuk kursus Diploma Falak Syarie yang sedang dilakar [ kalau nak tahu, inilah Diploma Falak Syarie yang pertama sekali ada di Malaysia. Ditawarkan di Kolej KIST, Bachok, Kelantan ] dan buku tulisan ustaz yang berkisar tentang arah Kiblat. Tidak putus ustaz memberi semangat dan menunjukkan bermacam-macam perkara kepada saya [ Allah, ustaz nak buat saya cemburu dengan adik-adik kat Maahad ! ]


Malamnya, saya mencuba mengendalikan teleskop besar yang dibawa ustaz, mencari bulan yang malu-malu menyinar di balik awan yang makin menebal. Rezeki saya sempat tengok permukaan bulan yang cantik berkawah, sebelum terlindung tak nampak-nampak bila semakin ramai peserta MIASAT hadir selepas 'Isyak. Subhanallah, walHamdulillah! Rupanya ramai juga huffaz teruja nak tengok bulan. :)


Esoknya, SIHAT dQ mengganti acara. Melambai-lambai ustaz yang mahu berangkat pulang.


...............................


Sememangnya rujukan berkenaan astronomi Islam di Malaysia sangatlah terhad. Juga, pakar falak Muslim di Malaysia hanya ada beberapa orang sahaja di Alam Melayu ini. Rujukan lama karangan ulama-ulama tanah air, tersimpan khas menjadi manuskrip berharga kebanyakannya dalam bahasa arab sangat sukar untuk diselidiki. Inilah yang saya alami tatkala dalam usaha menyiapkan kajian ilmiah yang diwajibkan kepada kami para penuntut tahun akhir. Kunjungan ke Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM menemukan hanya tiga ke empat buku sahaja yang membahaskan tentang ilmu falak. Memaksa saya mencari alternatif lain lewat kertas-kertas kerja yang ada selain laman-laman web astronomi. Walaupun begitu, kepuasan sememangnya tidakkan terungkap dengan kata-kata apabila diserahkan tesis yang siap berjilid hijau kepada penyelia tesis yang amat saya hormati [ dahla satu-satunya puteri antara banyak-banyak anak murid tesis Ustaz Yusri Mazlan ]


Di bumi Jordan ini, di jazirah Arab yang menjadi lubuk bermacam ilmu masih belum saya ketemu lubang untuk meneroka ruang lingkup astronomi Islam. Barangkali rasa sendiri, tambahan tiada langsung nota astronomi dibawa, seakan mahu tumpul semuanya. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit wasilah yang Allah titipkan, kembali memberi rasa walau dalam kepayahan. Insyaallah, moga Allah memberi ruang untuk saya terjun lebih jauh dan serius dalam bidang yang sangat saya cintai ini.


Mudah-mudahan Ustaz juga mendoakan saya dari jauh, meredakan segala ilmunya yang telah tercurah untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat di dataran Syam ini.


Jumpa di KOSMIK 11 ya!


* Rasa dalam debar. Ya Allah, yassir wa sahhil umuurina!


0 ulasan: