12 Safar 1432 /16 Januari 2010


Berakhir sudah FESMAK 2011 petang tadi..

Masih terasa hangat pelukan dan salam perpisahan dari adik-adik dan sahabat se-Jordan Kelantan sebelum kami bersurai dari tempat program..

Juga, moga kelelahan yang bersarang di kalangan para ajk pelaksana ( Tribute khas untuk team FESMAK 2011 ), menjadi pemberat amalan kalian di mizan kelak. Insyaallah.

Hampir 65 peratus warga Kelantan se-Jordan berkumpul di perbukitan syuhada' Mu'tah memberi seribu rasa. Selepas berhempas pulas di medan imtihan, bertemu merapatkan jurang ukhuwwah yang terpisah oleh lautan pepasir yang sesekali terbang di bawa angin musim..

Moga tak henti di sini.. Alhamdulillah, peluang untuk bertemu dengan semua ahli akhirnya datang. Allah sangat memberi kasihNya walau seribu cabaran yang dihadapi oleh para ajk pelaksana. Jua, lebih mendekat diri ini dengan seribu rasa dan cerita yang mendiami hati-hati semua adik beradik, terutama warga permukiman Mu'tah, serta pimpinan KMKJ yang lain..

Sungguh, bila kita sudah merasai nikmat persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam, tiada lah lagi yang boleh menjadi galang ganti. Bila semuanya disandarkan hanya untuk keredaan dariNya.

Masih juga segar peringatan dan motivasi berharga di pagi dinihari Jumaat yang disampaikan oleh K.Raihan ( a.k.a Timbalan Biro Dakwah dan Tarbiah ) , memberi sedikit inzar dan mengubat segala keresahan yang bersarang di jiwa..

Ya, bila semuanya hanya disandarkan kepadaNya. Usaha, doa semestinya diiringi tawakal pada setiap perkara yang kita lalui. Andai kejayaan itu Allah tangguhkan buat kita, us terlalu bersedih. Yakinlah masih ada ruang untuk kita, sekadar memberi ingat kita ini bukanlah apa-apa. Tiada kuasa. Dia sahaja yang layak memberi. Andai bukan sekarang, Dia takkan jemu mendengar rintihan dan segala senda sendu kita.. Ya, takkan sesekali. Mungkin juga ada kegembiraan yang lebih besar tetapi sedikit terlambat yang mahu dihadiahkan kepada kita..

Antara pesanan dari yang dititipkan apabila menghadapi sesuatu musibah@kesedihan :

1) Hendaklah kita menyebut - إنا لله وإنا إليه راجعون

2) Ya Allah, aku reda dan menerima ujian Mu ini Ya Allah

3) Ya Allah, Kau gantikanlah untuk aku sesuatu yang terbaik lebih baik dan terbaik dari ini.

Insyaallah, moga kebesaran jiwa untuk menerima sesuatu ujian atau dugaan akan lebih utuh..

Dinginnya pagi menghembus suatu nafas yang menenangkan sanubari. Melihat wajah-wajah yang masih baru mendiami bumi Syam, memberi semangat yang bukan sedikit. Bicara ditamatkan bagi memberi laluan kepada agenda utama. Riadhah dan sukan.

Keletihan dan kepuasan terpancar dari riak wajah mereka. Sekurang-kurangnya sesekali berkumpul senegeri, tentu banyak sekali cerita turun- temurun warisan yang ditimbulkan. Malah, rupanya pernah bersekolah di madrasah yang sama, sedaerah dan sebagainya. ( Rupanya, ada lagi kerabat keturunan Machang di Jordan ni.. )

Bermain, bertanding sekadar suka-suka melepaskan perasaan yang terbuku, di samping melatih skill yang terpendam, sedikit sebanyak meredakan rasa gelisah yang berkumpul. Bermacam gaya dan aksi terpamer. Juga bermacam lagu sorakan semangat antara 4 daerah yang berentap. Jeli, Gua Musang, Rantau Panjang dan Pasir Mas .. ( Sek-sek Gua Musang, kite menang sorak pun jadi la ye! )

" Apa yang penting, UKHUWWAH "

Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan untuk kita bertemu, memaut ukhuwwah, mudah-mudahan padu jalinan yang terikat. Moga-moga kalian tak segan untuk bertamu lagi ke Mu'tah ( walau salji belum turun )

Juga, jikalau bertandang ke Irbid atau ke Mafraq, tidaklah terlalu risau mahu singgah. Ada adik beradik yang melambai-lambai menggamit untuk tidak terus pulang.

Kita jumpa lagi andai diizinkan ruang oleh Dia Yang Maha Tahu!



* Cerita perintis Yarmouk YIk ( si manis ), meminta dibekali semangat untuk terus berjuang. Insyaallah, kalian di sana kerana kalian kuat.. Dia kan lagi Maha Dengar , Maha Lihat, setiap butir titisan air mata yang tumpah dan keluhan. Usah jemu dik.. Juhud mesti gembira .. Ok!

* Maghi la jale Mu'tah lagi deh lepah ni... Pintu sentiasa terbuka tak sabar menyambut senyuman kalian..

1 ulasan:

xpo2, yg penting, guo muse johan keseluruhan. jumpa lg d FESMAK 2012, insyaAllah