18 Julai 2010

Dia melangkah ke Jami'ah dengan penuh semangat. Walau hari-hari sebelumnya dibayangi gusar dan kemerosotan pengurusan masa, dia sedar hari yang berlalu mesti jua dilalui.

Sedikit kesal. Tidak berusaha untuk bersedia secukupnya menghadapi peperiksaan pertama bagi semester panas itu bagi subjek Mabadi' Fi An-Nahu wa Sarf sedia menambah gusar. Barangkali menganggap, subjek sarf yang sudah dihadamkan semester lepas akan banyak membantu.

Tapi, itulah situasi yang selalu dia lupakan. Subjek sarf juga yang banyak menjerat. Manakan tidak, dalam beratus perkataan, berpinar juga mata untuk menentukan mana satu masdar, mana satu isim fa'il, juga isim-isim musytaqqaat yang ada. Kalau tidak dihafal formula, manakan boleh semuanya dikenal..

Yang penting, kena rajin buat latihan.. Ya, praktikal itukan lebih berkesan.. Belajar ke, dakwah ke, tak berguna tanpa praktikal. Ayat semangat sahaja tidakkan mencukupi.

"Ilmu tanpa amal seperti pohon yang tidak berbuah"

Dia masih lagi meneliti nota. Kebetulan hari itu keputusan bagi subjek Nusus fi Sadr Islam sudah keluar. Alhamdulillah. Allah masih lagi mahu memberi..

Tiba saat yang dijanjikan.

Dia bersama temannya melangkah masuk ke kelas. Seperti biasa, karenah arab yang pelbagai tidak dihiraukan. Gunakan masa terakhir ini dengan baik..

Akhirnya pensyarah masuk, dan kertas soalan mula beredar dari depan ke belakang.. Dia sebenarnya cuba mengelak dari duduk di belakang. Apakan daya, perlu patuh pada arahan mua'llim.

Imtihan bermula..

Soalan..
Seperti yang dijangkakan.. Namun, terkadang jua dia agak keliru..

Di depan, karenah biasa ketika Imtihan mula menjentik kesabaran.

Sebenarnya, dia amat kasihan kepada mereka. Kepada murabbi mereka.. Yang penting, bagaimana dia, mereka dengan tuhan mereka..

Kenapa dia harus ada perasaan begitu?

1) Kepada murabbi mereka

Kepercayaan doktor bukan senang untuk diperoleh. Tambah-tambah lagi, sebagai ajanib yang setakat ini ( ataupun sudah tercalar ataupun rosak ) , masih lagi membawa imej yang baik. Dia percaya, doktor ini takkan sesekali menzalimi pelajar-pelajarnya. Tapi bagaimana lagi yang harus murabbi ini lakukan, ketika para pelajarnya sudah tidak lagi jujur dalam menuntut ilmu..

2) Mereka sendiri

Sudah beribu ringgit dihabiskan bagi mencapai matlamat sampai ke sini. Adakah mereka menganggap pelaburan keluarga mereka terutama ibu dan ayah itu tiada nilainya?

Sedihnya menghadiahkan sebuah penipuan halus, bertopengkan kejayaan..

3) Tuhan mereka

Adakah sudah hilang rasa bertuhan dalam diri. Dia tidak menyalahkan ilmu alat yang dibelajar, cuma dia tertanya, sudah hilangkah prinsip mereka-mereka itu di bumi titisan darah ini.

Tuhan mereka itu sentiasa melihat, tembus ke dalam hati dan sanubari.

Bumi ini sudah bertuah, sudah ada barakah, tapi kenapa perkara yang dilaknat, dimurkai itu jua harus dijadikan pakaian..

Adakah, barakah ilmu yang mereka cari atau semata-mata melihat sijil cemerlang dengan pangkat mumtaz namun penuh dengan penipuan???

Dia jadi sebak.. Sedih.

Masih terngiang-ngiang, nasihat ustaz B.Arab di sekolah lama yang sangat dirindui..

"Mungkin kita melihat, situasi yang sering berlaku ketika musim peperiksaan itu perkara remeh. Ialah, benda biasa. Kat mana-mana pun ada. Di sekolah rendah, sekolah menengah, tak lepas di universiti.

Namun, si pembuatnya jangan lupa, andai dia berjaya dengan hasil tidak jujur, tentulah dia akan berbekalkan sijil kelulusan palsu itu untuk memohon pekerjaan.

Alhamdulillah jika dia mendapat kerja bersumberkan sijil itu.. Cukup bulan, pendapatan yang setimpal akan diperoleh. Bagaimana pula jika ia dibelanjakan kepada ahli keluarga, anak-anak serta sahabat handai..

Terus meneruslah mereka dalam kemurkaan.. Hasil dari sikap tidak jujur.. Baik dari sekecil-kecil sikap tidak jujur dalam kehidupan akhirnya boleh merebak kepada ahli masyarakat"

Banggakah berjaya tanpa usaha, tapi dengan jalan kerja yang terhina di sisiNya..

Di mata manusia sahaja indah, namun di sisi tuhan tiada harga, tentu sahaja sia-sia sahaja kepenatan dan harga

Noktah.

* Dia juga bimbang, sikap ini akan melarat sampailah remaja-remaja yang baru mengenal dunia sebenar matang, mereka masih lagi bangga memakai pakaian penipuan..

Tidak mustahil, kalau esok-esok menjadi pendidik menipu pentadbir sekolah, anak murid menjadi peniaga tidak jujur pada pembeli, lebih malang jika ada di kalangan mereka menjadi pemimpin masyarakat, semestinya sudah pakar untuk menipu rakyat..

Sesat lagi menyesatkan..

* Jujurlah pada diri sendiri. Berusaha selagi terdaya. Kan lebih manis berjaya atas usaha sendiri..
Masih lagi ada peluang untuk kembali ke pangkal jalan..

Sedarlah wahai sahabat-sahabat dia, juga bagi dia sebagaimana mereka masih lagi dalam jihad juang menuntut ilmu demi mencapai keredaan dan keberkatan yang hanya dari Rabb mereka yang satu..

* Apa yang dia maksudkan dalam entri ini ialah : " meniru"

(Mode penenang hati : Zikrullah.. berselang nasyid Allahi Allah Kiya Karo : Maher Zain feat Irf)

0 ulasan: