7 Jamadil Awal / 11 April 2011

Allah mahu berbicara,

Biar diri sentiasa sedar,

Hidup bukan hanya untuk suka..


Walau saban kali duka itu mencalar,

Merobek sanubari,

Tersungkur rebah, tiada daya menongkah,

Hembusan InayahNya,

Tiada pernah reda..


Siapalah aku di sisiNya,

Tatkala merintih,

Walhal apa yang terjadi,

Tidaklah selelah kisah baginda,

Mahupun sesulit ranjau cita pendokong,

Penerus kebenaran jalanNya.


Dan nikmat tuhan manakah yang kamu dustakan?!


Sekalah tangisanmu,

Walau titisan air mata dan keringat di jalan ini,

Sesekali takkan menyamai,

Darah yang mengalir deras,

Bagai air bah membasahi bumi gersang,

Namun, aku tahu,

Kita sedang menuju ke arah itu.


Allah, Allah, Allah,

Dambaan kami NusrahMu..

0 ulasan: