Analisa, Siapa Kita

Adakah MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH, SOLAT LIMA WAKTU, PUASA, ZAKAT,PERGI KE MEKAH TUNAIKAN HAJI
TELAH DIKIRA MUSLIM SEJATI.
Sedangkan Solat Tiada Kekusyukan,
Puasa Dikerja Penuh Kekurangan,
Keluarkan Zakat Kerana Terpaksa,
Tunaikan Haji Untuk Pangkat Dan Nama

Analisa Adakah Islam Kita Sempurna.

Kita MENGAKU ADANYA TUHAN, Namun Larangan Tetap Dilakukan,
Ada MALAIKAT Kiri Dan Kanan, Tidak Diendah Akan Kehadiran,
Percaya RASUL DAN PARA NABI, Sunnah Mereka Tidak Diikuti,
QURAN Dibaca Tiada Penghayatan, Intipatinya Tak Diamalkan
HIDUP AKHIRAT Engkau Yakini, Masih Mengejar Nikmat Duniawi,
QADA'DAN QADAR Telah Ditentukan, Ditimpa Musibah Hilang Reda Dan Kesabaran

MAKHLUK TERMULIA DI ALAM MAYA KERANA TINGGI AKHLAK DAN TAQWA,
Tapi Sekiranya Ia Tiada, Renungkan Diri Cari Jawapannya..
ANALISA SETINGGI MANAKAH TAQWA, ANALISA SEMULIA MANAKAH KITA, ADAKAH KITA TAMBAH HAMPIR KEPADANYA…
TANYALAH DIRI KITA..
Petikan : Analisa(Soutul Amal)


Salam MAULIDURRASUL.. Perbanyakkan selawat.. Sama-sama berusaha menigkatkan amal dan meninggikan sunnah NABI s.a.w .


Hidup mendepani realiti,
Tidaklah semudah impian,
Tapi tidaklah sepayah jangkaan,
Semuanya bermula dari dalam diri..

Manusia di tanah ini,
Sememangnya sudah sedar dia itu khalifah,
Namun, satakat mana dia memenuhinya rasa itu,
Berpaksi jiwa hamba..

Hidup insani,
Seharusnya lebih memberi,
Dari berkata,
Lebih terisi bila bersua,
Lebih dekat bila bermadah kata..
Andai si pemberi,
Khilaf akan jati diri,
Siramilah kembali hikmah,
Agar subur terus roh itu..

Memberi bukan untuk sesiapa,
Bukan semata dek kewajipan,
Bahkan, hatinya sudah tekad,
Tuhan lebih mengetahui rasa hati,
Andai itu lebih layak untukNya menerima..

Sambil memberi,
Usah lupa wahai insani,
Kebalkan imanmu, perkayakan jiwa, perkasakan ilmu.
Insyaallah, moga ia bekal,
Untuk terus Istiqamah di JalanNya..

14 Februari 2009


Dua minggu membiarkan blog ini sepi.. Entah apa yang disibukkan selama itu. Padahal cuti..


Target cuti?

Semestinya ada.. Tapi agak kecewa kerana banyak yang tidak terisi. Namun, perancangan Allah mengisi.. Jauh dari jangkaan..


Pagi Jumaat, 29 Januari..

" Salam alaik. Akak, saya nak bagitahu sesuatu.. Tapi harapnya jangan sedih tau "


Itu mesej yang diterima ketika ditinggal bersendirian di rumah.. Semuanya ke Qal'ah Karak.. Bergembira tatkala teman-teman lain memilih untuk jaulah ke Syiria, Mesir dan sekitar Jordan seperti Aqabah, Petra, dan Ajloun, Ummu Qais, juga tak lupa ke Amman.


Hati ini rasa berdebar. Mesej dari timbalan ketua biro akademik semestinya berkaitan dengan urusan pembelajaran.. Adakah khabar mengenai pertukaran takhassus?.. Atau 'Iffah hanya mahu sekadar menguji..


" Ni, nak bagitahu Us Sulaiman dah hantar surat rayuan permohonan menukar takhassus. Alhamdulillah , senarai nama pemohon yang berjaya sudah keluar "


" Oh, ye ke.. Alhamdulillah.."


Saya menarik nafas lega. Namun kegusaran masih lagi menebal..


" Begini, akhawat yang minta ke takhassus adab ada dua orang.. Dua-dua tak naik nama. Kami pun tak tahu kenapa"


Dua kali saya membaca mesej itu. Benarkah?


" Jadi kami cadangkan kepada akak, untuk cuba sekali lagi. Begini, hantar surat sekali lagi kepada ustaz dan cuba hubungi ustaz selepas itu "


Saya membalas sekadarnya dan mengucapkan terima kasih di atas makluman itu. Menahan rasa.

"Apa kesudahannya untuk diri ini selepas ini? Adakah Allah sudah mentakdirkan aku untuk berjuang dalam Kuliyyah Syariah?"

.........

"Tuhan mahu menduga hati-hati ini, adakah sabar itu hanya manis di bibir, namun apabila merasai pahit sekali untuk ditelan"