18 April 2010

Sudah lama catatan sudah lama tidak terusik.. Terlalu banyak perkara yang melingkungi.. Adakah itu alasan? Wallahua'alam.

Melepasi fatrah imtihan pertama membuat saya terkenang. Nah, inilah cabarannya. Mengambil risiko, mempertaruhkan diri untuk sebuah perjuangan. Tentu sekali tidak semudah apa yang dicitakan.

Allah terlalu luas kuasaNya. Maha mendengar setiap kata dan doa. Jua harapan..

Akhirnya, Dia tetap mengizinkan saya mendalami cita-cita, walaupun keinginan itu hanya terluah tatkala mula menjejakkan kaki ke bumi Mu'tah, mula menghirup udara padang pasir.. Berteman tiga sahabat Junjungan Mulia, berjiran mujahidin Palestin dalam perjalanan para Hujjah dari bumi Syam menuju tanah Haram.

Apa istimewanya B.Arab? Tak susahkah? Susah juga ya nak menjawabnya. Jawapannya?
Mungkin sama sahaja dengan rakan-rakan yang lain.. Tak perlulah dipanjangkan di sini. Cuma sedikit panduan buat adik-adik yang masih lagi dalam proses permohonan kursus (tak kiralah di mana atau ke mana hala tuju. Bagi yang dah buat pemilihan, tak apalah, sekadar perkongsian) Pilihlah kursus yang sesuai dengan minat dan kemampuan.

Berada di Tanah Syam.. suatu yang dahulunya tidak pernah terjangkau dalam impian..

0 ulasan: