25 Mac 2010

"Di mana kamu wahai tentera berkuda Mu'tah??!!
Di mana kamu, tentera pembuka Salahuddin

Di Mana kamu Tentera sebaik Jundi Al-Fateh!!"

Saat ini saudara kita di sebelah bukit, seberang laut Mati, sedang berperang.. Mempertahan nasib Masjid Suci Ketiga..

Tapi apa yang kita perbuat?? Adakan masih tak segan silu menconteng muka ummat..

Keadaan yang melanda sekarang benar-benar genting..

Keseriusan musuh laknatullah, semakin ketara..

Betapa hati ini, diri ini terasa bersalah, kaku bila melihat semuanya di depan mata. Apa yang telah diperbuat untuk membantu mereka.. Saudara di sebelah pergunungan sana.. Masih lagi mengalir darahnya.. Namun, tetap terus melempar batu.. Satu-satunya senjata untuk melawan..

Sang musuh, bergelak ketawa, menari merayakan rumah penempatan haram baru, meraikan pembukaan kuil asas pertama yang diimpikan jalan ke Kuil terbesar di tapak Al-Aqsa.

Ya Tuhan, sama besarnya sahaja dengan masjid di sebelahnya..

Namun, Arab, masih lagi mahu bersidang.. tatkala Hamas sepenuh hati menyatakan perang Ghazzah pasti akan meletus seandainya keadaan ini berlarutan.. Yahudi dengan keangkuhannya terus mendabik dada..

Hari ini.. ketika ini.. tatkala kita warga Mu'tah berperang dengan imtihan, menangis melihat keputusan,, Ingatlah, tak jauh dari kita saudara kita berperang realiti dengan peluru.. Gunakan kesempatan yang ada untuk mengaut segalanya.. Mana tahu.. Andai Allah mentakdirkan perang pembukaan Palestin, di mana Jordan pun turut sama mempertahankan saudara seIslam, (walau sekarang, masih lagi mahu mengikat janji dengan musuh ), mana tahu.. Semua itu percaturanNya. Siapa kita untuk menidakkan segalanya.. Sanggupkah kita semua turun berjuang bersama!!!..


Aku malu dengan anak kecil Palestin..
Darah pejuang takkan kenal erti takut..
Yang di cita hanya syahid..
Terbang di bawah naunganNya..

Nun, di Malaysia.. tanah air tercinta.. Bumi yang sentiasa diintai musuh.. Berwaspadalah, rakan subahat musuh ada sahaja di sebelah.. Jangan biarkan jarumnya menusuk daging-daging umat.. merosak segalanya..


0 ulasan: