5 November 2010

Jalan itu,
Sekian hari di lalui lagi..

Dia,
Sudah hafal,
Mana satu kerikil,
Mana dia ranting berduri,
Sering menongkah di jalan,
Terkadang terlekat,
Mujur jua bukan ia melukai..

Barangkali,
Keyakinan sudah tertanam,
Hati sudah tetap,
Itulah yang akan dia lalui,
Hari demi hari..

Hari ini,
Pulang di suatu tengah hari,
Melewati jalan itu,
Masih sama..

Jalan, terus berjalan..
Tersadung ia jatuh,

Lantas bangun,
Apakah jalan ini sudah bertambah kematunya
Sudah tebalkah duri yang tumbuh,
Atau ada dahan baru yang jatuh?

Tiada..
Ilusikan semua itu?

Dia lupa,
Terkadang, yakin itu sesekali berkhilaf,
Memakan diri..

* Memaksi keyakinan pada apa yang dibuat. Mahu mencetus mahu, mudahan ini pencetus..