22 Disember 2010

Sudah 15 hari meniti 1432 H
Tinggal 9 hari sahaja lagi untuk melangkah ke tahun baru 2011..


Sudah 22 Tahun 16 hari , mengecap nafas KasihNya..
3 bulan lagi.. Genaplah usia.. Kurniaan dari Dia..

Lebih kurang 10 hari berbaki, menelaah kitab, menekuni semula kefahaman yang cuba meresapi minda..

Jua, mendepani syitaa' kedua yang semakin mencengkam..

Malam ini, bulan cerah memberi sinar.. Menemani saya dan sahabat pulang dari WISMA.. Mencari sedikit ketenangan di balik pertandingan nasyid dan sajak.. rindu pada alunan syair puisi yang sesekali dilagukan tatkala kesunyian..

Baru semalam dikhabarkan seorang ulama' besar Jordan telah kembali ke Rahmatullah, memberi ingatan, musafir ke sini bukan untuk saja, tapi buat mengilap permata berharga umat..

Juga terimbau segala isu yang mula melata, ketandusan penegak dan pengislah..

Siapa lagi yang mahu kita harapkan? Orang lain.. Masih belum bersedia.. atau mahu mencipta seribu alasan untuk tidak memberi?

Sayang sekali ilmu yang dititipkan kalau begitu.. Ilmu buat menanggung makan pakai sendiri.

Bulan, masih mengambang malam ini,
Mudahan, cahaya itu masih ada esok, juga lusa..
Walau kemilau makin hilang,
Ku tahu, ia mesti kembali..


Lantas kita, sekurang-kurang menjadi bulan kalau tak mampu untuk menjadi mentari..

........................

* Mencari nilai rasa buat mengungkap kata.

0 ulasan: