28 Safar 1432H /1 Februari 2011

Dalam diam,
Tak putus diutus,
Jutaan doa dan pengharapan.

Aku,dia dan Mereka,
Sama musafir perjalanan,
Namun, dugaan datang menimpa mereka,
Tetap tak putus menghantar isyarat cemas di hati.

Tanah itu,
Suatu kebanggaan buat ummat,
Jua menitip pelbagai cerita dan ibrah tersendiri,

Kini,
Menanti detik sejarah dicipta,
Berselang harapan,
Moga Mereka bukan mangsanya.

Mesir,
Bumi Anbiya menitip seribu rahmat,
Namun jangan lupa,
pernah ada sejarah kejam di sana
Barangkali Mubarak itu,
Tercabut sudah segala rasa,
dari Manusiawi kepada Haiwani.

Gusar tak pernah hilang,
Andai satu jiwa ternoda darah
Dengar wahai penzalim,
Tiada pernah ada maaf buatmu!

Walau di Mesir menghantar angin,
Ku yakin di tanah air,
Mampu mencium angin yang sama,
Mustahilkah meledakkan kembali,
Taufan di tanah tercinta?

Andai tiada mahu beringat,
Usah disalahkan sesiapa,
Bila sudah menjadi bubur.


* Dalam resah berbau doa buat semua sahabat dan kenalan yang bermukim dan bermusafir di Mesir. Moga Allah melindungi mereka semua dari segala kejadian yang tidak diingini. Semoga selamat keluar SEMUANYA ( harap tiada siapa berkecuali dan terkecuali )

* Debar memalu menanti khabar mereka. Mansurah > Kaherah > Alexandaria.. [ MESIR ]

* Hujan sepanjang minggu di bumi Urdun. Petanda apa? Kabus di Karak Castle, menutup pandangan, menghantar gerimis di hati.

* Mencanai aulawiyat buat kefahaman. Maaf, mungkin ada yang terguris saat mahu diberi pelajaran. Tak semua pengalaman itu manis kan!

0 ulasan: