07 Ogos 2010


Kali ini, Ramadhan bakal menjengah kita lagi.

Kali kedua bakal menyambut bulan barakah di bumi musafir..
Terasa getir. Musim panas yang mencabar, ditambah pula imtihan nihai yang bakal menjengah seminggu dari sekarang.

Juga beban amanah yang mula tergalas ke atas insan yang dhaif ini.

Sedikit tersentuh dengan ucapan pensyarah di dalam kelas tatkala sahabat-sahabat Arab meminta supaya ditiadakan kelas bila puasa mengunjungi.

"Anakku, bukankah kebanyakan jihad dan perang kaum Muslimin itu di dalam bulan Ramadhan. Tidakkah kamu tahu, bahawa banyak negara Islam dibuka ketika bulan Ramadhan?"

"Ya Allah, sampaikanlah kami dengan Ramadhan yang dirindui. Berilah inayah dan nusrah untuk kami menghadapi imtihan-imtihan dunia, agar ia juga menjadi jalan dan wasilah bagi kami menggapai redhaMu"

* Tertarik dengan kata-kata dari mesej ym dari kawan-kawan:

"Nama saya Syaa'ban. Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya iaitu rezeki & kedua-dua anaknya iaitu sahur&iftar. Mereka akn ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat,Barakah & Keampunan. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines. Hargai mereka & anda akan mendapat pahala yang berlipat ganda! [Ramadhan Kareem]"


* Misi mencerap anak bulan. Ya hilal yang dinanti, adakah dikau akan kami lihat, sebagai tanda setiap perubahan alam itu punyai hikmah tersendiri yanng harus diteliti oleh setiap umat.

( Ya Allah, permudahkan segala urusan kami )

6 Ogos 2010

Manusia itu,
Terkadang lupa,
Dia hidup untuk apa,
Dia perlu buat apa..

Seringkali,
Dia tersadung nafsu sendiri,
Pedih, luka semuanya perit menggigit sanubari..

Andai,
Tidak dimuhasabah selalu,
Manakan mampu diri mengubat,
Mengelus hati naluri keinsafan..

Kita sememangnya tahu,
Kenal kan diri sendiri,
Kerna fitrah itu halus,
Sama sedar ditidakkan atau dibiar,
Ia tetap datang,
Mengetuk pintu-pintu iman,
Agar terus kukuh dalam percambahan amal..

Ya Allah,
Terimalah hamba-hambaMu yang tulus doanya,
Walau kecil sekali dalam pandanganMu,
Biarlah mereka tidak sehebat para Auliya' Mu,
Namun,
Tika hampirnya rintihan nurani berbisik,
Memohon maghfirah dan rahmat,
Tika bayu dinihari mengelus lembut,
Terimalah kami, Ya Rabb
Untuk terus mengembalikan segalanya,
Hanya untukMu.