أَلَمْ تَرَ إِلَى رَبِّكَ كَيْفَ مَدَّ الظِّلَّ وَلَوْ شَاءَ لَجَعَلَهُ سَاكِنًا ثُمَّ جَعَلْنَا الشَّمْسَ عَلَيْهِ دَلِيلا
Tidakkah engkau melihat Tuhanmu? Bagaimana Ia menjadikan bayang-bayang itu terbentang, dan jika Ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)! Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu.
Al-Qur'an, 025.045 (Al-Furqan


Satu cara yang menjadi kelaziman rakyat negara ini terutamanya jabatan-jabatan mufti negeri melakukan semakan arah kiblat adalah berdasarkan bayang matahari ketika berlaku peristiwa istiwa’ adzam, iaitu kaedah tradisional yang begitu mudah digunakan dan tepat arah kiblat yang ditunjukinya.

Istiwa’ adalah fenomena apabila matahari berada tepat di tepat di titik zenith (tepat di atas) sesuatu tempat ketika pelintasannya di meridian tempat berkenaan. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari bersamaan dengan nilai latitud tempatan. Fenomena ini hanya berlaku bagi negeri-negeri yang latitudnya kurang dari nilai sudut istiwa maksimum matahari iaitu sebanyak 23.5°. Nilai sudut istiwa matahari bersamaan dengan 0° pada 25 Mac setiap tahun, ketika ini pelintasan matahari di meridian bagi negeri-negeri yang terletak di garisan khatulistiwa berlaku tepat di kedudukan zenith.

Berdasarkan keadaan yang sama matahari juga akan mengalami istiwa dengan Kaabah, ketika sudut istiwa matahari sama dengan latitud Kaabah. Ketika ini bayang objek tegak di seluruh dunia akan menunjukkan ke arah Kaabah. Fenomena ini boleh dimanfaatkan untuk menentukan dan menyemak arah kiblat.

Menurut hisab, istiwa matahari di atas Kaabah akan berlaku setiap tahun pada 28 Mei pukul 5.16 petang waktu Malaysia dan sekali lagi pada 16 Julai pukul 5.28 petang.Berdasarkan fenomena ini, umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menentukan arah kiblat tempat masing-masing pada masa tersebut. Oleh kerana peristiwa ini berlaku pada waktu petang di Malaysia, maka bayang objek yang panjang ketika ini memudahkan penentuan arah kiblat yang dilakukan.

Kaedah menggunakan bayang matahari pada tarikh dan waktu tersebut adalah kaedah yang paling mudah, tepat, praktikal dan ekonomi. Hanya dirikan tiang yang lurus dengan tegak di tempat lapang yang tidak terlindung dari mendapat cahaya matahari pada petang tersebut. Tandakan dan gariskan bayang tiang pada waktu yang tersebut. Garisan yang menghadap ke pangkal tiang adalah arah kiblat tempat anda.





Jordan ?

Tolak 5 jam dari waktu Malaysia. Kira-kira pukul 12.28 tengah hari.

Matahari sedang tegak di atas kepala. ( Zohor pun tak masuk lagi )

*Guna cara lain la nampaknya..

1 ulasan:

herm..baru nak tanya us pasal cara nak kira untuk jordan ni...dah ada buat artikel plak...syukran2..em, jgn lupa utk kongsi maklumat ttg falak ni..utk PERMATA MATANG..