07 Ogos 2010


Kali ini, Ramadhan bakal menjengah kita lagi.

Kali kedua bakal menyambut bulan barakah di bumi musafir..
Terasa getir. Musim panas yang mencabar, ditambah pula imtihan nihai yang bakal menjengah seminggu dari sekarang.

Juga beban amanah yang mula tergalas ke atas insan yang dhaif ini.

Sedikit tersentuh dengan ucapan pensyarah di dalam kelas tatkala sahabat-sahabat Arab meminta supaya ditiadakan kelas bila puasa mengunjungi.

"Anakku, bukankah kebanyakan jihad dan perang kaum Muslimin itu di dalam bulan Ramadhan. Tidakkah kamu tahu, bahawa banyak negara Islam dibuka ketika bulan Ramadhan?"

"Ya Allah, sampaikanlah kami dengan Ramadhan yang dirindui. Berilah inayah dan nusrah untuk kami menghadapi imtihan-imtihan dunia, agar ia juga menjadi jalan dan wasilah bagi kami menggapai redhaMu"

* Tertarik dengan kata-kata dari mesej ym dari kawan-kawan:

"Nama saya Syaa'ban. Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya iaitu rezeki & kedua-dua anaknya iaitu sahur&iftar. Mereka akn ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat,Barakah & Keampunan. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines. Hargai mereka & anda akan mendapat pahala yang berlipat ganda! [Ramadhan Kareem]"


* Misi mencerap anak bulan. Ya hilal yang dinanti, adakah dikau akan kami lihat, sebagai tanda setiap perubahan alam itu punyai hikmah tersendiri yanng harus diteliti oleh setiap umat.

( Ya Allah, permudahkan segala urusan kami )

0 ulasan: