12 Januari 2009

Entah kenapa, berusaha mendapatkan satu data falak membuatkan semangat saya kembali berkobar-kobar.


Tapi sayang, hendak merujuk kembali; kitab-kitab serta risalah pengajian dahulu tidak pula dibawa. Fakta-fakta yang ada di minda pun sudah hampir berhabuk.

Mujur juga laman-laman web astronomi serta beberapa fail versi pdf masih lagi dalam simpanan. Boleh juga diselak kembali. Cuma, praktikalnya sukar sekali dilakukan. Biasalah kekurangan peralatan, bahan, dan rujukan dan yang paling penting, sahabat yang sama minat sedikit sebanyak membantutkan hasrat. Apa pun.. Saya tidak akan mengalah.. Insyaallah.

Sedikit persoalan. (saya harap sahabat-sahabat yang fakih @ tahu boleh berkongsi maklumat dengan saya )


1) Bagaimana penentuan waktu solat mengikut mazhab (yakni mengikut kaedah fiqh). (Mengikut pengetahuan saya yang secebis ini, terdapat perbezaan kaedah penentuan waktu solat antara mazhab Syafiee dan mazhab Hanafi)

Sebarang perkongsian bolehlah terus melalui emel saya : nazmaazmi@gmail.com. Terima kasih

2 ulasan:

salam, mmg ada perbezaan dalam mazhab hanafi n shafie, jika kita belajar rubu' mujayyab, ada dua garisan kha untuk waktu asar...bagi dua mazhab ni, cuma ore x ingat lah kak, sebab gapo dio beza....yg penting dua2 mazhab tu, waktu solat asar adalah dalam waktu yang betul...

wasalam.. begitulah. sempat belajar asas dulu semasa buat kajian ilmiah dengan cikgu Hassan Syukri. Tapi sayang.. tak habis.. Sebab tu nak tahu tu.. Siapa yang arif mungkin boleh berkongsi..