3 Safar 1433 H / 28 Disember 2011 M

Lempeng yang nipis tiba-tiba penyek. Jadi macam apa ya!

Keadaan pelajar-pelajar Malaysia yang agak lewat sampai ke Mujamma' Idari untuk subjek English II.  English 1, bagaimana keadaan anda. Mudah-mudahan sihat-sihat sahaja. Penyek-penyek pun biar berbaloi dengan markah yang bakal diumumkan nanti. Insyaallah, semoga segala urusan kita semua dipermudahkan Allah.

Inilah cabaran.. dan dugaan...

Cuti seminggu sebelum berhempas pulas untuk 5 madah yang masih berbaki. 

Tafsir wa Manahij Mufassirin - Manahij Naqad - Fiqh Lughah - Syair Abbasi - Masodir Dirasah Lughah wal Adab

3 hari sahaja untuk kelima-limanya. Dua hari 4 madah [ sehari dua madah ] dan penutupnya Manahij Naqad.

Ya Allah, sahhil umurana.
 
.....................

Minggu lepas, dan minggu ini.

Semua sudah sibuk untuk persiapan imtihan. Terketar-ketar bila malam mahupun hujan menyapa. Namun, masih lagi tak lupa untuk bersosial dan berukhuwwah.

Hujung minggu lalu, sewaktu McD 2.0 anjuran Biro Kebajikan dan Penempatan PERMATA memanaskan dewan makan Abbasiah, kesibukan menjadi pelayan meja aka waitress tidak menghilangkan rasa seronok melayan kehendak teman-teman sambil bermacam ragam mereka. Ditambah menu-menu yang tersedia sangat menyelerakan. Makan sambil beramal.  Tambah menyerikan, video-video Short Movie Contest yang ditayangkan semuanya sangat menarik dan menyentuh hati. 

Tiada yang benar melainkan yang benar semata-mata. Kerna ia semua cerita, cerita kita bersama kan! Adik Beradik PERMATA JORDAN. MOga Allah terima dan reda.

Dua Dunia, FriendZ, Swendee, Bayt Bustan, dari Akademi Debat pun best juga serta beberapa lagi klip video yang tak tersebut namanya.



[Dua Dunia]

Skrip dan pelakon yang mantap. Tahniah. Bergegar rasa Solah Abbasi masa pertama kali ditayangkan. Alhamdulillah, lagi meluas jaringan dan pahala bila sudah tersebar di mana-mana. FB Oh Media contohnya.


[ Swende ]

Sedap juga minum cappucino bila sejuk-sejuk begini. Hangat dan wangi, bak ukhuwwah yang sedang merekah.

[ Friendz ]


[Bayt Bustan & UG Indah]

Ini pula cerita-cerita kecil yang besar nilainya hasil tangan akhawat. Adik-adik yang kegeraman kepada pakcik gas. Lucu bercampur geram, sebab memang itulah hakikatnya.

Tak apalah adik-adik, masa nak telefon tu baca doa banyak-banyak, selawat, moga pakcik-pakcik yang menghantar gas itu cepat sampai dan tak jemu nak jual gas pada kita.

Tetaplah kita sedaya menjaga nilai adab budi pekerti serta tutur kata, mudahan terbentuk Qudwah untuk generasi kita seterusnya.


[ Aku Seorang Kawan ]

Semua cerita sedih-sedih, tapi cukup dalam kesannya kepada hati-hati yang basah. Yang masih bertatih untuk mengenal apa yang yang perlu kita garapkan untuk sebuah ukhuwwah.


Untuk PERTAMA 12 nanti, jom kita pakat-pakat serbu dengan buah tangan teristimewa untuk seluruh warga Jordan.


[ Jamiah Mu'tah masuk TV al-Hijrah ]

* Kembang semangkuk lah pelajar Lughah 'Arabiah wa Aadabiha. Siap boleh syarah Kitab Al-Hidayah lagi. 

Amacam, seronok tak jadi budak Lughah?
..................

Barangkali, fasa-fasa penghujung tahun ini ialah era revolusi filem-filem dakwah yang sangat mengesankan. Bukan setakat revolusi politik, ekonomi dan sosial. 

Alhamdulillah, banyak hasil tangan anak-anak muda yang segar mindanya tak mahu terjajah sudah mendapat tempat. Kalau dahulu ada video yang menghina Islam, sesuka hati bercakap mengikut nafsu, nah, sekarang kita timbal balik dengan cerita-cerita, kisah sirah yang menambah iman. Moga terbuka mata seluasnya dan jiwa untuk bertaubat kembali ke pangkal jalan.

Apa yang penting, tentu sekali ada saham berpanjangan untuk empunya idea, cerita, pembawa lakon layar, mahupun sesiapa sahaja yang terlibat. Asalkan ikhlas menghiasi kemuliaan diri. 

Islam, makin cantik dan indah di mata ummah. Tertegak sunnah, terhapus bid'ah maka tertutuplah jalan menuju kesesatan.

Mudah-mudahan sentiasa teguh dan Istiqamah, terpadang di sisi ahli langit.

.....................

Semester dan tahun yang penuh cerita hampir berlalu. Ada cerita dia, ada cerita kita, ada cerita mereka, warna warni bak pelangi, ada juga suram disapa mendung, semua kemas dan kejap tersimpan dalam memori dan foto.

Semoga menjadi iktibar dan peringatan buat hamba ini terus melangkah kemas, bangun walau terjatuh,tetap menyapu penawar biar sembuh segala luka yang tercalar.

Perjalanan sebuah kehidupan, perlu ada bermacam kisah agar kita takkan lupa peranan kita, siapa kita hanyalah hamba yang hina, tujuan penciptaan hanya buat mengabdi buat Khaliqnya.

* Lempeng penyek longlai selepas Imtihan.
[ Ini imtihan paling mencabar fizikal - nasib baik tak keluar buah silat ke taekwando ke karate ke kan ! - ]

* ___ *

27@28 Muharam 1433 / 22 Disember 2011

ٍSegarkan diri dengan iman dan amal. Suria tetap tersenyum untuk kita. Insyaallah !

عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: آُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ یَوْمًا فَقَالَ: (( یَا غُلاَم! إِنِّي أُعَلِّمُكَ كلِمَاتٍ: اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ یَنْفَعُوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ یَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوْا عَلَى أَنْ یَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَم یَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ )) رواه الترمذي وقال حدیث حسن صحيح

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya).

***************

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi.

Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.

Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:

Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.


HURAIAN DAN INTI SARI

Sabda Rasulullah saw…"Jagalah ALLAH nescaya engkau mendapati-NYA di hadapanMu..” maksudnya hendaklah beramal kerana-NYA dengan penuh ketaatan sehingga ALLAH swt tidak memandangmu sebagai orang yang menyalahi perintah-NYA, nescaya kamu akan mendapati ALLAH menjadi penolongmu diwaktu kesusahan.


Sabda Nabi s.a.w: “ Jika engkau meminta,mintalah kpd ALLAH,jika engkau meminta tolong mintalah tolong kpd ALLAH s.w.t” memberikan petunjuk supaya bertawakal kpd ALLAH,tidak bertuhan kpd selain-NYA, tidak mengantungkan nasib kepada siapa pun baik sedikit ataupun banyak.ALLAH berfirman maksudnya:
"Dan sesiapa bertawakal kepada ALLAH, maka ALLAH pasti akan memberinya kecukupan."

(Surah al-Talaq 65:3)

PENGAJARAN HADITH

Ø Sesiapa yang menjalankan perintah-perintah ALLAH s.w.t. nescaya Allah akan menjaganya di dunia dan di akhirat.

Ø Beramal soleh serta melaksanakan perintah ALLAH s.w.t. dapat menghindarkan bencana dan mengeluarkan seseorang daripada kesulitan.

Ø Jangan meminta apa pun selain ALLAH s.w.t..

Ø Pergunakanlah masa mudamu untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan.

Ø Orang yang selalu bersyukur kepada ALLAH s.w.t akan mendapat perhatian, pertolongan dan perlindungan

Ø Hanya kepada ALLAH s.w.t. kita panjatkan doa dan meminta pertolongan kerana DIA MAHA DEKAT,MAHA MENJAWAB,MAHA KUAT dan merupakan zat yang tidak pernah bosan memberi. Meminta pertolongan kepada selain daripada ALLAH s.w.t merupakan kehinaan, kerendahan dan kelemahan.

Ø Kita hendaklah bersabar dgn musibah yg didatangkan drpd ALLAH s.w.t. KEMENANGAN hanya akn diperolehi dgn KESABARAN..Kita juga hendakalah sabar dengan perlakuan tidak baik org lain kpd kita.
 ..............................

Tertarik untuk berkongsi ini juga dengan kalian. 

27/28 Muharam 1433 / 22 Disember 2011

Mentari pagi masih lagi bersinar ceria hari ini. Walau semalam mendung dan dinginnya meresap ke sum-sum, Alhamdulillah atas segala penerusan kehidupan.

Tahniah diucapkan kepada semua graduan yang Insyaallah akan bergraduasi pada pertengahan Januari depan.. [ Kena hadapi Imtihan Nihai dahulu yer! ] Insyaallah mudah-mudahan Allah memberi kemudahan untuk kalian berjaya dengan cemerlang.. Melaram dan posing sakan ye semalam!. 

Seronok sangat tengok Haflah Khirijin Lilwafidin semalam. Walau hanya seketika di dalam dewan, bertambah sedikit gerun bila bunga api tu naik tinggi masa akhawat ambil sijil.

Kalau kira ini kali ke-2 batch KAMI konvo. [ batch tajsir / bridging program ]. Sem lepas rasanya dalam empat orang lebih yang dah grad..Mungkin sekarang sudah berkhidmat @ bekerja mengikut posisi masing-masing. Ditambah dengan senior-senior batch atas - majoritinya pangkat adik dari saya !. Agaklah ramai juga.

Melihat teman-teman seperjuangan mengambil sijil masing-masing, bangga bercampur sedih.

Mudah-mudahan kejayaan mereka buat pembakar semangat untuk saya dan baki sahabat yang masih bertungkus lumus menghabiskan baki pengajian.


................................


Tinggal sebulan lebih lagi untuk bersama mereka.

Kakak-kakak yang sering bermain emosi dan suka. Tempat bermanja dan meminta nasihat. Mendengar pengalaman yang tidak sedikit.

Masakan boleh lupa ucapan sebak tangis itu!

 KakakS, bila balik jangan lupa kat kami ni. Doakan kami tetap melangkah. Tetap senyum walau setiap semester ada yang bakal pulang.

Tabahkanlah kami hingga yang terakhir berjaya khirij dengan cemerlang.

Masing-masing sudah membilang semester baki yang tinggal. Selalu bergenang air mata bila terkenang detik-detik perpisahan yang bakal datang.
KakakS mesti belajar bersungguh-sungguh tau!

Ni semester akhir kakakS kat sini.

Maaflah semalam tak tunggu nak ucap tahniah atau snap gambar dua tiga keping, tapi saya rekod tau masa kakakS naik pentas. Tengok seorang-seorang naik pentas dengan mata hampir basah.

Tak apalah, moga kakakS sentiasa semangat dan bahagia.

KakakS, jangan rindu tau kami kat sini bila dah nak pulang nanti. Jangan rindu-rinduan bayt ini, kampung kita itu juga. Saat gurau sendu kita tu kak..Saat muka tension tampak melalui lirik mata juga. Saat bertempuk tampar itu pun !

* _____ ^

Oh ya kakakS, nanti nak pergi mator Queen Alia, kami nak chop awal-awal seat. Jangan lupa tau. Kalau tinggal, tak nak kawan!
Ni ha kakakS, pi dengar amanat-amanah pegawai-pegawai dan ustaz-ustaz kita, dengar dalam-dalam, biar lekat. Nanti bila dah pulang nak berbakti, mesti terngiang-ngiang kata-kata tasyji' mereka nih.

KakakS, mohon maaf kalau adik ni banyak buat 'habits' pelik sepanjang perkenalan kita. Mesti kakak akan ingat, kalu sudi lah untuk simpan dalam peti memori.

.....................................


Oh, baru bulan 12, awalnya wish!

Tapi tak pe kan kakakS. 

Nanti kalu tak dan, sapa yang menyesal. Kita jugak kan. 

Tak adalah kakak, ni nak bakar semangat kakak buat sehabis daya dan bersungguh-sungguh nihai nanti.

Nanti balik Malaysia sana, ingat tau, guna sebaik-baiknya Ilmu yang dah dikutip untuk terus berbakti. Pada keluarga, pada ayahanda bonda, pada keluarga yang bakal dibina, buat makcik pakcik kat kampung atau anak-anak muda setaman ke, terpulang la kakakS nak terus menyumbang di posisi mana.

Mana tahu, bila balik nanti, kakakS dah jadi orang ternama di kampung atau taman perumahan tu kan ! [ takpun peringkat Negeri ke.. ]



Oklah berhenti sini dulu, simpan separuh tuk di mator nanti. 

Mudah-mudahan ada kesempatan tuk kita berfoto mesra sebelum kalian pulang. Ingat tau, tempah Solah [ eh silap Foto ] Usmani pun jadilah yer.. Dengan warga ' balik kampung kita ' juga dengan titisan embun itu dan semuanya la.. Tak kisah la siapa pun. 

Ukhuwwah FILLAh abadan- abada

_________________

* KakakS, ada kakak ada adik ada sebaya ; semua untuk kamu iya!


25@26 Muharam 1433 / 20 Disember 2011

 Alhamdulillah, masih diberi nikmat bernafas dalam Iman dan Islam. Masa mesti dimanfaatkan sepenuhnya..

Saya tertarik untuk berkongsi ini dengan saudara Muslimah sekalian.. Moga ada manfaatnya ya!



~♥ KETIKA HATI DAN JIWA MUSLIMAH TERLUKA ♥~


Ketika hati seorang muslimah terluka, ia akan menghapus air matanya dengan imannya. 

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya.
Ketika hati seorang muslimah terluka, hati-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya. 

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka, wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia.
Ketika hati seorang muslimah terluka, bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka, matanya basah oleh lembutnya hatinya.

Ketika hati seorang muslimah terluka, dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar.

Ketika hati seorang muslimah terluka, jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka, akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya.

Ketika hati seorang muslimah terluka, tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya.

Ketika hati seorang muslimah terluka, tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna.

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia gunakan kesedarannya untuk menjaga perasaan orang sekitarnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka, air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya.

Ketika hati seorang muslimah terluka, jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya.

Ketika hati seorang muslimah terluka, hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka, dia tetap meneruskan liku-liku hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka, kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar.

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH. ♥
Hidup perlu diteruskan.. Usah dikelabui masa depan, Dekatkan dirimu kepada tuhan, sibukkan diri dengan ilmu dan tarbiyah..
˙·٠•●❤ Tabahkanlah HATIMU duhai MUSLIMAH disaat dirimu TERLUKA. Anggaplah ujian ini sebagai ANUGERAH TERINDAH dari-Nya. Kerana Dia ingin sentiasa dekat dengan dirimu. Insya-Allah, Allah SWT sentiasa bersamamu.❤●•٠· 
 .......................
* Jangan tension-tension, musim imtihan perlu jaga emosI. Kejayaan sedang menanti untuk dilunaskan..
* Mesti Kuat dan Tabah untuk ISLAM
* Copy n Paste dari FB..

22 @ 23 Muharam 1433 / 17 Disember 2011

Saat itu sudah lama berlalu. Cuma sengaja diperamkan beberapa ketika biar masak ranum memori yang terpahat.

Indahnya ukhuwwah itu bukan semata bertemu ketika berhalaqah, bertDi, atau nama ala-ala Korea gitu, ' BULATAN GEMBIRA ', bukan juga tika kelucuan mengenakan Birthday Person, ucapan salam Imtihan, ziarah menziarahi antara satu sama lain.

.............

Bahkan ia lebih dari itu.



Nama-nama sahabat pun sentiasa meniti doa di bibir mereka.

Tapi, benda-benda yang 'simple' macam ini selalu orang lupa nak hargai. Bahkan sering pula melupakannya. Saya sendiri bertatih untuk itu.
>______ <

Bukan semata item-item yang saya sebutkan di atas. 


Hari ini, kita mungkin sukar untuk memberi, sekurang titipkanlah doa yang penuh keikhlasan buat semua insan yang ada di samping.

Hargailah nikmat persaudaraan yang telah bertunas, berusaha untuk memberi walau tak sebesar mana di pandangan mata.

Usia pula, semakin hari semakin bertambah dan bertambah. 
Air yang bah pasti surut, keruh yang bergenang pasti mendap seiring masa yang telah berlalu. Bagaimana dengan pengisian kita selama ini.

Sudahkah menepati kualiti jilul Al-Quran asuhan Rasulullah s.a.w?

Atau hanya seperti buih-buih di lautan. Hanyut dan hancur dihempas ombak. Badai adakalanya besar menggunung, jarang sekali mahu tenang .



Tanyalah sanubari, sudahkah persiapan lengkap segala untuk menempuh pancaroba dunia? Relakah berhadapan dengan Tuhan tanpa sebarang bekal, hanya sesuatu ?

Kerna itu, masa tidak boleh ditangguh untuk beramal.

Hargailah ketika yang anda ada, kerna hanya ada satu masa yang kita miliki. Apakah ia?

............................. Masa SEKARANG ..............................



 
Kasih sayang itu,
Tiada perlu diluah,
Bukan didengar,
Lewat mata dan kata-kata..

Bahkan,
Cukuplah hanya dirasa,
Hangat,
Bisa mencair salju,
Walau dingin membeku..

 
Ya Allah,
Kukuhkan cinta ini, 
Semarakkanlah mahabbahnya.
Biar tertebus segala rasa,
Tiada pernah kecewa,
Walau pernah tercalar luka..

Biarkanlah teguh selamanya,
Menjadi rindu terbawa,
Mekar dan teguh ia,
Mudahan pemberat penentu Firdausi..

--------------------------

* Seuntai kata untuk dirasa.. Terharu meniti cita, ada ceritera, ada warna, bermacam rasa, semua meniti, kemas tersimpan di Qalbu..

* Terima kasih yang tidak terhingga buat ahli Qiblatain atas kejutan ~ Oh, selalu terkena sahaja ~

* Sesungguhnya diri ini sangat bertuah di anugerahkan adik dan teman-teman sebaik kalian. Tiada galang gantinya tiada dua.

* Walau tidak menerima ucapan bertalu, namun ingatan kalian tanpa Reminder FaceBook, sebenarnya cukup mengharukan hati. 

Kerna kalianlah yang menjumpakan diri ini akan hakikat dia takkan mampu hidup seorang!

Syukran jazilan kathiraa semua.

Uhibbukum Fillah !

22@23 Muharam 1433 / 17 Disember 2011

Musim ini,
Bayu derasnya bertiup,
Dinginnya menggigit,
Dalam, pedih.

Barangkali, 
Bara itu mahu dinyala,
Sekurang buat pemanas,
Biar sentiasa ingat,
Haba dan salju,
Itu lumrah.

Nah, keduanya  mampir,
Biarkan seadanya,
Usah terpengaruh,
Sekadarnya hanya perlu,
Tak perlu semuanya.

Ada cerita di balik embun,
Mahu menongkah zaman,
Bara mahu marak menjadi api,
Pandailah diri mengawal punca,
Moga tak marak,
Melecurlah jari sekurang ia menyambar!

Waspada itu perlu,
Sekadar-kadarnya sahaja,
Moga tak leka,
Beringat sebelum kena,
Kerna sejarah sudah ada.

.......................

* Ceritera insan masih lagi berlegar di khalayak, masih mahu mencari nilai dalam kemelut manusiawi.

* Ada kata boleh bicara, ada diam tak perlu semuka, namun jika tersalah perlu ada peleraiannya.

* Mencari-cari warna pelangi, itu hanya ilusi di malam hari, namun tiada mustahil memperlihat diri.

 " Salam Imtihan Nihai Fasal Awal 2011/2012, 
Semoga Nusrah Allah sentiasa bersama kita

20@21 Muharam 1433 / 15 Disember 2011

Sekejap sahaja sudah berlalu dua puluh hari di bulan Muharam. Pejam-pejam celik Disember juga bakal berakhir. Imtihan nihai tinggal dua minggu lagi bakal menjengah.

Bersiap sedialah dari awal, supaya tidaklah kegentingan waktu. Ingat kan pesan Rasulullah s.a.w, masa lapang sebelum sempit .

Masa yang agak lapang ini, selain diisi dengan ulangkaji, wajar juga kita tambahkan kefahaman. Membaca buku berkaitan isu-isu kemasyarakatan, sosial, politik, isu semasa, sejarah, sains, agama atau sebagainya boleh juga dijadikan rutin.

Usah disempitkan pada satu-satu maudhu' sahaja.

Kalau pun terasa berat untuk membaca, boleh saja mencari alternatif. Kuliah-kuliah sudah banyak divideokan, tunggu tonton sahaja. Apa yang pasti minda tak boleh dibiarkan beku.. :) Cukuplah hanya air yang dingin serta suhu yang sejuk buat mata turut berat walau sudah beralas hiram dan berpelukan dengan sobah.
Sesekali tinjau juga akhbar maya, mesti tahu di tanah air, apa ribut yang telah melanda. Facebook pun bukan main laju menyampaikan berita. Pergolakan politik, masyarakat, dan negara. Apa sahaja!

Saya tertarik mengikuti sebuah diskusi antara sahabat-sahabat saya. Perbincangan yang agak kritis lah saya kira. Medium tulisan telah dijadikan wasilah untuk melontarkan pandangan masing-masing.

Hanya mampu menjadi 'silent reader' setakat ini. Kerna isu itu bagi saya agaklah berat dengan otak sejarah yang saya lebih tekuni. Saya yang lebih menggemari tulisan dan karya klasik terasa agak tepu deh falsafah dan teori yang mungkin perlu kepada pemahaman yang benar-benar dalam. Tapi tidaklah untuk menutup minda dari mencerna teori-teori dan idea-idea baru. Pening kepala mahu faham, kena dicerahkan dengan mengadap dan mendengar kot!

Apa-apa pun, perbincangan mereka itu tetap membuat saya tersenyum. Itulah kepelbagaian yang ada, cuba diserasikan dengan uslub yang diguna pakai sekarang. Sahabat-sahabat yang memberi pencerahan, terus meyumbang mengikut posisi kepakaran yang semakin digilap dan bersinar. Menjadi rausyanfikir, memberi nafas baru dan segar, lantas ada yang diadaptasi, mahupun diwangikan dengan asas yang lama.

Kerna kita adalah satu, saling melengkapi dengan kebolehan yang ada. Ada satu paksi yang menyatukan pemikiran semua, iaitu Islam yang mulia, Din yang kita bersama perjuangkan pengamalannya. Amanah sebagai tulabul ilmi juga.

Usah rasa lemah, andai ada yang terguris rasa. Kerna bukan senang nak memberi faham kepada minda yang mungkin berbagai asal yang membentuknya. Berikanlah masa untuk menilai. Bagai tukang parang mencanai besi. Perlu diketuk-ketuk, dibakar hingga merah berbara, sampailah hasilnya parang mahupun pedang yang cukup tajam melibas lawan. Bukan sehari kita perlu untuk semua itu.

.............................


Sekadar perkongsian, namun lebih terarah untuk diri sendiri, kerna yang memberi dan menulis ini lebih dekat untuk dituntut untuk beramal.

ADAB BERDEBAT DAN BERDIALOG

Debat dan dialog adalah diskusi antara dua orang atau lebih untuk menyelesaikan permasalahan atau perselisihan yang timbul. Pada umumnya semua perlakuan dan acara dalam hidup ini perlu mempunyai etika untuk dipegang sebagai perkara dasar dalam gerakan kita. Selari dengan itu etika untuk berdebat dan berdialog perlu diketahui dan dipatuhi supaya tidak terjadi perselisihan dalam menyelesaikan masalah yang ada. Etika ini perlu kita hormati agar kita dapat menghormati orang yang kita lawan bicara dan khalayak ramai yang ada. Tidak kurang pentingnya kita perlu mematuhi etika ini agar orang lain akan menghormati kita sebagai insan yang profesional, sabar dan rasional.

1. LURUSKAN NIAT; MENCARI KEREDHAAN ALLAH DAN MEMBELA KEBENARAN.

Inilah adab pertama yang mesti dipegang dalam diskusi dan dialog yang kita lakukan kerana mencari redha Allah dan mendapatkan kebenaran. Perdebatan bukan untuk mencari kemenangan atau ingin dipuji oleh manusia. Hendaklah kita niatkan di dalam lubuk hati bahawa perdebatan atau dialog adalah menyampaikan kebenaran kepada lawan bicara kita dan khalayak yang ada. Mencari dan membela kebenaran serta membasmi segala kebathilan.

Kita juga harus memohon dengan sungguh-sungguh kepada Allah agar diberi taufik terhadap perkara yang diredaiNya.

Asy-Syafi’I berkata, “Aku tidak berbicara kepada seorang pun kecuali aku sangat suka jika ia mendapatkan taufik, berkata benar, dan diberi pertolongan. Ia akan mendapatkan pemeliharaan dan penjagaan dari Allah. Aku tidak berbicara kepada seorang pun selamanya kecuali aku tidak memperhatikan apakah Allah menjelaskan kebenaran melalui lisanku atau lisannya.” Ibnu Aqil berkata, “Setiap perdebatan yang tidak bertujuan untuk membela kebenaran maka itu menjadi bencana bagi pelakunya.”

Harus diniatkan untuk memberikan nasihat kepada Allah, agamaNya, dan kepada lawan debatnya. Kerna agama adalah nasihat.

2. JUJUR DAN JAUHI KEDUSTAAN

Jujur adalah akhlak yang mulia. Hujah yang kita lontarkan mestilah benar-benar nyata dan ada kesahihannya. Apabila kedua belah pihak yang berdialog berpegang dengan landasan yang kuat, maka dialognya akan lebih membuahkan hasil yang diharapkan. Sebaliknya apabila kita berdialog tanpa fakta dan ilmu, tidak menguasai isu pokok yang diperselisihkan, bukan mustahil kebenaran akan dikalahkan oleh kebatilan, karena lemahnya orang yang menyampaikan kebenaran tersebut.

Tidak boleh berdiskusi dengan orang yang meremehkan ilmu dan ahlinya, atau di hadapan orang-orang pandir yang meremehkan diskusi dan orang-orang yang sedang berdiskusi.

Imam Malik berkata,

“Termasuk merendahkan dan meremehkan ilmu jika seseorang membicarakan ilmu di hadapan orang yang tidak mentaati ilmu itu.”


3. BERDEBAT PADA PERMASALAN YANG BERMANFAAT

Hendaklah debat yang kita lakukan pada permasalahan yang penting dan mendesak, bukan pada masalah yang tidak bermanfaat. Sebagai contoh berdebat tentang apakah yang lebih dahulu diciptakan, telur atau ayam? Semua ini harus ditinggalkan karena tidak membawa manfaat.

Harus sepakat dengan lawan debatnya terhadap dasar yang menjadi rujukan keduanya. Dengan orang kafir dasar yang dijadikan sebagai rujukan adalah akal semata-mata. Sedangkan jika berdebat dengan seorang muslim, dasar rujukannya adalah akal dan naql. Akal menjadi rujukan pada perkara-perkara yang bersifat rasional. Sedangkan pada perkara-perkara yang bersifat syar’i, naql-lah yang menjadi dasar rujukannya, sebagaimana Firman Allah:

“Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah dan Rasul. (. an-Nisa [4]: 59)

4. MENAHAN DIRI DARI BEREMOSI

Perkara ini sering diabaikan oleh orang yang berdialog. Bahkan pada umumnya kedua belah pihak saling beremosi, baik yang membawa panji kebenaran mahupun pihak yang satu lagi. Yang benar, hendaklah menampakkan nada kelembutan dalam berdebat. Menggunakan kalimat yang baik sepanjang debat. Seperti memanggil lawan bicara dengan panggilan yang sopan.

Dikisahkan ada seorang lelaki dari Bani Hasyim yang bernama Abd ash-Shamad berbicara di hadapan Khalifah al-Ma’mun dengan mengeraskan suaranya. Kemudian al-Ma’mun berkata, “Wahai Abd ash-Shamad, janganlah engkau mengeraskan suaramu. Karena sesungguhnya kebenaran terdapat pada yang paling tepat, bukan yang paling keras.” (Al-Khatib dalam al-Faqih wa al-Mutafaqqih).

Tidak boleh berdebat dengan orang yang tidak disukai. Baik kebencian ini berasal dari dirinya atau datang dari lawannya.Tidak boleh bermaksud ingin mengalahkan lawan diskusi di dalam forum.

5.TAMPAKKAN RASA CINTA DAN PERSAUDARAAN SEBELUM, KETIKA DAN SETELAH BERDEBAT. LEMBUT DAN SABAR DALAM BERDIALOG

Hal ini perlu diperhatikan. Hendaklah kedua pihak yang berdebat saling berlaku lembut dan sabar dalam berdialog. Tidak tergesa-gesa dalam menyanggah, hingga menjawab tanpa akal dan beremosi belaka. Perlu sedia mendengar pandangan dan luahan bicara orang yang kita lawan bicara. Sedia mendengar hujah lawan bicara atau dialog dengan sabar dan tenang. Jauhi meninggi dan melantangkan suara. Akhiri debat dengan kemesraan dan semangat persaudaran.

Hendaknya menghadapkan wajahnya kepada lawan diskusi, dan tidak berpaling kepada orang-orang yang hadir di forum diskusi karena meremehkan lawan diskusinya. Sama saja apakah orang-orang itu berbeza pendapat atau bersepakat dengannya. Jika lawan diskusi melakukan hal itu, maka harus dinasihati. Apabila ia tidak mau menghentikannya, maka hentikanlah diskusi itu.
Tidak boleh berdebat dengan merasa hebat dan takjub terhadap pendapatnya. Sebab, orang yang ujub tidak akan menerima pendapat dari orang lain.

Apabila berdebat dengan orang yang lebih banyak pengetahuannya maka janganlah mengatakan, “Engkau salah,” atau, “Perkataan anda keliru,” melainkan harus mengatakan,“Bagaimana pendapat anda jika ada orang yang mengatakan,” atau,

“Ada orang yang mendebat, lalu berkata, ‘…’” Atau membantah dengan menggunakan redaksi orang yang meminta petunjuk, seperti berkata, “Bukankah yang benar itu pernyataan demikian?”

6. KEMBALI KEPADA KEBENARAN. AKHIRI DEBAT APABILA LAWAN BICARA TERUS BERKERAS.

Mengalah dan berundurlah dari arena debat apabila lawan bicara terus berkeras kepala. Berundur bukan bererti kalah. Jika berlanjutan debat yang sebegini akan membawa permusuhan, rasa benci, marah, emosi yang tidak terkendali. Hingga tujuan asal debat atau dialog akan menyimpang dan tidak tercapai. Di sinilah perlunya pandangan yang tajam dalam menilai lawan bicara. Apabila kita teruskan debat tidak ada manfaatnya, segara tamatkan pembicaraan dan beri nasihat tentang tujuan asal dialog.

Kita juga tidak boleh merasa rendah untuk menerima kebenaran ketika kebenaran itu tampak pada lisan lawannya. Sesungguhnya kembali kepada kebenaran lebih baik daripada terus menerus dalam kebatilan. Juga supaya termasuk ke dalam golongan orang yang mendengarkan perkataan dan mengikuti yang paling benar.

Inilah adab berdialog yang harus diketahui sebelum seseorang mencari kebenaran melalui jalan perdebatan atau dialog.

Rujukan : adab-berdebat-dan-berdialog 
 Irfan Ramadhan Al-Raaqy

.................

* Mencanai ulul albab perlu bermula dari diri sendiri, baru boleh mencetak generasi pewaris yang benar-benar digariskan Al-Qur'an dan Sunnah.

* Kata Us. Syaari, [ Penulis Buku Kuasa Kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh - kalau saya tak salah tajuk ], umat Islam perlu mengorak langkah baru.. Mencipta Konspirasi! Bukan hanya menyelongkar konspirasi yang semakin berbelit dasawarsa ini.

Hurm.. memang kena otak berputar 360 darjah nih.. :)

Insyaallah, kita semua mampu untuk Islam!



18@19 Muharam 1433 / 13 Disember 2011

Nak menangis saya baca tulisan ini. Sungguh saya kagum dengan beliau, walau dengan kesibukan belajar untuk menjadi doktor Muslim, masih lagi kemas jalan muhasabahnya dengan Al-Quran.. Menjadi doktor, menerokai indahnya dan uniknya ciptaan Allah terhadap makhluknya.

[ Oh, itu cita-cita lama saya.. * __ *. Saintis Muslim ] Tapi saya tak kisah pun, jika Allah panjangkan umur, manakan tahu tercapai jua cita-cita ini kan! 

Allah, Allah, Allah..
Namun, saya bersyukur jua dicampakkan ke Fakulti Bahasa Arab dan Kesusasteraan. Semakin banyak belajar, semakin rasa.... Tiada kata boleh menggambarkan kehebatan seni dan bahasa Al-Qur'an.

Belajar uslub-uslub kesusasteraan lama, membandingkannya dengan Al-Quran, sungguh memang ia mukjizat lughawi yang mampu dan telah mendiamkan sekaligus menenggelamkan kata-kata syuara' dan udaba' zaman itu.

Allah memakbulkan cita-cita saya yang satu ini. Alhamdulillah.
Masih lagi segar bila ditanya oleh kakak-kakak dan abang-abang senior, akan nekadnya saya memilih jalan ini.. Perjalanan menukar takhassus sungguh menguji tabah. Tak sedikit air mata yang gugur.. - betul tak Amalina?? 

* Antara jawapannya ketika itu, mahu memahami Al-Quran dengan sebaik-baik kefahaman, juga mahu mencabar diri sendiri !
[ aduh, sangat merindui zaman itu tapi cemburu juga dengan adik-adik junior, bukan main cepat boleh tukar takhassus iye.. Rezeki kalian. Tak apa lah. Reda sahaja.]

Apabila mendalami ilmu Fiqh Lughah, di bawah bimbingan Doktor Yahya sungguh saya rasa tidak rugi ilmu Qiraat yang pernah ditekuni hampir 3 tahun lampau.. Baru terasa faham dan jeliro asbab dan musababab Qiraat Sab'ah dan Qiraat 'Asyar..

Doktor Talib juga pernah menegaskan kepada kami, di dalam kuliah Tafsirnya [Surah Al-Kahfi]:

"Kamu, pelajar jurusan Bahasa Arab, kepada kamulah yang tanggungjawab lebih aula untuk mempelajari dan mendalami Al-Quran"

Satu cabaran yang besar. Perlu disambut oleh sekalian tullab qism lughatul 'arabiyah wa aadabiha .

Makin hari, makin rasa bertambah cinta dan zuqnya mendalami Bahasa Arab. Makin rasa bertuah dianugerahkan Al-Quran. Namun masih cuba bertatih untuk mendalami kefahaman nas dari segi hukum dan uslubnya.

Ya Allah permudahkanlah!
Moga ditetapkanlah juhud dan ingatan kami untuk terus mengulang nas Al-Quran 30 Juz yang telah diamanahkan kepada kami untuk menjaganya di dada dan ingatan, mentadabbur, menilai, memahami, mentatbiqkan kefahaman dengan amalan seterusnya menyampaikan kepada yang orang lain.
...........................................

Assalamualaikum..

Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan pada saya dan anda semua. Tiada siapa yang mampu menghitungnya walau hanya dalam tempoh sedetik cuma, inikan pula mahu kita hitung sejak kita dilahirkan sehingga waktu sekarang. tak terhitung betapa banyaknya nikmat Allah. Alhamdulillah.

Antara nikmat yang terbesar Allah kurniakan kepada saya ialah diberi kesempatan untuk belajar di Maahad Tahfiz dan mengkhatamkan hafalan Al-Quran. Sungguh dalam tempoh 3 tahun setengah itu jalannya sangat berliku dan penuh dengan kenangan suka duka. Dengan izin Allah akhirnya saya berjaya mengkhatamkan Al-Quran pada 6 Ogos 2007. Alhamdulillah, satu nikmat yang tidak terkira besarnya Allah kurniakan.

Tanyalah pada mana-mana hafiz dan hafizah senangkah laluan mereka sepanjang menghabiskan hafalan? Tentu mereka mampu bercerita pelbagai kisah dan kenangan disebalik usaha mereka tersebut.

"Betapa kerapnya timbul perasaan nak putus asa, tak sanggup lagi bersengkang mata menghabiskan hafalan setiap pagi."

"Berapa banyak air mata yang mengalir kerana hampa dan kecewa dengan prestasi diri sendiri"

"Berapa kali entah banyaknya menghabiskan masa merajuk. Bukan dengan siapa2. Tapi dengan diri sendiri juga"

"Betapa peritnya bila ulangan / murajaah kian menghilang dari ingatan. Susahnya nak istiqamah."

Akhirnya berjayalah mereka menghabiskan hafalan dalam tempoh yang tertentu. Segala kepayahan dan keperitan lalu terus dilupakan. Betapa bahagianya ketika memperdengarkan bacaan juz 'amma kepada guru tasmi. Di selangi pula dengan ucapan takbir oleh rakan-rakan sekelas dicelahan setiap surah. Oh, indahnya waktu itu. Tiada gantian perkataan mampu menggambarkannya.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Pesanan buat diri dan sahabat sahabiah seperjuangan.

Terkadang kita lupa kisah lalu, kenangan lalu, kesusahan lalu. Lantas kita turut lupa untuk menghargai nikmat ini. Mana taknya tengok pada realiti diri kita sekarang, renung pada prestasi diri.

Jumlah murajaah seharian makin menurun. Terkadang ada saja dalam sehari tak baca pon Quran walau sehelai...

Juz yang lancar dibibir dahulu makin hilang...

Susunan surah pun boleh jadi berterabur sekarang...

*Mungkin bukan anda yang sedang baca tulisan ini sekarang. Boleh jadi sahabat sahabiah kita yang lain.

Hargailah Dia, Al-Quran itu. Kerana bukan semua yang mengimpikan mampu memilikinya. Kita terpilih dan dipilih oleh Allah untuk memilikinya. Maka hargailah sebesar-besar nikmat ini.

Akhirnya, semoga kitalah (serta ibubapa kita) golongan yang paling berbahagia di Akhirat nanti. Ameen.

Sumber : Blog Akh Salam Abdullah

..................
 
 * Permukiman ini masih berbaki separuh. Moga Allah memberi kemudahan untuk mencapai segala cita-cita dan harapan.

* Daurah di Jam'iyah Muhafazah Al-Qur'an sudah hampir masuk ke fasa yang getir. Insyaallah selepas Imtihan Mutaqaddimah [ awal tahun depan ], bermulalah murajaah secara rasmi [ Daurah Tasbit ] dengan Syeikah Ummu Muhallab dan seterusnya IJAZAH AL-QUR'AN.

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala pengorbanan Ummu Muhallab sepanjang dua tahun ini membetulkan bacaan kami, memberi kami input-input baru mengenai Al-Qur'an. [ Hafizah yang sangat mutqin ingatannya, sangat tinggi ilmunya.. - Sheikhah kami ini Zaujah Dr. Ali Zuqaili yang sebelum ini pernah mengajar di Jamiah Mu'tah.. Sekarang dipinjamkan ke Jamiah Urduniah ]

Moga-moga ilmu-ilmu Al-Quran ini [ Tajwid dan Ilmu Hukum dan Ilmu-Ilmu tambah yang lain ] makin menjadikan diri ini semakin kerdil dan ingat, tiada apa yang boleh disandar, kecuali hanya pada DIA yang Maha Mengetahui setiap perjalanan makhluknya.

Insyaallah, dengan IzinNya, kita semua mampu.. !
[ chayo-chayok AQRAB Mu'tah ] Kita adalah satu walau berbeza cita dan rasa.

"Ke Arah Melahirkan Generasi Al-Quran Yang Unik"

11 Disember 2011 / 17 ( Jordan ) @16 Muharram 1432

Subhanallah, wal hamdulillah atas semua nikmat Allah.

Semalam, telah tejadi peristiwa gerhana bulan penuh untuk kali keduanya tahun ini.


Tidak melihat dari awal, namun sempatlah menjenguk sang bulan di akhir fasa gerhana. Tambahan pula sejuk yang semakin dingin buat diri tak betah membuka tingkap lama-lama.

Lagi mengujakan, pagi tadi, ada sisa-sisa salju nipis di hadapan rumah.. [ patutlah sejuk sangat ! ]





Jordan vs Malaysia


Mungkin saya dan sahabat-sahabat di Jordan akan melihat fenomena bulan yang sedikit berbeza dari yang berada nun jauh di sana di Malaysia. Apapun, jadikanlah ia iktibar buat mana yang masih lagi bernyawa menghirup nafas.

Alfatihah buat Ilham Ellani, pelajar Perubatan JUST, tahun 3 yang telah kembali ke Rahmatullah minggu lepas.

......................

Masih belum faham apa itu gerhana? 


Mudah-mudahan gambar-gambar di bawah bisa bermanfaat menambah kefahaman.

Gerhana bula terjadi apabila bulan, bumi dan ,matahari berada pada satu garis lurus ( 0 darjah )

Fasa bulan
Fenomena selari dalam darjah yang sama ( garis lurus ) jarang berlaku. Sebab itulah walau kelihatan bumi selari dengan matahari dan bulan ketika bulan purnama, namun ketika fasa purnama tidak semestinya bumi, bulan dan matahari berada pada satu garis lurus 0 darjah. Jika tidak, pasti gerhana akan berlaku setiap bulan !

Maklumat yang perlu kita ketahui untuk mencerap gerhana



Sumber gambar : Malaysia Lunar Eclipse & sini


25 Zulhijjah 1432 / 21 November 2011

Important Tips For Staying Happy.
  


















..................................

*Perkongsian dari email.. Mudah-mudahan bermanfaat.

* Hari ini adalah milik anda. Usah dibayangi kisah silam semalam dan angan-angan hari esok.. Pergunakanlah kesempatan yang ada, kerna ini sahaja masa yang kita ada.

* Way to New Year Hijrah..

Allah, Allah, Allah, setahun hampir berlalu.. Bagaimana umur dan masa yang telah berlalu? Telah tertunaikah semua hak-hak.. Sudah tercukupkah bekalan buat ke sana?


Terus muhasabah, cerna rasa dan minda, praktikalnya AMAL dan USAHA kita !

14 Zulhijjah 1432 / 10 November 2011

Layari web-web, menyusur dalam heningnya malam. Hadafnya cuma satu. Biar fikiran tidak kosong, terbiar dibias kenangan pahit manis dan rindu.

Mudah-mudahan ini langkah menjadi generasi ulul albab. Menggamit reda Allah, itu yang pasti.

...................

Auku: Indoktinisasi terancang dan pembodohan berstruktur

Belum pun reda dengan kejayaan gerakan mahasiswa menekan Universiti Islam Antarabangsa untuk menarik balik penggantungan Prof. Dr Abdul Aziz Bari baru-baru ini. Mahkamah Rayuan telah mencatatkan satu lagi sejarah dalam gerakan mahasiswa apabila telah mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 bercanggah / ‘ultra-virus’ dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Dato’ Hishamudin Yunus di dalam penghakiman bertulisnya menyatakan peruntukan Seksyen 15(5)(a) akan memandulkan daya fikir kritikal dan sihat para mahasiswa. Universiti bukannya kilang untuk membiakkan para robot dan mesin pekerja, tetapi jauh lebih besar dari itu, ia adalah gedung melahirkan para pemikir dan reformis. Mahkamah Rayuan juga secara tidak langsung telah mengiktiraf hak-hak kebebasan asasi sebagai struktur asas dan roh di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mahasiswa telah melakar sejarah kegemilangannya satu ketika dahulu, sebagai agen pendesak dan pengimbang bagi pemerintah. Demonstrasi Baling, penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Universiti Malaya dan Kempen Anti-Tunku adalah antara kenangan manis dalam sejarah gerakan mahasiswa.

Bahkan ramai yang memegang tampuk kepimpinan negara hari ini datangnya dari gerakan mahasiswa. Merasakan mahasiswa dan gelombang kebangkitan mereka mampu menggugat dan mencabar kerajaan pemerintah, maka satu undang-undang digubal untuk mengawal dan menyekat pengaruh mahasiswa , dan itulah AUKU yang ada pada hari ini.

Universiti yang sepatutnya menjadi pusat pembiakan dan percambahan pemikiran telah terjejas teruk dan telah lari dari matlamat asalnya. Para ahli akademik dibisukan dan dijahit mulut mereka dari menjalankan tanggungjawab mereka. Kesan AUKU bukan sahaja dirasai oleh para mahasiswa bahkan keseluruhan warga universiti turut sama terjejas. Para ahli akademik dihilangkan taringnya.

Mana ‘speakers corner’? Mana demonstrasi mahasiswa? Semuanya hilang ditelan waktu. Para mahasiswa telah menjalani proses indoktinisasi terancang dan pembodohan berstruktur oleh pihak universiti dan parti pemerintah untuk satu jangka waktu yang cukup panjang.

Pemikiran kritis dan perbincangan tentang idea sudah hilang. Bagi mereka, mahasiswa yang baik dan berjaya ialah apabila dia dapat lulus dengan cemerlang, tidak melawan dasar universiti dan kerajaan dan mendapat pekerjaan yang baik. Mahasiswa yang sentiasa mencabar dasar universiti dan bersikap kritikal terhadap dasar-dasar kerajaan adalah contoh mahasiswa yang gagal atau terlalu terpengaruh dengan pembangkang.

Mahasiswa adalah sub-set kepada satu kumpulan besar masyarakat. Setiap isu yang timbul, secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Dan selaku warga terpelajar, mereka sebenarnya menggalas tanggungjawab yang besar terhadap masyarakat dan negara. Tidak boleh dinafikan bahawa gerakan mahasiswa adalah agen semak dan imbang yang cukup berkesan.

Teori dan idea yang ditadah di dewan kuliah hanya berguna sekiranya berjaya diterjemahkan dalam tindakan. Bak kata Prof Ungku Aziz: “Belajar sambil mencabar. Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang. Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin. Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar”

Hidup Mahasiswa!
Sumber : Harakah Daily

.....................

* Ingin dan mahu menjadi mahasiswa yang benar-benar mahasiswa. Memacu arus perubahan. Insyaallah!

13 Zulhijjah 1432 / 9 November 2011

Alhamdulillah, segala puji dan syukur hanya untuk Allah. Tuhan sekalian alam.

Warna warni Aidiladha.

Hari-hari dapat jemputan rumah terbuka.. Yang mana terlarat, sempatlah singgah. Adapun kalau yang tidak terjemput, tidak perlu malu-malu. Inikan hari raya. Datanglah kerna ukhuwwah, makan tu no.2 kan. Usahlah terlalu ekslusif. Perlu undangan istimewa.

Sudahlah rumah yang ada semakin bertambah. Nama adik-adik pun ingat-ingat lupa. Ada yang ketemu selalu, maka lekatlah panggilan mereka itu di dalam minda. Namun, itu bukan alasan untuk tidak bertandang. Kesempatan 'Eid dan cuti seharusnya dimanfaatkan sebaiknya.

Rugilah andai seMu'tah pun tidak kenal, sedangkan Ikhwah Akhawat dari Irbid dan Mafraq sanggup turun balik kampung beraya mengecas bateri ukhuwwah. Sayang seribu kali sayang.


Aidiladha ini terlalu banyak erti dan ibrahnya. Semestinya bagi sesiapa yang rajin sedikit untuk berfikir, berzikir, memutar fikiran, maka dapatlah apa yang tersirat. Alangkah ruginya, kalau semata dikongsi suka ria.

Cuti-cuti Jordan sempena Aidiladha.

Apa yang sinonim dengan hari raya yang baru kita lalui beberapa hari yang lalu?

Sembelih, Korban, atau apa sahaja.. Saya ambil satu. Korban-Berkorban = Tadhiyah.

Sifirnya untuk ukhuwwah mudah sahaja.


Kasih sayang + Tadhiyah = Ukhuwwah Fillah yang sangat mantap.


Bila mana ukhuwwah Islamiyah sesama kita sudah mantap, itulah kunci kekuatan kita, ditakuti pihak musuh yang sentiasa mencari ruang, menyalakan batu api hingga hancur kesatuan. Jika tidak, umat Islam juga yang akan rugi dan semakin lemah.

Gembira sendiri? Percayalah, anda takkan mampu hidup, walaupun sehari.

Mari kita sama-sama hayati salah satu surah di dalam Al-Quran yang banyak menukilkan tentang konsep adab dan ukhuwwah sebagai seorang Muslim.


Surah Al-Hujurat


Di dalam surah ini Allah SWT memaparkan 7 tips yang sangat ampuh bagi kita melawan virus-virus yang boleh menghancurkan ukhuwwah yang telah dibina.

Jom kita kaji dan hayati.

Tips 1  : Tabayyun

Tabayyun bererti mencari kejelasan informasi dan mencari bukti kebenaran informasi yang diterima. Allah SWT berfirman:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (QS 49:6)

Tips 2  : ‘Adam as-Sukhriyyah

Ertinya tidak memperolok-olokkan orang atau kelompok lain. 
Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٌ۬ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُمۡ وَلَا نِسَآءٌ۬ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُنَّ‌ۖ وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَـٰبِ‌ۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَـٰنِ‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ 


"Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan)." (QS 49:11)

Barangkali saat ini kita mengetahui terdapat banyak kelompok atau organisasi dakwah. Oleh itu, haruslah kita menyedari bahawa di antara organisasi dakwah tersebut mungkin terdapat perbezaan pada prinsip mahupun yang tidak berkaitan dengan prinsip. Perbezaan dalam menentukan al-hadaful a’la (sasaran tertinggi) juga termasuk dalam masalah prinsip.

Situasi ini memancing suasana tanafus (persaingan) yang kadang-kadang bentuknya tidak sihat. Persaingan ini akan semakin tidak sihat dengan tampilnya figur yang senang melontarkan ungkapan-ungkapan yang mungkin bernada cemuhan dan persaingan.

Berhimpunnya oragnisasi dakwah dan harakah yang ada di bumi sekarang ini adalah suatu mimpi indah. Sebagaimana yang ditulis DR. Yusuf Qaradhawi, maka kesatuan wala’ dan tumbuhnya suasana ta’awun dalam menghadapi konspirasi para thaghut adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi. Namun begitu, hal ini belum lagi dapat diwujudkan lantaran ada beberapa hal yang belum mampu untuk kita lakukan. Oleh itu, maka tidak mampukah kita sekurang-kurangnya meninggalkan tradisi sukhriyyah dan perasaan ana khairun minhu (saya lebih baik daripadanya) seperti yang dinyatakan iblis???

Tips 3 : ‘Adam al-Lamz

Maksudnya tidak mencela orang lain. Ini ditegaskan dengan firmanNya:


وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ

"Dan janganlah kamu mencela diri sendiri’. 

Mencela sesama muslim, oleh ayat ini dianggap mencela diri sendiri, sebab pada hakikatnya kaum muslimin dianggap satu kesatuan. Apatah lagi jika celaan itu adalah masalah status dan standard kebendaan. Allah sendiri menyuruh Rasul dan orang-orang yang mengikutinya untuk bersabar atas segala kekurangan orang-orang mukmin.
وَٱصۡبِرۡ نَفۡسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ رَبَّہُم بِٱلۡغَدَوٰةِ وَٱلۡعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجۡهَهُ ۥ‌ۖ وَلَا تَعۡدُ عَيۡنَاكَ عَنۡہُمۡ تُرِيدُ زِينَةَ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ وَلَا تُطِعۡ مَنۡ أَغۡفَلۡنَا قَلۡبَهُ ۥ عَن ذِكۡرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ وَكَانَ أَمۡرُهُ ۥ فُرُطً۬ا 
   
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.( QS, 18:28). 

Tips 4 : Taraka at-Tanabuz 

Iaitu meninggalkan panggilan dengan sebutan-sebutan yang tidak baik terhadap sesama muslim. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t :

وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَـٰبِ‌ۖ

"Dan janganlah kamu saling memanggil dengan sebutan-sebutan (yang buruk)." (QS 49:11)

Tanabuz
dalam bentuk yang paling parah adalah berupa pengkafiran terhadap orang yang beriman. Pada kenyataannya masih saja ada orang atau kelompok yang dengan begitu mudahnya menyebut kafir kepada orang yang tidak tertarik untuk masuk ke dalam kelompok tersebut.

Tips 5 : Menjauhi prasangka

Allah s.w.t berfirman: 
 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ۖ

"Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, karena sebagian prasangka itu dosa." (QS 49:12)

Dasarnya seorang muslim harus berbaik sangka terhadap sesama mereka, kecuali jika ada bukti yang jelas tentang kesalahan tersebut. Juga sebaliknya, kepada orang kafir dan musuh Islam, kaum muslimin harus menaruh curiga apabila mereka bermanis budi. Allah s.w.t sendiri menegaskan:
"Sesungguhnya orang-orang kafir menginfakkan harta-harta mereka untuk mengahalangi manusia dari jalan Allah." (QS 8:36) 
Tips 6 : 'Adamut Tajassus

‘Adamut Tajassus adalah tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain. Perbuatan ini amat dicela Islam. Allah s.w.t amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita sendiri. Firman Allah :

...  وَلَا تَجَسَّسُواْ
" Dan janganlah kamu sekalian mencari-cari kesalahan (dan aurat) orang lain." (QS 49:12)

Tips 7 : Menjauhi Ghibah 
 

Allah s.w.t menegaskan:


وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا‌ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُ‌ۚ
"Dan janganlah kamu sekalian menggunjing sebagian lain.Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?…"

Ghibah sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah s.a.w adalah menceritakan keburukan dan kejelekan orang lain. Ketika seseorang menceritakan keburukan orang lain, maka terdapat dua kemungkinan yang terjadi. Pertama, jika yang diceritakannya benar-benar terjadi maka itulah ghibah. Kedua, jika yang diceritakannya itu tidak terjadi berarti ia telah memfitnah orang lain.

Begitu besarnya dosa ghibah, sampai Allah SWT menyamakan orang yang melakukannya dengan orang yang memakan bangkai saudaranya sendiri.

........................

Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah..

Mudah-mudahan kita diberikan keringanan untuk melaksanakannya, dan berusaha sedaya upaya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Manfaatnya?
Berbalik kepada kita. Insyaallah, pahala kita dapat, ikatan pun makin terjalin erat.

Salam ukhuwwah fillah!

Rujukan : Islah.net